Rokok Elektronik DET 5A

Rokok Elektronik DET 5A

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rokok Elektronik DET 5A, Education Website, Taman Mahsuri, Jitra.

03/12/2023

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,menyebut amat mudah sekali, namun belum tentu mudah untuk melaksanakannya. Walaupun sudah terlalu banya fakta mengenai kesan tabiat merokok dengan komplikasi kesihatan, adakalanya ia sekadar dibaca tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan. Malah kaitan kesan penggunaan tembakau dengan komplikasi kesihatan sebenarnya sudah mula diperkatakan sejak tahun 1600.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita berganding bahu dan bekerjasama untuk membuang tabiat merokok dalam masyarakat kita di Malaysia. Perlu diingat penyakit jangan dicari kerana akibatnya amat buruk pada kesudahannya. Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk membuang tabiat yang buruk ini. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam melayari bahtera kehidupan mengikut yang diredhai-Nya. Amin.

Pejabat M***i Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS SIRI KE-18 : MEROKOK : HUKUM DAN PENYELESAIANNYA 03/12/2023

HUKUM DAN DALIL MEROKOK

Fatwa Terdahulu

Imam Syafie telah menyatakan dalam kitabnya yang masyhur al-Umm
“Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu atau disedut) yang boleh memabukkan, perbuatan itu adalah jelas haram.”

Maksudnya (termasuklah) juga yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggapnya (memfatwakan) adalah haram. Allah Azzawajalla mengharamkan (apa pun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri mereka sendiri.

Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam Fath Al Mu’in, beliau menyebut tentang dua alasan mengapa sesuatu perkara itu diharamkan dalam Islam:

https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2634-bayan-linnas-siri-ke-18-merokok-hukum-dan-penyelesaiannya

Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15555

Pejabat M***i Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS SIRI KE-18 : MEROKOK : HUKUM DAN PENYELESAIANNYA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Rabb al-Alamin. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, para Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Dalam Bayan Linnas pada kali ini siri ke 19, kami kemukakan isu berkaitan Merokok: Hukum Dan Penyelesaian...

03/12/2023

KESAN MEROKOK
Oleh kerana rokok diperbuat daripada pelbagai bahan kimia yang merbahaya, tidak hairanlah kesannya sangat memudaratkan. Ia boleh mengancam dan menjejaskan pelbagai sistem di dalam tubuh badan termasuklah otak, jantung, paru-paru, sistem reproduksi, kesihatan mental dan banyak lagi. Antara kesan atau akibat bahaya yang disebabkan oleh perbuatan merokok ialah:

https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html

03/12/2023

Definisi Rokok dan Jenis Penyakit Akibat Merokok

Rokok menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tembakau yang digulung dalam daun nipah atau kertas.Rokok ialah tembakau yang dibaluti dengan kertas dan apabila seseorang menghisap rokok, individu tersebut boleh menghembuskan asap yang dikeluarkan dari paru-paru melalui mulut dan hidung. Terdapat lebih 7,000 bahan kimia yang digunapakai untuk menghasilkan sebatang rokok seperti bahan cat, racun dari eksos kereta, kadmium yang terkandung di dalam bateri, bahan pelarut toluena, ammonia yang digunakan untuk mencuci tandas, naftalena dari ubat gegat, tar untuk membuat jalan, asenik yang dipakai untuk membuat racun tikus dan nikotin yang digunakan untuk membunuh serangga.

Jenis-Jenis Penyakit Akibat Merokok
Terdapat banyak jenis penyakit akibat daripada merokok. Antaranya termasuklah:

https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/5754-bayan-linnas-siri-ke-274-pengharaman-rokok-dan-rokok-elektronik

03/12/2023

KESIMPULAN
Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau v***r berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau v***r, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

Pejabat M***i Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK/VAPOR 03/12/2023

HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK/VAPOR

Apakah hukum menghisap rokok elektronik dan v***r?
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1905-irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-v***r

Dalil Pengharaman Perkara yang Memudaratkan

Pertama: Firman Allah Ta`ala:

وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

(Surah al-Baqarah, 2:195)
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1905-irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-v***r

Pejabat M***i Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK/VAPOR Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan v***r atau v**e yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan masyarakat termasuk daripada kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan pal...

03/12/2023

Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai V**e.
Komponen utama:

1) Bateri
2) Atomiser
3) Katrij

Kandungan utama Rokok Elektronik:

1) Nikotin
2) Propylene Glycol
3) Vegetable Glycerin
4) Bahan Perisa dan pewarna

Kandungan utama V**e:

1) Propylene Glycol
2) Vegetable Glycerin
3) Bahan perisa dan pewarna

Kesan kandungan utama Rokok Elektronik dan V**e kepada kesihatan:

https://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/42-v**e-rokok-elektronik-bukan-sekadar-wap-air

03/12/2023

DEFINISI ROKOK ELEKTRONIK
Rokok elektronik atau vap menggunakan pengewap (v***rizer) berkuasa bateri untuk menghasilkan suatu aerosol daripada cecair yang berperisa khas yang disedut penggunanya untuk mendapat rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Cecair khas ini biasanya diperbuat daripada nikotin(tidak semuanya), propilena glikol, gliserin dan bahan perisa.
Amalan ini berkemungkinan lebih selamat daripada merokok secara biasanya namun kesan yang terhasil tidak tampak begitu jelas berbanding dengan langkah penghentian merokok.Kesan jangka panjang pengunaan rokok jenis ini terhadap kesihatan manusia dengan sendirinya tidaklah diketahui.
Perkataan "v**e" berasal daripada perkataan slang bahasa Inggeris untuk "v***rizer" iaitu alat yang digunakan untuk menghisap g***a, tembakau dan campuran rokok lain. Kamus Oxford menambah "v**e" sebagai kata nama baru dalam kamusnya.

Want your school to be the top-listed School/college in Jitra?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Taman Mahsuri
Jitra
06000