Madrasah Tahfiz Felda Serting Hilir Kompleks

Madrasah Tahfiz Felda Serting Hilir Kompleks Merupakan satu institusi Tahfiz Masjid Felda Serting Hilir.Diselia selenggara oleh Pihak Pengurusan Masjid Felda Serting Hilir.Perintis Generasi Al-Quran.

الحمدلله ثم الحمد لله 🤲🏻🩷🤍“HARI INI LAHIRNYA SEORANG LAGI HUFFAZ DI BUMI SERTING HILIR”Guru Tasmik Sabqi: Al Fadhil Usta...
23/07/2026

الحمدلله ثم الحمد لله 🤲🏻🩷🤍

“HARI INI LAHIRNYA SEORANG LAGI HUFFAZ DI BUMI SERTING HILIR”

Guru Tasmik Sabqi: Al Fadhil Ustaz Abdul Wahab Bin Othman Al Hafiz

Pelajar Khatam 30 Juz Hafazan: Muhammad Khairul Anuar Bin Mazli

Tarikh Khatam : 22 Julai 2026
Waktu Khatam : 6.30 Pagi

_*Semoga Dengan Kejayaan Memberi Suntikan & Semangat Kepada Pelajar Lain Untuk Peroleh Kejayaan & Juga Semoga Felda Serting Hilir Sentiasa Dalam Keberkatan & Keredhaan Asbab Lahirnya Huffaz Di Tempat Kita_*

BERADAB,BERILMU,BERMUJAHADAH

ILMU ITU DENGAN BELAJARDaripada Abi Darda’ R.A, sabda Rasulullah SAW:“Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu i...
24/06/2024

ILMU ITU DENGAN BELAJAR

Daripada Abi Darda’ R.A, sabda Rasulullah SAW:
“Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan tafaqquh (memahaminya).”

Doa Ilmu, Rezeki dan Amalan

اللَّهُمَّ فَقِّهْنَا فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْنَا التَّأْوِيلَ

Maksudnya: Ya Allah! Berikanlah kepada kami kefaqihan dalam agama dan ilmu dalam tafsir dan takwil al-Quran.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Riwayat Ahmad (26521), Ibn Majah (925), Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (29265) dan al-Baihaqi (1645)

Sebarang pertanyaan Sila hubungi Mudir Tahfiz Ust Wahab:
www.wasap.my/60162254095

Memastikan Kebenaran Sebelum Meyakini Sesuatu PerkaraKita hendaklah memastikan kebenaran sesuatu perkara sebelum mengiku...
21/06/2024

Memastikan Kebenaran Sebelum Meyakini Sesuatu Perkara

Kita hendaklah memastikan kebenaran sesuatu perkara sebelum mengikutinya. Setiap pancaindera dan hati manusia akan diperhitungkan di hari Akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra ayat 36 yang bermaksud : Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Oleh itu, memastikan sesuatu kebenaran itu merupakan satu tuntutan bagi mengelak terjadinya fitnah dan permusuhan di antara manusia.

Hari ni last Takbir raya kita ambik peluang bertakbir sebanyak Mungkin..mana tau ini adalah raya terakhir Dan takbir ter...
20/06/2024

Hari ni last Takbir raya kita ambik peluang bertakbir sebanyak Mungkin..mana tau ini adalah raya terakhir Dan takbir terakhir dalam hidup kita

www.wasap.my/60162254095/Tahfizmasjid

Larangan Berpuasa Pada Hari-Hari TasyrikRasulullah SAW bersabda : “Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.” (HR ...
20/06/2024

Larangan Berpuasa Pada Hari-Hari Tasyrik

Rasulullah SAW bersabda : “Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.” (HR Muslim (1141)

Hari-hari Tasyrik iaitu pada 18, 19 & 20 Jun 2024 bersamaan 11,12 dan 13 Zulhijjah 1445H.


www.wasap.my/60162254095/Tahfizmasjid

Hukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Non-MuslimDalam Mazhab Syafi’e ❌ Tidak dibolehkan kerana korban adalah ketaatan...
20/06/2024

Hukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Non-Muslim

Dalam Mazhab Syafi’e

❌ Tidak dibolehkan kerana korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

✅ Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.

✅ Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan.

Sumber : Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

Doa Berlindung Dari Lapar & KhianatYa Allah! sesungguhnya daku berlindung denganMu dari kelaparan kerana ia mencelakan t...
20/06/2024

Doa Berlindung Dari Lapar & Khianat

Ya Allah! sesungguhnya daku berlindung denganMu dari kelaparan kerana ia mencelakan tidur dan daku berlindung denganMu daripada khianat kerana ia seburuk-buruk kelakuan.”

[HR. Abu Daud, (1547)]

Anda yang berhajat untuk menginfaqkan harta dan memberi sumbangan kepada Tahfiz atau untuk kemasukan anak ke Madrasah Ta...
19/06/2024

Anda yang berhajat untuk menginfaqkan harta dan memberi sumbangan kepada Tahfiz atau untuk kemasukan anak ke Madrasah Tahfiz Felda Serting Hilir Kompleks
Boleh hubungi:
Mudir Tahfiz Ustaz Abdul Wahab
www.wasap.my/60162254095

Jadikan Al-Quran sebagai sahabat di dunia agar ia menjadi peneman di alam sana.

Bagi yang berhajat untuk mengkhatamkan Al-Quran bagi pihak ahli keluarga yang telah meninggal dunia boleh hubungi Imam Amirun Naim:
www.wasap.my/60134328272/KhatamAlQuran



Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih Tiga (3) HariPendapat Ali RA dan Ibn Umar RA : Tidak boleh menyimpan daging korban m...
19/06/2024

Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih Tiga (3) Hari

Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA : Tidak boleh menyimpan daging korban melebihi 3 hari.

Pendapat Jumhur Para Ulama':
Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansuhkan.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah : Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Larangan menyimpan daging lebih 3 hari adalah berdasarkan keadaan hidup yang sempit dan susah ketika itu. Kemudian hadis larangan tersebut telah dimansuhkan hukumnya kerana keadaan telah berubah kepada lebih baik.

Sumber: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

Address

Tahfiz Masjid Felda Serting Hilir Kompleks
Jempol
72120

Telephone

+60134328272

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Felda Serting Hilir Kompleks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category