GIATMARA Petaling Jaya Selatan

GIATMARA Petaling Jaya Selatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GIATMARA Petaling Jaya Selatan, Education, No 8247, Jalan 225, Jalan.

GMPJS Merupakan Satu-Satunya Pusat GIATMARA Dalam Malaysia Yang Menawarkan Kursus Latihan Kemahiran Dalam Bidang Pembuatan Acuan Plastik Dengan Menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM)
SKM 2 : Operasi Pemesinan
SKM 3 : Pembuatan Acuan Suntikan Plastik

13/08/2026

12.08.2026| RABU

PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT GIATMARA NEGERI SELANGOR 2026

07.08.2026 | PEMBELAJARAN MODUL PEMBANGUNAN JIWA INSAN (PUJI)Alhamdulillah hari ni Jumaat  anak-anak   memulakan sesi pe...
08/08/2026

07.08.2026 | PEMBELAJARAN MODUL PEMBANGUNAN JIWA INSAN (PUJI)

Alhamdulillah hari ni Jumaat anak-anak memulakan sesi pembelajaran pertama Modul PUJI yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Mohd Hafez Mohd Salim merangkap Imam Masjid Kg. Tunku Jln. SS1/31 Petaling Jaya.

Semoga dengan suntikan ilmu kerohanian ini dapat menjadi asbab kepada penambahbaikan akhlak dan peningkatan tahap keimanan kepada maha Pencipta. Amin yra.

๐ŸŽ“ MAJLIS GRADUASI GIATMARA ZON TENGAH 2026 ๐ŸŽ“12 hari lagi bagi pengesahan kehadiran ke majlis gemilang anda!๐Ÿ—“ Tarikh: 3 O...
08/08/2026

๐ŸŽ“ MAJLIS GRADUASI GIATMARA ZON TENGAH 2026 ๐ŸŽ“

12 hari lagi bagi pengesahan kehadiran ke majlis gemilang anda!

๐Ÿ—“ Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi

๐Ÿ“ข Pengesahan Kehadiran Graduan

Buat pengesahan kehadiran sebelum 17 Ogos 2026 melalui pautan berikut:

๐Ÿ”— https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf9-PijxwOQsO6hREhLbql9cdXQH-X4c67oUPvXg3XIPtKpzw/viewform

**Jumpa anda di Majlis Graduasi GIATMARA Zon Tengah 2026!** ๐ŸŽ‰๐ŸŽ“

TAHNIAH   .
08/08/2026

TAHNIAH .

17 Julai 2026 | Jumaat Rutin   pada hari jumaat biasanya di isi dengan pembelajaran kerohanian iaitu PUJI (Pembangunan J...
17/07/2026

17 Julai 2026 | Jumaat

Rutin pada hari jumaat biasanya di isi dengan pembelajaran kerohanian iaitu PUJI (Pembangunan Jiwa Insan) namun, disebabkan oleh keuzuran ustaz yang dilantik, pembelajaran PUJI ditangguh dan diganti dengan penerapan nilai teras yang lain iaitu gotong royong menghasilkan sudut rekreasi hijau sebagai salah satu aktiviti pembudayaan ESG.

Kerjasama antara pengajar dan pelatih menjadikan sudut atau ruang yang sebelum ini agak kurang mesra alam menjadi lebih menarik dan selamat.
Walaupun belum siap sepenuhnya namun perbezaan dari keadaan asal amat ketara.

Pada masa yang sama juga beberapa pelatih lain turut dilibatkan mengikuti Program bersama komuniti sekolah di SMK Kelana Jaya. Pelatih turut di bawa bagi membantu warga kerja GMPJS memberikan Taklimat kerjaya dan program kepada murid-murid sekolah tersebut. Pendedahan kepada program ini secara tak langsung membantu pelatih GIATMARA membina hubungan sosial dan juga interpersonal skill.





TBJulai 2026Selamat datang pelatih baruSelamat menjadi  Terima kasih ibu/bapa kerana memilih   sebagai tapak pemula kepa...
17/07/2026

TB

Julai 2026
Selamat datang pelatih baru
Selamat menjadi

Terima kasih ibu/bapa kerana memilih sebagai tapak pemula kepada kerjaya anak anda.

