PASTI Nibong Tebal

Call

PASTI Nibong Tebal JABATAN PENDIDIKAN PASTI KAWASAN NIBONG TEBAL

Innalillahiwainnailaihirojiun.Assalamualaikum wbt.PASTI Kawasan Nibong Tebal menerima perkhabaran duka Naib Ketua Muslim...
26/09/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Assalamualaikum wbt.

PASTI Kawasan Nibong Tebal menerima perkhabaran duka Naib Ketua Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal, Puan Norlia Binti Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Lia baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.

Ya Allah.

Engkau menjemput perginya seorang sahabat seperjuangan kami. Seandainya Engkau takdirkan kami mati, matikan kami sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.

Semoga Allah merahmati rohnya, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.




Pengerusi PASTI Kawasan Nibong Tebal, En Nizam Nasir bersama Ketua Guru PASTI As Solihin, Cikgu Latifah serta guru cawan...
24/09/2026

Pengerusi PASTI Kawasan Nibong Tebal, En Nizam Nasir bersama Ketua Guru PASTI As Solihin, Cikgu Latifah serta guru cawangan turun ziarah dan sampaikan sumbangan Kebajikan dari PASTI Kawasan Nibong Tebal untuk keluarga arwah Suhaimi Bin Ahmad.

Allahyarham Suhaimi merupakan Pengurus PASTI As Solihin Bandar Tasik Mutiara. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan kepada anak Allahyarham.

Turut bersama dalam ziarah ini, pimpinan PAS Kawasan Nibong Tebal dan PAS Cawangan Bandar Tasik Mutiara.




إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَPASTI Kawasan Nibong Tebal menerima khabar duka mengenai pemergiaan Encik Suh...
17/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

PASTI Kawasan Nibong Tebal menerima khabar duka mengenai pemergiaan Encik Suhaimi Bin Ahmad, Pengurus PASTI As Solihin Bandar Tasek Mutiara.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga almarhum atas kehilangan ini. Moga terus kuat dan tabah hadapi ujian ini.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat-Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.
Al fatihah.





PASTI Kawasan Nibong Tebal terus lakar kejayaan dalam Alam Ria PASTI Negeri Pulau Pinang 2026.Alhamdulillah, Kejayaan be...
14/09/2026

PASTI Kawasan Nibong Tebal terus lakar kejayaan dalam Alam Ria PASTI Negeri Pulau Pinang 2026.

Alhamdulillah, Kejayaan besar Kontijen PASTI Kawasan Nibong Tebal dalam Pertandingan Alam Ria PASTI Negeri Pulau Pinang 2026.

PASTI Kawasan Nibong Tebal berjaya meraih:

3 Johan
4 Naib Johan
1 Ketiga
3 Saguhati

Johan Keseluruhan Alam Ria

Ini semua adalah hasil titik peluh serta kerjasama dari guru, pelajar, pihak pengurusan serta para waris yang sentiasa bersama PASTI Kawasan Nibong Tebal.






🔥 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈!  🔥✨ ALAM RIA PASTI NEGERI PULAU PINANG 2026 ✨Debaran semakin terasa! 😍Esok kita bakal menyaksikan...
12/09/2026

🔥 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈! 🔥

✨ ALAM RIA PASTI NEGERI PULAU PINANG 2026 ✨

Debaran semakin terasa! 😍

Esok kita bakal menyaksikan bakat-bakat cilik dari PASTI Kawasan Nibong Tebal yang akan beraksi dalam Pertandingan Alam Ria PASTI Negeri Pulau Pinang 2026.

🗓️13 September 2026 (Ahad)
⏰8.00 pagi
📍 Pusat Pengajian Darul Hadis, Pokok Machang, Tasek Gelugor

Ayuh seluruh warga PASTI Nibong Tebal kita turun beramai-ramai !

Anak Soleh, Generasi Rabbani, Masa Depan Ummah.






PASTI Pulau Pinang Johan Bola Sepak Piala Pengarah JPJ Perak.Alhamdulillah Pasukan Bola Sepak  PASTI Pulau Pinang dibawa...
07/09/2026

PASTI Pulau Pinang Johan Bola Sepak Piala Pengarah JPJ Perak.

Alhamdulillah Pasukan Bola Sepak PASTI Pulau Pinang dibawah kendalian En Wan Raja Jurulatih dari Akademi Wira Muda mendapat Johan dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah JPJ Perak.

Kejohanan tersebut diadakan di Padang JPJ Taiping. Pasukan PASTI Pulau Pinang terdiri dari beberapa orang pelajar PASTI Kawasan Nibong Tebal yang pernah mewakili Pasti Pulau Pinang di Kejohanan BSBJ peringkat Pusat.

Terima kasih kepada Akademi Wira Muda, para penaja, guru-guru serta waris yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada para pemain.






Selamat Hari Merdeka! 🇲🇾Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan kecinta...
30/08/2026

Selamat Hari Merdeka! 🇲🇾

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan kecintaan kepada tanah air.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾❤️

Ikhlas dari : PASTI Kawasan Nibong Tebal





🇲🇾 SELAMAT BERCUTI & SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 🇲🇾Sempena cuti sekolah dan Sambutan Hari Kebangsaan, pihak PASTI ...
28/08/2026

🇲🇾 SELAMAT BERCUTI & SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 🇲🇾

Sempena cuti sekolah dan Sambutan Hari Kebangsaan, pihak PASTI Kawasan NibongTebal ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan warga Pasti.

Manfaatkan masa cuti bersama keluarga dengan aktiviti yang bermanfaat dan sentiasa menjaga keselamatan diri.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

🇲🇾 Ayuh Semarakkan Semangat Merdeka! 🇲🇾

Selamat bercuti, jaga diri dan jumpa kembali di PASTI.





Alhamdulillah, selesai sudah Alam Ria PASTI Kawasan Nibong Tebal 2026 yang telah berlangsung dengan jayanyaTahniah dan s...
26/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Alam Ria PASTI Kawasan Nibong Tebal 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya

Tahniah dan syabas buat semua anak-anak PASTI yang telah berani tampil menyertai pelbagai acara pada kali ini.



Address

Taman Halaman Indah
Jawi

Telephone

+601135972829

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category