04/12/2025
4 Disember 2025
Sambutan Hari Kanak-kanak SRAR SUNGAI ROKAM (Sesi Petang)
Sekolah Rendah Agama Rakyat Sungai Rokam
04/12/2025
4 Disember 2025
Sambutan Hari Kanak-kanak SRAR SUNGAI ROKAM (Sesi Petang)
04/12/2025
4 Disember 2025
Sambutan Hari Kanak-kanak SRAR SUNGAI ROKAM
04/12/2025
3 Disember 2025
Hari Sukaneka SRAR SUNGAI ROKAM
01/12/2025
Rehlah Ilmi 7.0
29 - 30 November 2025
78 pelajar
10 guru
Destinasi - - > Kedah Darul Aman
11th stop, Oblong Port. Tempat lahirnya patty oblong. Kami dibawa melawat rumah hijau dan kandang haiwan yang ada di kawasan sekeliling.
Kami juga dijamu dengan produk burger dengan patty keluaran Oblong Geng. Rasa kepingan daging burgernya yang tersendiri dengan cukup berperisa.
Alhamdulillah, perjalanan rehlah ilmi kali ini berjaya dijalankan dengan sempurna. Memberikan pengalaman dan kenangan kepada semua peserta yang cukup berharga.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Pengangkutan : Bas syarikat Irfan Said
Sarapan : Kafe Adik Kakak
Makan tengahari : Hotel Seri Malaysia
Penginapan : Kelubi Waterfall Homestay Jitra
Katering : Kelubi Waterfall Homestay Jitra
Lawatan : Masjid Al Bukhary, Menara Alor Setar, Rumah Merdeka, Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Dusun Pak Ali, Kilang Coklat Nokona, Oblong Port
01/12/2025
Rehlah Ilmi 7.0
29 - 30 November 2025
78 pelajar
10 guru
Destinasi - - > Kedah Darul Aman
9th stop, Dusun Pak Ali. Tempat menarik untuk melakukan aktiviti outdoor. Dusun Pak Ali ini adalah di bawah pemilik kepada Kelubi Waterfall Homestay.
Juga mempunyai pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang datang samada untuk bersantai mandi di kolam mineral yang disediakan atau melakukan aktiviti riadah di kawasan sekeliling. Jika bernasib baik datang pada musim buah-buahan, boleh la merasai sendiri pengalaman memetik buah-buahan segar dari pokoknya.
10th stop, Kilang coklat Nokona. Selain dari membeli produk coklat yang dikeluarkan, pengunjung boleh mendengar penerangan dalam lawatan ke Muzium coklat.
Disini juga kami diberikan peluang untuk merasai pengalaman membuat produk coklat sendiri. Bila dah siap, boleh di bawa pulang untuk dinikmati.
30/11/2025
Rehlah Ilmi 7.0
29 - 30 November 2025
78 pelajar
10 guru
Destinasi - - > Kedah Darul Aman
7th stop, Pusat Sains Negara Wilayah Utara. Pelajar dapat mengenali dan menghayati sendiri pengalaman meneroka ilmu-ilmu berkaitan sains. Berkesempatan juga mengikuti program yang di atur oleh pihak PSNWU malah berjaya membawa pulang beberapa hadiah sebagai kenangan.
8th stop, Kelubi Waterfall Homestay Jitra. Siapa sangka terdapat sebuah tempat penginapan yang menyediakan berbagai kemudahan yang lengkap tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Disini menjadi penginapan pilihan untuk kami semua. Dengan segala kemudahan tersedia, berbagai aktiviti dapat dijalankan.
30/11/2025
Rehlah Ilmi 7.0
29 - 30 November 2025
78 pelajar
10 guru pengiring
Destinasi - - > Kedah Darul Aman
4th Stop, Rumah Merdeka. Ketika kami sampai ada notis mengatakan rumah Merdeka ditutup sementara. Namun atas izin penjaga, kami dibenarkan masuk untuk melawat bahagian luar dan sekeliling rumah merdeka.
5th stop, kafe rasa-rasa, Hotel Seri Malaysia Alor Setar untuk menikmati makan tengahari dan solat.
30/11/2025
Rehlah Ilmi 7.0
29 - 30 November 2025
Destinasi - - > Kedah Darul Aman
2nd Stop, menikmati sarapan di Kafe adik Kakak, Alor Setar. Layanan yang cukup mesra dari pemilik dan pelayan kafe. Makanan yang disediakan pun sangat sedap dengan harga yang berpatutan. Kami bagi 10/10 markah.
3rd Stop, Menara Alor Setar. Dapat melihat permandangan sekitar bandar Alor Setar dan sebahagian negeri Kedah dari ketinggian menara.
30/11/2025
Rehlah Ilmi 7.0
29 - 30 November 2025
78 pelajar
10 guru pengiring
Destinasi - - > Kedah Darul Aman
1st Stop, Masjid Al Bukhary, Alor Setar
20/08/2025
Program sempena bulan kemerdekaan
Pertandingan Kolaj jalur gemilang bagi pelajar - pelajar tahap satu berlansung pada 20 Ogos 2025.
08/08/2025
8/8/2025
Menerima kunjungan lawatan dari YB Parlimen Gopeng.
Alhamdulillah SRAR Sg. Rokam telah menerima sumbangan dari pihak YB Tan Kar Hing berupa 200 buah meja dan 300 buah kerusi untuk menggantikan kerusi dan meja yang telah uzur bagi kegunaan anak-anak didik SRAR Sg. Rokam.
YB Tan Kar Hing juga berkesempatan meluangkan sedikit masa bersama anak-anak murid tahun 1 dalam lawatan singkat beliau.
| Monday | 08:00 - 17:45 |
| Tuesday | 08:00 - 17:45 |
| Wednesday | 08:00 - 17:45 |
| Thursday | 08:00 - 17:45 |
| Friday | 08:00 - 17:45 |