SRAI Bandar Baru Bangi

SRAI Bandar Baru Bangi Sekolah Rendah Agama Integrasi dibawah Jabatan Agama Islam Selangor Education

🌷 Kem Kepimpinan Pengawas 2024 🌷Tarikh : 10 - 11 Mei 2024 Hari : Jumaat - Sabtu 👇🏻 Dikongsikan bersama gambar program
14/05/2024

🌷 Kem Kepimpinan Pengawas 2024 🌷
Tarikh : 10 - 11 Mei 2024
Hari : Jumaat - Sabtu

👇🏻 Dikongsikan bersama gambar program

*HEBAHAN MAT PIBG SRAIBBB KALI-26**Assalamualaikum W.B.T*Berikut adalah surat jemputan ke *MESYUARAT AGUNG PIBG SRAIBBB ...
09/05/2024

*HEBAHAN MAT PIBG SRAIBBB KALI-26*

*Assalamualaikum W.B.T*

Berikut adalah surat jemputan ke *MESYUARAT AGUNG PIBG SRAIBBB KALI KE- 26*

📮Mohon kepada semua ibu bapa, sila sahkan kehadiran.
Borang usul dan cadangan boleh Klik pautan link di bawah
https://forms.gle/rGweZPaniMF4FiQf8
atau scan QR CODE pada surat.

Terima Kasih.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهTitipan DOA untuk anak² Tahun 6 SRAI Bandar Baru Bangi."Ya Allah Ya Tuhanku..Permudahkanl...
08/10/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Titipan DOA untuk anak² Tahun 6 SRAI Bandar Baru Bangi.

"Ya Allah Ya Tuhanku..
Permudahkanlah segala urusan anak² Tahun 6 SRAI BBB ini pada Hari Peperiksaan PSRA 2023 dan hari² seterusnya sehingga selesai Peperiksaan PSRA 2023..

Kurniakanlah mereka kesihatan baik yang berterusan..
Selamatkanlah perjalanan mereka ke Dewan dan Bilik² Peperiksaan..
Lindungilah mereka dari Halangan dan Rintangan..

Ya Allah Ya Tuhanku mudahkanlah setiap soalan bagi mereka..
Tajamkanlah Akal Fikiran mereka..
Lancarkanlah Penulisan mereka..
Ingatkanlah apa yang mereka Lupa..
Bantulah mereka untuk menjawab soalan dengan TEPAT & BETUL..

Ya Allah Ya Tuhanku tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu semata-mata Ya Allah..
Terimalah DOA kami ini dan Makbulkan dengan Berkat dan KasihMu Ya Allah.."

Amiinnn Yaaa Robbal Alamiinnn 🤲🏼

beroleh Mumtaz
Dunia
Akhirat

Assalamualaikum w.b t          Tarikh : 31 MEI 2023PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN MENDUDUKI UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH SRAI/J...
31/05/2023

Assalamualaikum w.b t
Tarikh : 31 MEI 2023

PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN MENDUDUKI UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH SRAI/JAIS TAHUN 1 SESI 2023/2024

2. Merujuk perkara di atas, tarikh permohonan menduduki ujian tahun 1 (UKS) sesi 2023/2024 dilanjutkan 2 minggu mengikut tarikh seperti di bawah:

Tarikh permohonan:
1 JUN 2023 (KHAMIS) hingga 16 JUN 2023 (JUMAAT)

2. Sehubungan itu, semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian pada pautan :

http://www.malaysia.gov.my

atau

http://sekolah.jais.gov.my/srai

3. Semua permohonan hendaklah dicetak dan dihantar ke pejabat sekolah bersama-sama dokumen yang disenaraikan dan disahkan.

Sekian, terima kasih.

Aidil Atirah binti Abdul Wahid
Guru Besar
SRAI Bandar Baru Bangi.

29/05/2023

Assalamualaikum w.b t

PERMOHONAN MENDUDUKI UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH SRAI JAIS/SELANGOR
TAHUN 1 2023/2024

Semua Ibu bapa diingatkan untuk menghantar salinan Borang permohonan bersama semua dokumen yang diperlukan dan telah diusahakn ke pejabat sekolah pada atau sebelum 31 Mei 2023.

📌 Rekod permohonan terkini:
Permohonan online : 453 orang

📌 Borang permohonan yg telah dihantar ke pejabat : 312 orang

📌 Pemohon yg BELUM MENGHANTAR BORANG : 141 orang

🛑 Permohonan yg TIDAK menghantar salinan borang ke pejabat tidak akan diproses.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhJEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SRAI BBB KALI KE-25 & SAMBUTAN AIDILFITR...
17/05/2023

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SRAI BBB KALI KE-25 & SAMBUTAN AIDILFITRI PIBG TAHUN 2023

📍 TARIKH : 20 MEI 2023
📍 HARI : SABTU
📍 MASA : 7.30 pagi - 2.00 petang
📍 TEMPAT : DEWAN BLOK C & KANTIN
📍 PARKIR :
1- Depan Balai Polis
2- kawasan kebenaran hadapan sekolah

Semoga majlis berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT.

Aamiin aamiin aamiin 🤲🏻

Setiausaha PIBG
SRAI BBB

01/05/2023

Assalamualaikum w.b t
Ibu bapa/ penjaga murid SRAIBBB yg dihormati:

1️⃣ Semua murid akan mula bersekolah pada 2 Mei 2023 (Selasa) selepas cuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti Pertengahan Penggal 1 sesi 2023/2024.

