Tahfiz Al HAKIM

Tahfiz Al HAKIM Tahfiz ALHakim ini berperanan sebagai wadah kepada Pelajar yang ingin Mempelajari ilmu agama yang lengkap, mendidik akhlak dan menghafaz Al-quran.

Khidmat masyarakat oleh pelajar Tahfiz al Hakim. Bergotong royong membersihkan laluan masuk ke tahfiz yang juga digunaka...
25/07/2026

Khidmat masyarakat oleh pelajar Tahfiz al Hakim. Bergotong royong membersihkan laluan masuk ke tahfiz yang juga digunakan oleh penduduk yang berjiran dengan Tahfiz al Hakim.

Alhamdulillah Tahfiz al Hakim dan tahfiz-tahfiz sekitar serta sekolah-sekolah menengah agama berkampung di Maahad Sultan...
20/07/2026

Alhamdulillah Tahfiz al Hakim dan tahfiz-tahfiz sekitar serta sekolah-sekolah menengah agama berkampung di Maahad Sultan Ahmad Shah dalam program Rehlah Sains selama dua hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Berbagai acara melibatkan pengisian dan pendedahan berkaitan Sains dan teknologi serta hubungkaitnya dengan Islam telah dikongsi para penceramah yang terdiri dari pensyarah - pensyarah dari IPT tempatan.

Sebanyak 11 buah sekolah terlibat dalam program ini. Semoga memberi manafaat kepada semua pelajar yang terlibat.

Marhaban Ya Ramadan Kareem.Selamat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.Ikhlas daripadaMAAHAD TAHFIZ AL HAKIM
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan Kareem.

Selamat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

Ikhlas daripada
MAAHAD TAHFIZ AL HAKIM

📖 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐐𝐈𝐑𝐀𝐀𝐓𝐈𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌✨ Bina asas bacaan Al-Quran seawal usia 5 tahun✨ Kaedah cepat, ber...
10/02/2026

📖 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐐𝐈𝐑𝐀𝐀𝐓𝐈
𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌

✨ Bina asas bacaan Al-Quran seawal usia 5 tahun
✨ Kaedah cepat, berperingkat & mudah difahami
✨ Dibimbing oleh guru berpengalaman

📆 𝟒 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮
Isnin • Rabu • Jumaat • Sabtu

⏰ 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐢:
🕒 3.00 – 4.15 petang
🕠 5.30 – 6.45 petang
🌙 8.00 – 9.45 malam

👦👧 𝑻𝒆𝒓𝒃𝒖𝒌𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌:
• Kanak-kanak 5 tahun ke atas
• Pelajar sekolah menengah
• Dewasa

📍 Lokasi: Maahad Tahfiz Al Hakim, Jengka 15
📌 Kelas bermula: 30 Mac 2026

_______________________________________________

🌙 𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀

𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐐𝐢𝐫𝐚𝐚𝐭𝐢 & 𝐇𝐚𝐟𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡:
27, 28 Feb & 1 Mac 2026
6, 7 & 8 Mac 2026

🏠 Menginap di asrama (Jumaat petang – Ahad pagi)
📖 Memperbaiki bacaan & hafazan surah pilihan
🕌 Solat berjemaah 5 waktu sepanjang program
📚 Belajar asas fardhu ain
🎯 Sesuai untuk pelajar 10 – 15 tahun

⸻

📞 𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!
𝟎𝟏𝟏-𝟗𝟖𝟓𝟓𝟖𝟖𝟑 (𝐔𝐒𝐓. 𝐀𝐑𝐈𝐒)

🌟 Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi difahami & diamalkan.

Alhandulillah hari ini dapat menjayakan Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz al Hakim 2025 .
31/01/2026

Alhandulillah hari ini dapat menjayakan Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz al Hakim 2025 .

Latihan kawad kaki oleh pelajar Maahad Tahfiz Al Hakim.
17/01/2026

Latihan kawad kaki oleh pelajar Maahad Tahfiz Al Hakim.

Firman Allah SWT :سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَ...
16/01/2026

Firman Allah SWT :

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ .

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Selamat memperingat peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. Semoga peristiwa agung ini menjadi peringatan buat kita semua tentang kebesaran Allah SWT dan ketinggian darjat Rasulullah SAW. Mudah-mudahan ia menguatkan keimanan, menambah rasa cinta kepada Allah dan Rasul, serta mendorong kita untuk terus memperbaiki diri.

Marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini dengan menjaga solat, memperelokkan akhlak, dan memperbanyakkan amal kebaikan. Semoga setiap langkah hidup kita sentiasa diberkati, dipermudahkan urusan, dan dipelihara daripada segala keburukan.

Moga kita semua tergolong dalam kalangan hamba yang taat, istiqamah dalam ibadah, serta sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Selamat memperingati Israk Mikraj, semoga ia membawa sinar keimanan dan ketenangan dalam kehidupan kita.

Ikhlas daripada :
MAAHAD TAHFIZ AL HAKIM, JENGKA 15

Praktikal mengambil wuduk dengan betul oleh anak-anak tahfiz tingkatan 1 dan 2.
12/01/2026

Praktikal mengambil wuduk dengan betul oleh anak-anak tahfiz tingkatan 1 dan 2.

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026Alhamdulillah semua pelajar sangat ceria dan bersemangat pada hari pertama persekolah...
12/01/2026

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026

Alhamdulillah semua pelajar sangat ceria dan bersemangat pada hari pertama persekolahan.

Syukur, abang-abang senior dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar tingkatan 1 dan pelajar baharu.

Semoga semua pelajar seronok belajar di Maahad Tahfiz Al Hakim serta membanggakan kedua ibu bapa. Amin.

12.01.2026

✨ Selamat Kembali Ke Sekolah 2026 ✨✨ Selamat Datang Buat Pelajar Baharu Ke Maahad Tahfiz Al Hakim✨Langkah baru, azam bar...
11/01/2026

✨ Selamat Kembali Ke Sekolah 2026 ✨

✨ Selamat Datang Buat Pelajar Baharu Ke Maahad Tahfiz Al Hakim✨

Langkah baru, azam baru, impian baru.
Semoga setiap hari di sekolah menjadi medan menimba ilmu duniawi dan ukhrawi, membina akhlak dan mengukir kejayaan.

Teruskan berusaha, jangan mudah berputus asa.
Ilmu itu bekalan sepanjang hayat.

Selamat maju jaya semua! 📖🎒

Address

Belakang Pusat Dagangan Semarak Jengka 15
Jengka
26400

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+60199855883

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tahfiz Al HAKIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tahfiz Al HAKIM:

Shortcuts

Share

Category