Kami tidak janjikan bulan bintang tetapi yang pasti anak anda setapak lebih ke depan terutama dalam bidang kemahiran.

Anak-anak , kami tak mampu nak ubah siapa kamu melainkan kamu sendiri yang mahu berubah dan berusaha bersama kami kepada yang lebih baik.

Datang dengan harapan biarlah pulang dengan penuh kejayaan yang cemerlang.

TAHNIAH !!

๐—–๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐—š๐— ๐—ฃ๐—๐—ฆJumaat 10 Julai 2026 l 5.15pmSetiap pertemuan, pasti disusuli perpisahan.Walaupun kejam, kita haru...
10/07/2026

๐—–๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐—š๐— ๐—ฃ๐—๐—ฆ
Jumaat 10 Julai 2026 l 5.15pm

Setiap pertemuan, pasti disusuli perpisahan.
Walaupun kejam, kita harus tabah mendepani hari-hari mendatang. Harungi dengan penuh kecekalan demi sebuah pengorbanan yang pahit, tetapi manis akan akhirnya.

Perpisahan tidak bole dielak, jalani dengan rasa syukur. Selamat tinggal kenangan. Selamat datang harapan. Melangkah dengan penuh tabah, membawa amanah dan pesanan untuk tongkah sejarah yang bakal ditempa untuk anak bangsa.

Saya dengan penuh dukacita, hari ini adalah hari terakhir saya bertugas sebagai Admin atau Pegawai Penyelaras Komunikasi bagi 'Pages' GIATMARA Petaling Jaya Selatan kerana saya akan bertukar ke Ibu Pejabat GIATMARA berkuatkuasa pada 15 Julai 2026. Insyallah, saya bakal diganti oleh personel yang lain, yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Saya setulus hati memohon maaf andai artikel-artikel yang diterbitkan ada mengandungi pelbagai kesalahan sehingga menyinggung hati, membungkam emosi dan perasaan.

Sesungguhnya saya tiada niat dan berharap agar pembaca semua mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan, yang berkaitan buletin-buletin dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh GMPJS sepanjang tahun.

Sesungguhnya segala yang positif itu dari Allah, segala kekurangan itu dari saya sendiri dan akan cuba memperbaikinya.

Sekian dahulu dari saya dan jumpa lagi.
Bye-bye

08/07/2026

Jgn lepaskan peluang ini anak-anak

TAHNIAH Dan TeriMa kasih memilih
02/07/2026

TAHNIAH Dan TeriMa kasih memilih

Tahniah dan Selamat Datang kepada semua Pelatih Baharu GIATMARA bagi Sesi Julai 2026!

Di sinilah impian mula dibentuk, kemahiran diasah dan potensi diterjemahkan menjadi kejayaan. Setiap kelas, setiap latihan dan setiap cabaran adalah peluang untuk membina masa depan yang lebih gemilang.

Teruskan melangkah dengan yakin, berani mencuba dan tidak pernah berhenti belajar. Semoga perjalanan anda di GIATMARA menjadi titik permulaan kepada kerjaya yang cemerlang dan kehidupan yang lebih bermakna.

Belajar Kemahiran, Bina Masa Depan.




17| 06| 2026 GIATMARA Petaling Jaya SelatanSalam Maal Hijrah 1448HSemoga tahun baru Hijrah ini membawa sinar harapan, ke...
17/06/2026

17| 06| 2026 GIATMARA Petaling Jaya Selatan

Salam Maal Hijrah 1448H
Semoga tahun baru Hijrah ini membawa sinar harapan, keberkatan rezeki, ketenangan jiwa dan kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik.

Mari berhijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik, memperkukuh ukhwah serta terus menyebarkan manfaat kepada masyarakat.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

"Hijrah Membawa Berkat, Ukhwah Membina Kekuatan."

Address

No 8247, Jalan 225
Jalan
46100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Petaling Jaya Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to GIATMARA Petaling Jaya Selatan:

Share

Category