2️⃣ Mohon perhatian semua penjaga agar dapat memastikan kehadiran anak-anak jagaan tuan puan ke sekolah dengan mematuhi peraturan dan disiplin sekolah yang telah ditetapkan seperti:

👔Berpakaian seragam sekolah yang kemas dan lengkap (SPSM:14-20). Rambut yg kemas dan digunting serta memotong kuku (SPSM:23-24).

⏰Diingatkan bahawa hadir lewat ke sekolah adalah menyalahi peraturan dan boleh menyebabkan anak jagaan tuan puan dikenakan tindakan disiplin (SPSM:Kod K01, K02, K03,K05). Dengan itu, anak-anak dinasihatkan untuk hadir lebih awal ke sekolah sebelum sesi pdp bermula pada pukul 7.30 pagi.

☎️ Pastikan anak- anak tidak membawa barang larangan ke sekolah seperti telefon bimbit dan lain-lain (SPSM:35)

3️⃣ Kerjasama semua ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak-anak jagaan tuan puan mendapat tidur yang cukup agar mereka bersemangat untuk belajar di dalam kelas. Bersama-sama ingatkan mereka ilmu sangat berguna untuk bekalan hidup mereka.

4️⃣ Sekiranya anak tuan puan tidak sihat/demam/selesema/batuk yg teruk, sila dapatkan rawatan di klinik berdekatan dan hadir ke sekolah setelah sihat.

5️⃣ Terdapat beberapa ancaman kesihatan dan keselamatan murid pada masa sekarang yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa iaitu penularan covid-19, jerebu, cuaca panas dan kering yang berpanjangan.

6️⃣ Ibu bapa hendaklah sentiasa prihatin dengan keselamatan dan kesihatan anak-anak dengan cara :

🧋🥤 Memastikan anak-anak membawa bekalan air yg mencukupi utk sepanjang hari persekolahan dan ingatkan anak-anak untuk minum air dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi dan strok haba serta elakkan dari terdedah dgn cuaca panas terlalu lama.

💊 Jangan menghantar anak tidak sihat/bergejala ke sekolah.

😷 Galakkan anak-anak memakai pelitup mulut dan hidung untuk menangani masalah jerebu dan penularan covid-19.

Sekian, terima kasih.

GPK HEM
SRAI Bandar Baru Bangi

PERMOHONAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH-SEKOLAH SRAI (INTEGRASI) JAIS SELANGOR TAHUN 1/2024 (UKS)Permohonan untuk m...
28/04/2023

PERMOHONAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH-SEKOLAH SRAI (INTEGRASI) JAIS SELANGOR TAHUN 1/2024 (UKS)

Permohonan untuk menduduki ujian boleh dibuat pada -

Tarikh : 2 hingga 31 Mei 2023

Syarat & kelayakan:
Sila rujuk paparan di bawah

Link pautan : www.malaysia.gov.my

atau

http://sekolah.jais.gov.my/srai

Sekian. Terima kasih.

GPK HEM
SRAI Bandar Baru Bangi

Kepada :Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun 1 - 6SRAI Bandar Baru Bangi 🌷 Berita Sekolah (01) Sesi 2023/2024 🌷
22/03/2023

Kepada :
Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun 1 - 6
SRAI Bandar Baru Bangi

🌷 Berita Sekolah (01) Sesi 2023/2024 🌷

🌷 PESANAN KESELAMATAN DARIPADA WARGA SRAIBBB DAN PIBG 🌷
19/03/2023

🌷 PESANAN KESELAMATAN DARIPADA WARGA SRAIBBB DAN PIBG 🌷

19/03/2023

Assalamualaikum w.b.t
Ibu bapa yg dirahmati Allah

1️⃣ Pihak sekolah prihatin dan mengambil berat akan masalah murid yang tinggal agak jauh dari sekolah untuk menunaikan solat Subuh kerana terpaksa keluar awal dari rumah.

2️⃣ Pihak sekolah juga maklum, ada sebahagian murid yang tinggal jauh menunaikan solat Subuh di RnR atau stesen - stesen minyak setiap hari.

3️⃣ Sehubungan itu, pihak sekolah membuka surau Al Raudhah SRAIBBB untuk kegunaan Ibu bapa dan murid menunaikan solat Subuh pada setiap pagi.

4️⃣ Di samping itu, ianya juga merupakan satu galakan kepada murid-murid untuk hadir awal ke sekolah.

5️⃣ Ibu bapa juga dibenarkan menggunakan tandas Blok B untuk urusan sebelum solat.

Sekian, terima kasih.

Aidil Atirah binti Abd Wahid
Guru Besar
SRAI Bandar Baru Bangi

Khas buat anak-anak Tahun 1 sesi 2023/2024 yang bakal memulakan pengajian di SRAI Bandar Baru Bangi jom hafal lagu sekol...
19/03/2023

Khas buat anak-anak Tahun 1 sesi 2023/2024 yang bakal memulakan pengajian di SRAI Bandar Baru Bangi jom hafal lagu sekolah. Ibu, ayah, abang dan kakak pun boleh join sama. Jom semua 😊

Address

SRAI Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAI Bandar Baru Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category