Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) merupakan barisan jawatankuasa yang dilantik bagi menguruskan dan memastikan keterhubungan antara para pelajar dengan pihak pentadbiran dan pengurusan serta akademik berjalan dengan lancar. Disamping mengendali program untuk pelajar, yang bersifat membina dan membangunkan dan menaikkan lagi nilai dan mutu pelajar. Segala permasalahan pelajar disalur kepada JPP
untuk dikenalpasti dan diamati sebelum dibawa ke pihak pengurusan kolej. Adalah menjadi satu tanggungjawab bagi JPP untuk melaksanakan amanah dan tugas dengan penuh dedikasi, jujur, ikhlas serta memenuhi prinsip kepimpinan demi menjadikan para pelajar Kolej Komuniti Besut sebagai pelajar yang terbaik yang bakal menaikkan serta menaikkan lagi nama Kolej Komunti dimata masyarakat.