Silat Lincah Jenjarom

Silat Lincah Jenjarom

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Silat Lincah Jenjarom, Martial Arts School, Jalan Kampung Jenjarom, Kampung Jenjarum, Jenjarom.

Photos from Silat Lincah Jenjarom's post 03/07/2025

Kejohanan Silat Challenge Tertutup Kuala Langat 2025

Alhamdulillah dan Tahniah kepada Pasukan Silat Lincah Kuala Langat (Lincah Selangor) atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Kejuaraan Silat Challenge Tertutup Kuala Langat 2025, yang telah berlangsung pada 28hb–29hb Jun 2025 bertempat di Dewan Sri Jugra, Telok Datok, Banting, Selangor.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Langat, melibatkan seramai 150 orang peserta dari pelbagai pasukan silat di daerah ini.

Tujuan utama kejohanan ini adalah bagi mencari pesilat terbaik yang akan mewakili Daerah Kuala Langat ke peringkat Kejohanan Antara Daerah yang akan datang.

Dengan semangat juang dan latihan yang konsisten, Pasukan Silat Lincah Kuala Langat berjaya membawa pulang:

🥇 5 Emas
🥈 4 Perak
🥉 8 Gangsa
➡️ Jumlah keseluruhan: 17 pingat daripada 20 pesilat bertanding

Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk lebih banyak kejayaan di masa hadapan, serta menyemarakkan lagi semangat anak muda dalam meneruskan warisan seni silat tanah air.





25/01/2025

Bengkel Jurus Tunggal Dalaman
Anjuran PSSLM Jenjarom
Pada : 25-26 Januari
Bertempat : Gelanggang Silat Lincah Jenjarom

Bertujuan untuk mencari pelapis Jurus Tunggal di dalam PSSLM Jenjarom dan persiapan pada tournament akan datang..

07/01/2025

Tahniah diucapkan kepada 17 orang pesilat PSSLM Jenjarom yang telah berjaya lulus dalam ujian Silibus Fasa 2 untuk kenaikan Merah-Kuning kepada Merah-Hitam pada 4 Januari 2025 di Gelanggang Iskandar, Sijangkang. Semoga pesilat teruskan usaha dan kekalkan komitmen untuk seterusnya…

02/12/2024

Video sepanjang majlis Perasmian ahli PSSLM JENJAROM






Photos from Silat Lincah Jenjarom's post 02/12/2024

Tahniah diucapkan kepada 22 orang pesilat PSSLM Jenjarom yang telah berjaya lulus dalam ujian SPM (Sijil Persilatan Melayu) untuk kenaikan kuning-kuning kepada merah-kuning pada 1 Disember 2024 di Kompleks Lincah Omardin. Semoga pesilat teruskan usaha dan kekalkan komitmen untuk seterusnya. Semangat J***t

Photos from Silat Lincah Jenjarom's post 27/10/2024

Dengan sukacitanya PSSLM Jenjarom seramai 4 orang pesilat telah berjaya terpilih untuk mewakili KEJUARAAN SILAT REMAJA
SEKOLAH-SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
TAHUN 2024 pada 25-27 Oktober 2024 di Dewan Serbaguna Seksyen 2 Kota Damansara di bawah pasukan KUALA LANGAT FIGHTER (PESAKA Kuala Langat)

Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Ilahi, Muhammad A***n Ukasyah telah berjaya memperoleh pingat EMAS di dalam Kejuaraan tersebut dan seterusnya akan mewakili Selangor pada Kejuaraan Kebangsaan akan datang. Mohon semua mendoakan kejayaan beliau dan rakan-rakan lain yang akan mewakili Selangor.

04/08/2024

Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67 tahun Kampung Jenjarom Jenjarom Community dan Silat Lincah Jenjarom

Photos from Silat Lincah Jenjarom's post 31/07/2024

Tahniah kepada yang berjaya pada kejohanan MELAKA INTERNATIONAL SILAT BEACH CHAMPIONSHIP..kepada yang tidak berjaya jangan mengalah kita boleh anggap sebagai pengajaran dan pembelajaran kita..akan datang kita akan buat yang terbaik lagi💪💪




Want your school to be the top-listed School/college in Jenjarom?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Jalan Kampung Jenjarom, Kampung Jenjarum
Jenjarom
42600