Persatuan Alumni SK Tambak Jawa - ALUMTAJ

Persatuan Alumni SK Tambak Jawa - ALUMTAJ Page ini adalah page rasmi Persatuan Alumni SK Tambak Jawa (ALUMTAJ). Memastikan kesinambungan hubungan silaturahim diantara Ahli dan Sekolah.

3.

Persatuan ini ditubuhkan khusus kepada semua bekas-bekas pelajar dan juga bekas-bekas guru yang pernah berkhidmat dengan tujuan:-

1. Memupuk semangat muhibah, persaudaraan dan berkerjasama dikalangan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa.

2. Menjadi penasihat dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar Sekolah yang sedang menuntut dan menghulur bantuan dalam bentuk khidmat nasihat dan ap

a juga pertolongan yang di fikirkan perlu, wajar dan mampu oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa dengan kebenaran pihak Pentadbiran Sekolah.

4. Memelihara dan meningkatkan imej Sekolah pada kacamata masyarakat di dalam segala bidang.

5. Merancang dan mengatur aktivti-aktiviti bagi mencapai objektif Pertubuhan.

6. Melaksanakan kegiatan yang berfaedah dalam bidang pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan rekreasi untuk kesejahteraan ahli dan masyarakat.

7. Menjaga kebajikan Ahli dan keluarga Ahli.

Semoga Saudara Shukri pulang dengan selamat kepada pangkuan Ibu & Bapanya.. Aminn 🤲
13/02/2021

Semoga Saudara Shukri pulang dengan selamat kepada pangkuan Ibu & Bapanya.. Aminn 🤲

Kuala Selangor: “Pulanglah Syukur. Kami rindukan Syukur. Dia hilang selepas keluar untuk membeli roti canai,” ujar Ma’ayob Samuri, 84, berhubung kehilangan anak lelakinya, Muhammad Syukur, 27, sejak 8 Februari lalu.

Jom like Single Terbaru Tegar Septian "Kau Yang Terbaik".. Video Music untuk single ini kebanyakkan dambil sewaktu Konse...
03/05/2017

Jom like Single Terbaru Tegar Septian "Kau Yang Terbaik".. Video Music untuk single ini kebanyakkan dambil sewaktu Konsert Amal Tegar di SK Tambak Jawa, Jeram.. Terima Kasih Tegar kerana mempromosikan SK Tambak Jawa di dalam single terbaru.. 😍😍

22/11/2016
Kepada yang mencuba sukan memanah tempoh hari boleh lihat markah anda.
11/10/2016

Kepada yang mencuba sukan memanah tempoh hari boleh lihat markah anda.

Karnival Sambutan Hari Sukan Negara 20168 Oktober 2016 (Sabtu)Day 1
10/10/2016

Karnival Sambutan Hari Sukan Negara 2016

8 Oktober 2016 (Sabtu)

Day 1

Karnival Sambutan Hari Sukan Negara & Mini Sukan Tahunan SKTJ 20169 Oktober 2016Day 2
10/10/2016

Karnival Sambutan Hari Sukan Negara & Mini Sukan Tahunan SKTJ 2016

9 Oktober 2016

Day 2

10/10/2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi kerana telah memberikan keizinan kepada kita semua untuk mejayakan Karnival Sambutan Hari Sukan Negara 2016 dan Mini Sukan Sek. Keb. Tambak Jawa 2016.

Berlalu sudah kedua-dua acara dan kami dari pihak Persatuan ALUMNI Sek Keb Tambak Jawa ingin mengucapkan berbanyak jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsug.

Terima kasih kepada bekas Guru Besar SKTJ, Pn Norsiah binti Kalil kerana telah memberikan keizinan kepada kami dan bersungguh membantu kami untuk menganjurkan karnival dan seterusnya membantu kami mendapatkan kelulusan daripada PPD Kuala Selangor.

Terima kasih juga kepada Guru Besar SKTJ yang baru sahaja berkhidma, En Ramli bin Dahalan yang banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan demi kelancaran kelangsungan karnival ini.

Juga ribuan terima kasih kepada semua guru-guru SKTJ khususnya dan juga kakitangan SKTJ yang banyak membantu kami dari awal hingga berakhirnya karnival ini sehingga sanggup membantu dari pagi hingga ke malam, malah hingga ke hujung minggu demi untuk menjayakan karnival ini. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Rakaman terima kasih juga kepada jawatankuasa Alumni SKTJ yang sudi bersama-sama bekerjasama menjayakan karnival ini. Tidak dilupakan juga kepada Penaung ALUMTAJ, Dato' Hj Wahab bin Hamid yang sudi bersama-sama kami dan seterusnya melangsungkan perasmian Karnival Sambutan Hari Sukan Negara 2016 walaupun masih penat pulang dari Tanah Suci. Berbnyak terima kasih kepada Y.B. Dato' Hj Amiruddin bin Setro kerana sudi meluangkan masa dan merasmikan penutupan Karnival Hari Sukan Negara 2016 dan Mini Sukan SKTJ 2016.

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat bersama-sama kami di dalam Karnival Sambutan Hari Sukan Negara 2016 ini dari awal hingga akhir karnival. Terima kasih yang tidak terhingga dan penghargaan kepada para penyumbang yang membantu kami menjayakan karnival ini.

Termia kasih kepada semua pengunjung yang datang ke karnival ini. Kedatangan dan kehadiran kalian membantu memeriahkan dan menyerikan lagi karnival ini.

Akhir kata, kami dari pihak Persatuan Alumni SK Tambak Jawa selaku penganjur Karnival Sambutan Hari Sukan Negara 2016 dengan kerjasama SK Tambak Jawa dan PIBG mengucapkan berbanyak terim kasih dan ribuan kemaafan andai ada salah silap kami yang menyinggung mana-mana pihak sepanjang perjalanan karnival ini diadakan.

Termia kasih dan ribuan kemaafan dari kami

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK JAWA, KILOMETER 26
Jeram
45800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni SK Tambak Jawa - ALUMTAJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share