Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah

Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah Semai Kehebatan Lonjakkan Kecemerlangan

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASSeluruh warga SK Lubuk Kawah mengucapkan Selamat Datang kepada Cikgu Fatim Suhairah Bin...
17/07/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga SK Lubuk Kawah mengucapkan Selamat Datang kepada Cikgu Fatim Suhairah Binti Che Sidid sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang baharu.

Semoga kehadiran puan membawa semangat baharu, memperkukuh kecemerlangan sahsiah murid serta memacu SK Lubuk Kawah ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

"Tangan Disambut Kasih Disemai"

πŸ“… Tarikh: Ahad, 14 Jun 2026
πŸ•› Masa: 12.30 Tengah Hari
πŸ“ Tempat: Bilik Audio SK Lubuk Kawah

Selamat menjalankan amanah. Semoga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa diberkati.

PROGRAM PEMERKASAAN NILAM BERSAMA ANA MUSLIM16 JULAI 2026 I KHAMISFOYER MAKMAL KOMPUTER
17/07/2026

PROGRAM PEMERKASAAN NILAM BERSAMA ANA MUSLIM

16 JULAI 2026 I KHAMIS
FOYER MAKMAL KOMPUTER

Program Mega Kesedaran Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Pelajar Peringkat Daerah Besut 202616 Julai 2026 | KhamisFoyer...
17/07/2026

Program Mega Kesedaran Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Pelajar Peringkat Daerah Besut 2026

16 Julai 2026 | Khamis
Foyer Makmal Komputer

Perasmian oleh : Koperal Muhammad Faris bin Sukri

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURASELASA I 14 JULAI 2026πŸ’ Alhamdulillah, Program Kacau Bubur Asyura telah berjaya dilaksanakan d...
15/07/2026

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA
SELASA I 14 JULAI 2026

πŸ’ Alhamdulillah, Program Kacau Bubur Asyura telah berjaya dilaksanakan dalam suasana penuh kemeriahan, semangat gotong-royong dan ukhwah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), KBK, pekerja keselamatan, guru-guru KAFA serta PIBG yang telah bersama-sama menyumbangkan wang, masa, tenaga dan kerjasama bagi menjayakan program ini.

Semoga usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah, mengeratkan silaturahim warga sekolah dan masyarakat serta membawa keberkatan kepada kita semua.

"Bersatu Hati, Berganding Bahu, Menyemai Ukhuwah."

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA πŸŽ‰Seluruh warga SK Lubuk Kawah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepa...
13/07/2026

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA πŸŽ‰

Seluruh warga SK Lubuk Kawah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada:

⚽ RIZQI ZAYYAD BIN MOHD ZAIHIBULLAH

atas pemilihan mewakili Daerah Besut ke:

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH TERENGGANU (MSST) 2026

πŸ—“οΈ 13 – 15 Julai 2026
πŸ“ Dungun

Semoga terus beraksi dengan penuh semangat, berdisiplin dan memberikan persembahan terbaik.
Selamat berjuang! Kami warga LuKS sentiasa mendoakan kejayaanmu.

Unit Kokurikulum SKLK | Membina Potensi, Melakar Prestasi.

29/06/2026
🏐 SELAMAT BERJUANG, ASMA' BASYIRAH!Seluruh warga SK Lubuk Kawah mendoakan semoga Asma' Basyirah binti Mohd Arifkham dibe...
27/06/2026

🏐 SELAMAT BERJUANG, ASMA' BASYIRAH!

Seluruh warga SK Lubuk Kawah mendoakan semoga Asma' Basyirah binti Mohd Arifkham diberikan kekuatan, kesihatan, ketenangan dan semangat juang yang tinggi sepanjang menyertai Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) 2026 yang akan berlangsung pada 28-30 Jun 2026.

Semoga setiap usaha dan pengorbanan membuahkan hasil yang terbaik. Menang atau kalah bukan ukuran utama, namun pengalaman, disiplin dan semangat berpasukan adalah kejayaan yang paling bermakna.

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang cemerlang buat Asma' dan seluruh kontinjen.
Ayuh berjuang dengan penuh yakin dan berikan yang terbaik! πŸ’ͺπŸ†

KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASABAHASA INGGERIS ZON HULU BESUT 2026πŸ“… 23 Jun 2026 (Selasa)πŸ“ SK Alor KeladiSekalung tahni...
26/06/2026

KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA
BAHASA INGGERIS ZON HULU BESUT 2026

πŸ“… 23 Jun 2026 (Selasa)
πŸ“ SK Alor Keladi

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta serta barisan jurulatih Koakademik Bahasa Inggeris SK Lubuk Kawah atas komitmen, usaha dan dedikasi yang membuahkan kejayaan cemerlang dalam ketiga-tiga acara dipertandingkan:

πŸ₯‡ Johan – Public Speaking
πŸ₯‡ Johan – Storytelling
πŸ₯ˆ Naib Johan – Poetry Recitation

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas rezeki dan kejayaan yang dikurniakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan. Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan urusan serta dikurniakan kejayaan di peringkat daerah pada 29 Jun 2026 nanti.

NAIB JOHAN KEJOHANAN KRIKET MSSDB 2026Tahniah Rizqi Zayyad bin Mohd Zaihibullah, wakil tunggal daripada SK Lubuk Kawah y...
25/06/2026

NAIB JOHAN KEJOHANAN KRIKET MSSDB 2026

Tahniah Rizqi Zayyad bin Mohd Zaihibullah, wakil tunggal daripada SK Lubuk Kawah yang terpilih bermain bersama pasukan SK Kg La dalam Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSSDB 2026.

Tarikh : 22 hingga 24 Jun 2026
Tempat : Padang Pachakan, Kuala Besut.

KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASABAHASA MELAYU ZON HULU BESUT 2026πŸ“… Tarikh: 22 Jun 2026 (Isnin)πŸ“ Tempat: SK PanchorAlham...
22/06/2026

KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA
BAHASA MELAYU ZON HULU BESUT 2026

πŸ“… Tarikh: 22 Jun 2026 (Isnin)
πŸ“ Tempat: SK Panchor

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan yang membanggakan ini.

πŸ† Johan Bercerita
πŸ₯ˆ Naib Johan Pidato

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang telah mengharumkan nama sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada jurulatih bercerita, Cikgu Syafiella dan jurulatih pidato, Cikgu Rasidah atas komitmen, bimbingan dan usaha yang tidak pernah mengenal penat.

Terima kasih juga kepada seluruh barisan Guru Bahasa Melayu SK Lubuk Kawah yang turut membantu dan sentiasa memberikan sokongan serta kerjasama dalam memastikan kejayaan ini dapat dicapai.

Di sebalik setiap kejayaan murid, ada guru-guru yang sabar membimbing, mendidik dan meniupkan semangat untuk terus melangkah cemerlang.

SKLK – Semai Kehebatan, Lonjakkan Kecemerlangan

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK KAWAH
Jerteh
22000

Opening Hours

Monday 07:30 - 04:30
Tuesday 07:30 - 04:30
Wednesday 07:30 - 04:30
Thursday 07:30 - 04:30
Sunday 07:30 - 04:30

Telephone

+6096976397

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah:

Share