MRSM Besut

Website Contact the school

MRSM Besut Ini adalah 'page' rasmi MRSM Besut. This is an official page of MRSM Besut. Maktab Rendah Sains MARA Besut telah ditubuhkan pada 24 april 1995.

Penubuhan
maktab ini bertujuan untuk membantu kerajaan merealisasikan hasrat untuk melahirkan
generasi yang akan datang berilmu, berakhlak dan bertakwa. Maktab ini akan
menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi dan memberi tumpuan kepada
perkembangan yang meyeluruh, seimbang dan berintegrasi dengan menyediakan
peluang pembangunan fizikal, intelek, emosi, moral dan estetika sebagai rakyat Malaysia
yang mendokong Rukun Negara.Maktab ini diharapkan dapat melahirkan generasi baru
yang terdidik bagi memenuhi kehendak negara maju yang tercerna dalam
WAWASAN 2020. Dahulunya, Maktab Rendah Sains MARA Besut dikendalikan secara usahasama antara
Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penubuhannya
merupakan aspirasi Kerajaan Negeri bagi menampung keperluan pendidikan yang lebih
berkualiti bagi lulusan UPSR yang terdiri dari anak-anak Terengganu yang tidak
mendapat tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh. Hasrat penubuhan ini telah
dipersetujui Lembaga Pemegang-Pemegang Saham Amanah Yayasan Terengganu dalam
mesyuarat kali ke 70 yang telah diadakan pada 20 disember 1992. Jesteru itu, bagi
merealisasaikan hasrat tersebut, satu Memorandum Persefahaman di antara
Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat telah ditandatangani pada 3 jun 1993. Dua buah MRSM YT telah ditubuhkan di Besut dan Dungun. Kedua-duanya telah
memulakan operasinya dengan pengambilan pertama pelajarnya pada Januari dan
Mac 1995. Aspirasi dan komitmen Kerajaan Negeri mula membuahkan hasil sulungnya apabila
Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah 1996, MRSM Besut berjaya memperoleh
kelulusan 100% dan mendapat tempat kedua terbaik bagi pencapaian
Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dari setahun
antaranya MRSM Besut pada tahun 1997 dengan 105 orang pelajar mendapat 8 A. Di dalam aktiviti kokurikulum p**a, MRSM Besut pernah mewakili Daerah Besut ke
Peringkat Negeri Terengganu dalam Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah
Terengganu ke-28 tahun 1997, Kejohanan badminton Peringkat MSST anjuran
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terenggganu. Maktab Rendah Sains MARA Besut telah dibuka semula pada 16 jun 2004,
Majlis perasmian telah dilakukan oleh YB.Dato Hj Idris bin Jusoh,
Menteri Besar Negeri Terengganu pada 21 jun 2004. Kini, kecemerlangan diulangi
kembali dengan pembukaan semula MRSM Besut setelah setahun tidak beroperasi. MRSM Besut dipindah milik kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada bulan Julai 2007.

PEMBANGUNAN PELAJARWDSG 2026 Tahniah! MRSM Besut berjaya merangkul tempat ketiga
26/09/2026

PEMBANGUNAN PELAJAR

WDSG 2026

Tahniah! MRSM Besut berjaya merangkul tempat ketiga

PENGURUSANSelamat Datang Cg Aus Saqafi & Cg Atirah Shahieda | 24 September 2026
24/09/2026

PENGURUSAN

Selamat Datang Cg Aus Saqafi & Cg Atirah Shahieda | 24 September 2026

PENGURUSANMajlis Sanjungan Budi Semarak Kasih En Azmi Bin Jusoh (Ketua Jabatan Sains) dan En Noor Azwan Bin Mohd Noor (G...
22/09/2026

PENGURUSAN

Majlis Sanjungan Budi Semarak Kasih En Azmi Bin Jusoh (Ketua Jabatan Sains) dan En Noor Azwan Bin Mohd Noor (Guru Sains)| 23 September 2026

21/09/2026
21/09/2026

๐Ÿ”ด ๐๐‹๐„๐’๐’ ๐“๐š๐ฅ๐ค: ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐๐ž๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง & ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐ง ๐Ÿ”ด
Jom sertai BLESS Talk (Building Leaders & Entrepreneurial Society) yang bakal menampilkan perkongsian eksklusif daripada tokoh korporat dan pemimpin berpengalaman mengenai kepimpinan, keusahawanan serta pembangunan masyarakat yang berdaya saing.
๐ŸŽ™๏ธ Moderator
YBhg. Ir. Dr. Mahzan Bin Teh
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA
๐Ÿ‘ค Panel Jemputan YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Rafi Bin Yacob
Presiden Bestrich Group of Companies
๐Ÿ“… 21 September 2026 (Isnin)
๐Ÿ• 2.00 Petang
๐Ÿ“ Terengganu Equestrian Resort (TER), Terengganu
Program ini merupakan platform untuk mendapatkan inspirasi, ilmu dan pandangan daripada pemimpin industri dalam memperkukuhkan ekosistem keusahawanan serta melahirkan lebih ramai usahawan berdaya tahan dan berimpak tinggi.
๐Ÿ“ฒ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai atau menonton siaran langsung di platform media sosial MARA.

21/09/2026

SIARAN LANGSUNG :
DEBAT AKHIR BAHASA INGGERIS - DEBAT MRSM PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI

Saksikan kemuncak Debat MRSM: Piala Timbalan Perdana Menteri dalam acara 'Final Debate English'.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dan membawa p**ang piala berprestij ini?

โ€‹Jangan lepaskan peluang untuk menyokong pendebat kegemaran anda dan menyaksikan pertarungan minda yang hebat serta wahana intelektualisme!

Jom sama-sama kita saksikan penangan hujah bernas para pembahas muda cemerlang MRSM!

โ€‹Jangan lupa untuk kongsikan (share) siaran ini dan berikan sokongan padu anda di ruangan komen!








20/09/2026

DEBAT AKHIR BAHASA ARAB - DEBAT MRSM PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI

โ€‹Saksikan pertempuran minda yang hebat, fasih, dan berwibawa dalam Debat Akhir Bahasa Arab sempena Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri - Debat Wahana Intelektualisme.

โ€‹Siapakah pasukan yang bakal diangkat sebagai juara bagi kategori Bahasa Arab malam ini?

Jom sama-sama kita saksikan penangan hujah bernas para pembahas muda cemerlang MRSM!

โ€‹Jangan lupa untuk kongsikan (share) siaran ini dan berikan sokongan padu anda di ruangan komen!








KECEMERLANGAN AKADEMIKMajlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Semester I 2026 & Apresiasi SPM 2025 | 20 September 2026 |...
20/09/2026

KECEMERLANGAN AKADEMIK

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Semester I 2026 & Apresiasi SPM 2025 | 20 September 2026 | 10.00 Pagi | Dewan Sri Gemilang

Peramian Oleh;
GS SR TS DR MUHAMMAD AZWAN BIN SULAIMAN
Koordinator UiTM Green Centre,
Jabatan Pembangunan,
Universiti Teknologi MARA

KECEMERLANGAN AKADEMIKKem Hebat Sains Sosial MRSM Zon Timur | 17-19 September 2026 | Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendi...
19/09/2026

KECEMERLANGAN AKADEMIK

Kem Hebat Sains Sosial MRSM Zon Timur | 17-19 September 2026 | Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di MRSM Besut

Address

MRSM Besut, Jalan Tembila, Kg. Raja
Jerteh
22200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MRSM Besut:

Shortcuts

Share

Category