Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu

Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu Wadah untuk berkongsi maklumat

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSeluruh warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah merakamkan setinggi-tinggi tah...
14/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Seluruh warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAS Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JBPM, berkuat kuasa 17 Ogos 2026.

Semoga terus cemerlang dalam memimpin dan memperkasa pembangunan JBPM.

Syabas dan Selamat Maju Jaya! 🇲🇾🚒

Ikhlas daripada,
PKPjB Syufa’at bin Kamaron
Komandan
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

SESI ‘FACE PRINT’ TERAKHIR PgKB I HUSSIN BIN AB RAHMANKuala Kubu Bharu, 13 Ogos 2026 – Warga ABPM Wilayah Tengah berkump...
14/08/2026

SESI ‘FACE PRINT’ TERAKHIR PgKB I HUSSIN BIN AB RAHMAN

Kuala Kubu Bharu, 13 Ogos 2026 – Warga ABPM Wilayah Tengah berkumpul bagi menyaksikan sesi ‘Face Print’ terakhir PgKB I Hussin bin Ab Rahman sempena persaraan wajib beliau setelah menabur bakti bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Turut hadir, YBrs. PKPjB Syufa'at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah, bersama pegawai kanan dan warga akademi. Majlis turut diserikan dengan ucapan penghargaan, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar kenangan.

Seluruh warga ABPM Wilayah Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti beliau.

Selamat bersara, PgKB I Hussin bin Ab Rahman. Jasamu dikenang. ❤️‍🔥

SARINGAN KESIHATAN KOSPEN WOW & PROGRAM DERMA DARAH PERDANAKUALA KUBU BHARU, 13 Ogos 2026 – Akademi Bomba dan Penyelamat...
14/08/2026

SARINGAN KESIHATAN KOSPEN WOW & PROGRAM DERMA DARAH PERDANA

KUALA KUBU BHARU, 13 Ogos 2026 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah telah melaksanakan Saringan Kesihatan KOSPEN WOW (Wellness of Workers) pada 12 dan 13 Ogos 2026 dengan kerjasama Unit KPAS, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor (PKD HS).

Antara pemeriksaan yang dijalankan ialah BMI, tekanan darah, glukosa, kolesterol dan konsultasi doktor, selain pemeriksaan klinikal payudara serta Pap smear bagi staf wanita dan isteri staf.

Turut berlangsung pada 13 Ogos ialah Program Derma Darah Perdana Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 Tahun 2026 di Dewan Serbaguna ABPM Wilayah Tengah. Program anjuran Pejabat Penghulu Mukim Kuala Kubu Bharu dan JPKK Kuala Kubu Bharu ini menggalakkan warga akademi dan masyarakat bersama-sama menyumbang darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

Penganjuran kedua-dua program ini menyemarakkan budaya hidup sihat, keprihatinan dan semangat kemanusiaan dalam kalangan warga ABPM serta masyarakat setempat.

“Setitis Darah Anda, Sejuta Harapan Mereka.” 🇲🇾❤️

Setinggi-tinggi tahniah kepada YAS Dato’ Haji Nordin bin Pauzi atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) ...
02/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada YAS Dato’ Haji Nordin bin Pauzi atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’.

Semoga terus cemerlang dalam memimpin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Tahniah dan syabas!

PELUNCURAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 DAN CERAMAH KEMERDEKAAN ABPM WILAYAH TENGAH TAHUN 2026 🇲🇾KUALA KUBU BHARU, 31...
31/07/2026

PELUNCURAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 DAN CERAMAH KEMERDEKAAN ABPM WILAYAH TENGAH TAHUN 2026 🇲🇾

KUALA KUBU BHARU, 31 JULAI 2026 – Semangat patriotisme membara meliputi Auditorium Haji Mansur hari ini apabila Program Peluncuran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 dan Peluncuran Bulan Kemerdekaan Peringkat Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah telah selamat dan berjaya dilaksanakan.

Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah disempurnakan oleh YBrs. PKPjB Syufa'at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah.

💡 Pengisian Utama dan Highlights Majlis:

* 🗣️ Ceramah Kemerdekaan: Warga akademi diserikan dengan perkongsian bermakna bertajuk "Jiwa Merdeka, Minda MADANI: Asas Kesejahteraan Ummah" yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Yang Berbahagia Ustaz Mohd Zulkifli bin Makhtar (Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pengajian Usuluddin / Pensyarah Kanan Darul Quran JAKIM). Ceramah tersebut menyuntik kesedaran bahawa kemerdekaan sebenar menuntut pembebasan jiwa daripada hawa nafsu dan pemikiran negatif serta penerapan nilai-nilai MADANI.

* 🇲🇾Gimik Penyerahan Jalur Gemilang: Simbolik penyerahan bendera kemegahan negara oleh barisan ketua pengajian dan pegawai kanan sebagai penanda bermulanya semarak Bulan Kemerdekaan di peringkat ABPM Wilayah Tengah.

* 🎶 Nyanyian "Jalur Gemilang": Gema suara penuh bersemangat daripada seluruh warga ABPM Wilayah Tengah mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama.

> "Sebagai pegawai dan anggota penyelamat, erti kemerdekaan buat kita bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi bagaimana kita menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti, disiplin, dan profesionalisma." — PKPjB Syufa'at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Kerja serta warga ABPM Wilayah Tengah yang menjayakan majlis ini dengan penuh gilang-gemilang!

"MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

🇲🇾 MAJLIS SOLAT SUNAT HAJAT, DOA SELAMAT DAN BACAAN YASIN BAGI KESEJAHTERAAN NEGARA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2...
31/07/2026

🇲🇾 MAJLIS SOLAT SUNAT HAJAT, DOA SELAMAT DAN BACAAN YASIN BAGI KESEJAHTERAAN NEGARA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 PERINGKAT ABPM WILAYAH TENGAH 🇲🇾

KUALA KUBU BHARU, 30 Julai 2026 – Telah berlangsung Majlis Solat Sunat Hajat, Doa Selamat dan Bacaan Yasiin bagi Kesejahteraan Negara sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 Peringkat Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah bertempat di Surau Al-Mansooriah, Kuarters ABPM Wilayah Tengah.

Majlis yang penuh keberkatan ini diseru bagi memohon rahmat, keselamatan, serta ketenteraman buat tanah air tercinta menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. PKPjB Syufa'at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah, bersama-sama pegawai, kakitangan, serta warga Kuarters ABPM Wilayah Tengah dan ahli keluarga yang hadir mengimarahkan majlis.

📌 BUTIRAN PROGRAM:

* 📅 Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis)
* ⏰ Masa: 7.30 - 10.00 Malam
* 📍 Lokasi: Surau Al-Mansooriah, Kuarters ABPM Wilayah Tengah

Program diakhiri dengan solat berjemaah, bacaan doa selamat, dan majlis jamuan yang disediakan oleh pihak surau bagi mengeratkan silaturahim sesama warga ABPM Wilayah Tengah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga ABPM Wilayah Tengah serta kariah surau yang hadir memeriahkan dan mengimarahkan majlis ini.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” 🇲🇾🔥

ABPM WILAYAH TENGAH JAYAKAN "FIRE RESPONSE CHALLENGE" BERSAMA JKR HULU SELANGORTAMAN MILLENNIUM KUALA KUBU BHARU, 30 Jul...
31/07/2026

ABPM WILAYAH TENGAH JAYAKAN "FIRE RESPONSE CHALLENGE" BERSAMA JKR HULU SELANGOR

TAMAN MILLENNIUM KUALA KUBU BHARU, 30 Julai 2026 - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah telah dijemput oleh Pejabat JKR Hulu Selangor bagi menjayakan Program JKRHS Reset & Recharge: Psikologi Positif, Produktiviti Berganda yang berlangsung pagi tadi.

Seramai 7 orang kakitangan ABPM Wilayah Tengah telah ditugaskan mengendalikan Checkpoint 1: Fire Response Challenge. Aktiviti ini bertujuan menguji kepimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran asas kebombaan di kalangan 50 orang warga JKRHS.

Terima kasih JKR Hulu Selangor atas kepercayaan dan jemputan ini.

29/07/2026

Kuala Kubu Bharu, 28 Julai 2026 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah hari ini menerima lawatan sambil belajar daripada delegasi antarabangsa sempena program Best Practices on Counter Terrorism from the Malaysian Perspective anjuran Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) dengan kerjasama Malaysian Technical Corporation Programme (MTCP), Kementerian Luar Negeri.

Lawatan yang melibatkan 15 peserta antarabangsa dan 10 pegawai SEARCCT ini bertujuan memberi pendedahan mengenai keupayaan Malaysia dalam bidang kebombaan, penyelamatan serta pengurusan ancaman Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosive (CBRNe).

Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuhkan kerjasama serantau dalam aspek keselamatan dan pengurusan bencana.

PROGRAM WIRA BAKTI TAHUN 2026 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYAKUALA KUBU BHARU, 19 JULAI 2026 (AHAD) – Program Wira Bakti Tahu...
21/07/2026

PROGRAM WIRA BAKTI TAHUN 2026 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

KUALA KUBU BHARU, 19 JULAI 2026 (AHAD) – Program Wira Bakti Tahun 2026 anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dilaksanakan dengan jayanya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah. Majlis penutupan program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Azmir bin Kassim, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Program strategik ini berjaya menghimpunkan seramai 60 orang pelatih PKM dari Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menerapkan nilai disiplin diri, kecergasan, jati diri, serta integriti yang tinggi demi negara.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Siti Nor Hasma binti Mat Isa, Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta PgKB II Ahmadi bin Muhamad Hasan yang hadir mewakili Komandan ABPM Wilayah Tengah. Selain penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta, majlis turut diisi dengan tayangan montaj aktiviti sepanjang program berlangsung. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelatih dan seluruh jawatankuasa kerja yang telah memberikan komitmen jitu dalam menjayakan program ini.

17/07/2026

KURSUS PENYELAMATAN DAN PENGENDALIAN BOT FOR SENIOR OFFICER LEVEL II DI ABPM WILAYAH TENGAH

Kuala Kubu Bharu, 17 Julai 2026 – ABPM Wilayah Tengah telah menganjurkan Kursus Penyelamatan dan Pengendalian Bot for Senior Officer Level II selama 13 hingga 17 Julai 2026, melibatkan 24 pegawai JBPM.

Kursus yang diadakan di Bilik Kuliah Penyelamatan dan Tasik Darul Quran ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kecekapan pegawai dalam penyelamatan air dan pengendalian bot melalui latihan teori dan amali.

Kursus diselaraskan oleh Tuan Shamsul sebagai Penyelaras Kursus dengan bantuan Encik Saiful selaku Penolong Penyelaras. Diharapkan latihan ini dapat memperkukuh kompetensi dan kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi operasi penyelamatan.

Address

Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Jalan Padang Tembak
44000

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60360641329

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu:

Shortcuts

Share

Category