03/05/2026
🏅 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2026 🏅
Pada 30 April 2026 yang lalu, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah SJKT Ladang Sungai Sebaling dengan penuh meriah, semangat kesukanan dan kerjasama daripada semua pihak.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat,
✨ En. Sivalinggam a/l Selliah
(General Manager, Havys Oil Mill Sdn Bhd)
Turut hadir bersama,
✨ En. Muhammad Syahmi Jamaluddin
(Pengurus Ladang SD Guthrie Sungai Sebaling)
Tahniah diucapkan kepada 🟦 Rumah Biru kerana berjaya merangkul anugerah Perbarisan dan Hiasan Tercantik, manakala ❤️ Rumah Merah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan 2026. 👏
Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan sama ada dari segi kewangan, sumbangan barangan mahupun tenaga kerja bagi menjayakan program ini.
Semoga semangat kesukanan, perpaduan dan kerjasama ini akan terus mekar dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat. ❤️🏆