10/09/2026
DARI SIRAH KE REALITI: MAULIDUR RASUL BENTUK BELIA BERJATI DIRI
SERI ISKANDAR, 10 SEPTEMBER 2026 - Semarak Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M mewarnai IKBN Seri Iskandar apabila warga institut bersama-sama menghidupkan sambutan menerusi Alunan Selawat, Pertandingan Perarakan dan Bicara Ilmu yang penuh inspirasi.
Menampilkan perkongsian daripada PU Yeop menerusi tajuk “Sirah Nabi VS Realiti Belia: Apa Kata Rasulullah SAW Tentang Hidup Kita Hari Ini?”, warga institut diajak menyelusuri sirah Rasulullah SAW dan mengaitkannya dengan realiti kehidupan belia masa kini.
Sambutan turut diserikan dengan alunan Asmaul Husna, selawat serta penyampaian hadiah Pertandingan Perarakan, yang menyemarakkan lagi suasana sambutan hari kebesaran Islam dalam kalangan warga institut.
Penganjuran ini bukan sekadar memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi wadah dalam menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah serta membentuk belia yang berakhlak, berdisiplin dan berjati diri.
Semoga semangat Maulidur Rasul terus menjadi inspirasi dalam melahirkan generasi belia yang unggul dari segi kemahiran, sahsiah dan nilai murni. ﷺ