KV BATU PAHAT_Official

KV BATU PAHAT_Official Laman Facebook rasmi Kolej Vokasional Batu Pahat.

SELAMAT KEMBALI KE KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT
07/06/2026

SELAMAT KEMBALI KE KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.Kepada pelajar dan warga KV Batu Pahat.PERHIMPUNAN KHAS BERSAMA PENGARAH akan diada...
06/06/2026

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada pelajar dan warga KV Batu Pahat.

PERHIMPUNAN KHAS BERSAMA PENGARAH akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 8 Jun 2026
Hari: Isnin
Masa: 8.00pg

Terima Kasih.



Sekalung tahniah dan selamat datang kepada Tuan Noranizam bin Jamian atas pelantikan sebagai Pengarah Kolej Vokasional B...
03/06/2026

Sekalung tahniah dan selamat datang kepada Tuan Noranizam bin Jamian atas pelantikan sebagai Pengarah Kolej Vokasional Batu Pahat yang baharu berkuatkuasa pada 25 Mei 2026.

Semoga kecemerlangan KV Batu Pahat dapat dipacu ke tahap yang lebih membanggakan selaras dengan aspirasi TVET.



18 MEI 2026 | KV KOTA TINGGI | PERTANDINGAN KV SKILL ZON JOHOR 2026Tahniah diucapkan kepada Program Teknologi Penyejukan...
30/05/2026

18 MEI 2026 | KV KOTA TINGGI | PERTANDINGAN KV SKILL ZON JOHOR 2026

Tahniah diucapkan kepada Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Vokasional Batu Pahat atas kejayaan meraih JOHAN dalam Pertandingan KV Skill Zon Johor 2026 bagi bidang Refrigeration & Air Conditioning (RAC) yang berlangsung di 'Kolej Vokasional Kota Tinggi - Rasmi'.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen tinggi daripada jurulatih, pengurus serta peserta yang telah membuktikan bahawa kemahiran adalah asas kecemerlangan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melahirkan pelajar berkemahiran tinggi serta memperkukuh peranan TVET dalam pembangunan negara.



Warga Kolej Vokasional Batu Pahat mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar sempena Cuti Semester pada 23 Mei hin...
29/05/2026

Warga Kolej Vokasional Batu Pahat mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar sempena Cuti Semester pada 23 Mei hingga 07 Jun 2026.

Gunakan masa ini untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, serta memperkukuh persediaan bagi menghadapi semester dan PdPc akan datang. Semoga cuti ini memberi ruang untuk mengumpul tenaga, ilham, dan semangat baharu.



18 - 19 MEI 2026 | KEJOHANAN PETANQUE SEMPENA HARI GURU TAHUN 2026 Kejohanan ini menampilkan penyertaan kategori staf/gu...
28/05/2026

18 - 19 MEI 2026 | KEJOHANAN PETANQUE SEMPENA HARI GURU TAHUN 2026

Kejohanan ini menampilkan penyertaan kategori staf/guru lelaki dan perempuan yang mencerminkan kebersamaan warga kolej. Kejohanan telah berlangsung di Gelanggang Petanque KV Batu Pahat dianjurkan oleh Kelab Petanque dengan kerjasama KEBIRU dan Unit Sukan KV Batu Pahat mampu memupuk nilai kerjasama, strategi, dan ketekalan. Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi juga manifestasi penghargaan terhadap insan bergelar pendidik yang sentiasa menjadi inspirasi dan pendorong kejayaan pelajar.




18 MEI 2026 | GOTONG ROYONG PERDANA KV BATU PAHAT SIRI 2/2026Aktiviti gotong-royong merangkumi pembersihan kawasan kolej...
28/05/2026

18 MEI 2026 | GOTONG ROYONG PERDANA KV BATU PAHAT SIRI 2/2026

Aktiviti gotong-royong merangkumi pembersihan kawasan kolej, menceriakan landskap, serta memperindah ruang pembelajaran agar lebih kondusif. Program ini turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan, kesihatan, dan kelestarian alam sekitar, seiring dengan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sebagai budaya kerja warga KV Batu Pahat.



22 MEI 2026 | PROGRAM BICARA AKADEMIK PELAJAR 2 SVM & 2 SKM KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT TAHUN 2026Program Bicara Akademi...
28/05/2026

22 MEI 2026 | PROGRAM BICARA AKADEMIK PELAJAR 2 SVM & 2 SKM KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT TAHUN 2026

Program Bicara Akademik yang memberi tumpuan kepada isu akademik semasa serta merangkumi aspek pembinaan karakter, penguasaan kemahiran insaniah, dan persediaan menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Dengan semangat keterbukaan dan kebersamaan, Program Bicara Akademik menjadi jambatan penghubung antara institusi dan penjaga. Ia memperkukuh komitmen bersama untuk melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, serta berdaya saing dalam mendepani masa depan negara.



20 MEI 2026 | PERHIMPUNAN RASMI SAMBUTAN HARI GURU KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT TAHUN 2026“GURU BITARA NADI NEGARA”Guru b...
28/05/2026

20 MEI 2026 | PERHIMPUNAN RASMI SAMBUTAN HARI GURU KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT TAHUN 2026

“GURU BITARA NADI NEGARA”

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pemimpin yang membimbing dengan kebijaksanaan, penyuluh yang menyalakan semangat, serta nadi yang menggerakkan pembangunan bangsa. Di KV Batu Pahat, warga pendidik terus komited melahirkan pelajar vokasional yang berdaya saing, berintegriti, dan mampu menyumbang kepada kemajuan negara.



Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga pendidik, para pelajar, dan umat Islam di mana sahaja berada....
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga pendidik, para pelajar, dan umat Islam di mana sahaja berada.

Semoga kedatangan hari raya korban ini dipenuhi dengan rasa kesyukuran, keinsafan, serta memperkukuh lagi ukhuwah dan perpaduan sesama kita dalam memacu kecemerlangan institusi dan negara.

Sesungguhnya, setiap titisan keringat dan pengorbanan yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan bakal menjadi asbab turunnya rahmat Tuhan. Moga segala usaha murni kita dibalas dengan kebahagiaan yang hakiki, dikurniakan keberkatan yang berpanjangan, serta sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya

Selamat Hari Raya AidilAdha.



Address

KM7 Jalan Kluang
Jalan Kluang
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074312051

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KV BATU PAHAT_Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category