SELAMAT HARI PEKERJA 🛠️
Meneroka rimba di Kuala Tahan,
Singgah sebentar di Jeti Kayu;
TVET Jerantut pemacu kemahiran,
Pekerja mahir negara maju.
Dari Pedah ke bandar Jerantut,
Beli kuini di Pekan Sehari;
Amanah dipikul tugasan diturut,
Selamat Hari Pekerja buat warga IKTT
Institut Kemahiran Tinggi TVET Pahang
Institusi kemahiran yg menawarkan pengajian bagi program Sijil Kemahiran Malaysia SKM kursus Automotif,Elektrik,Pastri,IT & Aircond HVAC hingga tahap 3.
Persijilan dari JPK (Jab Pembangunan Kemahiran) & diiktiraf oleh MQA. community komuniti jerantut , Pendidikan TVET
29/04/2026
Jom sertai kami di Institut Kemahiran Tinggi TVET Jerantut sempena Program NextGen: Skill, Kerjaya & Suara serta sesi Town Hall eksklusif bersama YB Harris Salleh, ADUN Pahang; inilah peluang keemasan buat belia luar sana untuk mengasah bakat, membina kerjaya impian, dan menyuarakan aspirasi anda—ayuh, daftar dan jadilah sebahagian daripada warga IKT TVET Jerantut sekarang!
6 MEI 2026
1.30 PETANG - 4.30 PETANG
DEWAN UTAMA ADTEC JERANTUT
22/04/2026
SEMEJA MEMBINA HALA TUJU BELIA & KOMUNITI 🤝
Lawatan Jabatan Penerangan En Azrul Azham Bin Azmi ke TVET Jerantut bersama Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Tvet Jerantut,Tuan Hasnizam Bin Md Daud hari ini membuahkan hasil positif. Perbincangan tertumpu kepada kerjasama strategik pembangunan belia muda di peringkat daerah.
Gabungan kemahiran TVET dan capaian maklumat Jabatan Penerangan bakal membuka lebih banyak peluang untuk anak muda kita. Sama-sama kita bangunkan komuniti Jerantut!
20/04/2026
Lepasan SPM‼️‼️ Tvet Jerantut dah buka Pendaftaran Intake Baru‼️
Jangan buang Masa ⁉️
Moh daftar dan sertai kami ❣️
20/04/2026
Dimulakan dengan Bismillah ❤️
18/04/2026
Jamuan Hari Raya TVET Jerantut 🌙
⭐️ PENDAFTARAN BARU TELAH DIBUKA!!!
⭐️JOM DAFTAR DAN JADI SEBAHAGIAN DARI FAMILY TVET ❤️
07/04/2026
PENGAMBILAN PELATIH BARU 2026 KINI DIBUKA! JOM DAFTAR TVET SEKARANG DI IKTT JERANTUT!
Peluang untuk anak muda ada kemahiran dalam program high impact? Apa kata daftar belajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kat IKTT Jerantut.
Kursus Ditawarkan:
⚡ Pemasangan Elektrik (Single Phase)
🚗 Perkhidmatan Pembaikan Automotif
❄️ Penyelenggaraan Aircond/HVAC (Satu Fasa)
👨🍳 Pembuatan Pastri
Syarat pun mudah: Umur 15 tahun ke atas & boleh 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Lepasan SPM/tiada SPM atau lepasan Tahfiz sangat dialu-alukan.
Follow kami:
IG/TikTok:
FB: Institut Kemahiran Tinggi TVET Pahang
📞 Hubungi: +60 12-996 6401
13/03/2026
Masih belum terlambat untuk belajar dan daftar TVET.
Landskap pekerjaan negara kini memperlihatkan perubahan ketara apabila Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak lagi dianggap sebagai pilihan kedua sebaliknya muncul sebagai laluan kerjaya strategik dan pilihan utama, selari dengan keperluan industri semasa.
Perkara ini didorong oleh permintaan industri yang semakin tinggi terhadap tenaga mahir, khususnya dalam sektor kritikal seperti penyelenggaraan pesawat dan kenderaan, yang bukan sahaja memerlukan pengetahuan secara teori malah menuntut kemahiran teknikal khusus serta latihan praktikal yang kompleks.
11/03/2026
SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN TERSENDIRI. ADA YANG BIJAK TEORI, ADA YANG HEBAT DENGAN KEMAHIRAN TANGAN. ✨🛠️
Jangan risau mak ayah, itu sebenarnya KELEBIHAN! Melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), minat mereka boleh jadi kerjaya profesional.
Kenapa SKM Pilihan Terbaik?
✅ 70% Praktikal: Belajar sambil buat. Tak bosan belajar teori saja.
✅ Laluan Kerjaya Pantas: Habis belajar, terus boleh kerja dalam industri.
✅ Boleh Sambung Belajar: Dari Sijil, boleh naik ke Diploma (DKM) hingga ke Ijazah (Degree).
✅ Jadi Usahawan Muda: Kemahiran di tangan, boleh buka bisnes sendiri!
Pilih laluan yang sesuai dengan jiwa anak-anak. Kemahiran adalah aset masa depan yang paling bernilai. 🚀
Nak tahu hala tuju anak lepas SKM? Check infografik di bawah! 👇
Pendaftaran utk belajar SKM bulan April dibuka sekarang.
ANTARA 4 KURSUS NI, MANA SATU PILIHAN HATI?
Setiap anak muda ada minat berbeza. Kat IKTT, kita ada 4 bidang 'hot' untuk dipilih:
🔌 Elektrik - Kepakaran yang sentiasa dicari setiap bangunan & industri
🚗 Automotif - Sesuai untuk peminat enjin & repair kereta.
❄️ Aircond/HVAC - Skill 'mahal' yang laku keras!
🥐 Pastri - Untuk yang kreatif & minat bidang F&B.
Jangan tunggu lagi, Intake April 2026 dah dibuka 🚀
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
NO 21, 22, 23& 23A Tingkat Atas, Jalan IP 1, Taman Impian Permai
Jerantut
27000