Talaqi Kitab di Pondok

Talaqi Kitab di Pondok

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Talaqi Kitab di Pondok, College & University, Ipoh.

15/07/2025

“Barangsiapa membina rumah kerana Allah, maka Allah akan membinakan baginya rumah di syurga.” (HR. Bukhari & Muslim)

Dengan rendah hati, kami membuka peluang wakaf & infak pembangunan Madrasah Tarbiyatul Aulad, sebuah pusat tarbiah Islam untuk anak-anak generasi Rabbani.

🎯 Sasaran Fasa 1: RM500,000
💒 Bagi pembinaan asas struktur, kelas, surau dan kemudahan asas.

Kami menyeru para dermawan, sahabat-sahabat akhirat, untuk bersama kami dalam misi mulia ini.

🌱 Setiap ringgit anda akan membina bukan hanya bangunan, tetapi masa depan ummah.

📞 Info lanjut & resit rasmi:
Ust Azmel 012-5048241
Ust Solihin 01151966089

25/10/2024

INGAT MOLEK2 BAHAWASANYA SYURGA ITU ADALAH SEMATA MATA KURNIAAN DARIPADA ALLAH MANAKALA NERAKA ITU KEADILAN ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA BUKANNYA COMFIRM NERAKA DAN COMFIRM SYURGA

18/03/2023

Pengajian Setiap Jumaat Kitab ( Pelita Penuntut )

INFAK PEMBINAAN MADRASAH AL SYUBBANIAH

MAYBANK 558033612915

NO ADMIN 0125048241

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.

09/03/2023

INFAK PEMBINAAN MADRASAH AL SYUBBANIAH

MAYBANK 558033612915

NO ADMIN 0125048241

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.

12/11/2022

INILAH ANTARA WAJAH WAJAH TUAN GURU DAN ASATIZAH KITA YANG BERSAMA PN.

Photos from Talaqi Kitab di Pondok's post 11/11/2022

انا لله وانا اليه راجعون
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Telah kembali ke rahmatullah, ulama' sesepuh negeri Kedah jam 6 petang tadi, Syeikh Haji Abdul Hamid Bin Haji Ismail Jabugis (Pak Su Mid Bukit Tembaga) dalam usia 96 tahun.
Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin
Manaqib ringkas beliau :

Tok Wali Pak Su Mid, Kuala Nerang ( 1926 - 2022 )
Oleh : Tengku Yusuff
Nama sebenar Pak Su Mid ialah Syeikh Haji Abdul Hamid Bin Haji Ismail dan beliau dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada tahun 1926. Ayahnya bernama Haji Ismail Bin Jabugis manakala ibunya Selasiah Binti Lebai Yusof.
Allahyarham mempunyai 4 orang adik beradik, iaitu :
1. Fatimah
2. Mohamad
3. Mad Salleh
4. Haji Abdul Hamid
Keturunan asal Pak Su Mid berasal dari Banjar. Allahyarham mula tinggal di Bukit Tembaga, Kuala Nerang pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973.
Ketika hayatnya, beliau telah menuntut ilmu dari beberapa orang ulama tempatan seperti Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin di Ayer Hitam. Dikatakan bahawa beliau juga turut belajar dari seorang wali Allah yang disebut dengan nama Syeikh Abdullah Harun, di Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sungai Korok.
Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.
Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:
1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3) Khozinatul Asror
Beliau pernah berkata kepada penulis bahawa, beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja.
Amalan utama Pak Su Mid hanya al-Quran dan puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sewaktu keadaannya sihat, Allahyarham telah berpuasa lebih dari 30 tahun.
Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau s**a berkias dalam percakapan.
Di antara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :
1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.
2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.
3. Malam-malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api Neraka.
4. Bila ada Istiqomah, baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli Syurga.
5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat.
6. Siapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.
7. Semua ilmu ada dalam al-Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam al-Quran.
Syeikh Haji Abdul Hamid telah pergi meninggalkan kita pada 11 November 2022, jam 6 petang dalam usia 96 tahun.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Kajian peribadi dan dari sumber orang ramai seperti Anuar Gaharu dan lain-lain.

25/09/2021

Kedahan 🔰🔰🔰
Ulamak Negeri Kedah
Di Kedah masih ada 5 ulamak tua yang umurnya sudah melebihi 80 tahun. Kehidupan mereka penuh barokah , mereka mengaji berpuluh tahun dari ramai ulamak muktabar yang bersambung sanad ilmunya hingga ke Rasulullah s.a.w .
1. Tuan Guru Pak Teh Mad Kuala Nerang ( 94 tahun )
- Pondok Ahmadiah, Pondok Pak Teh Mad , Kampung Padang Nyiur, 06300, Kuala Nerang, Kedah
2. Tok Wali Pak Su Mid Bukit Tembaga ( 93 tahun )
- Kampung Kuala Pai, Bukit Tembaga, 06300, Kuala Nerang, Kedah
3. Tuan Guru Haji Lah Lebai Samah Bukit Lada ( 82 tahun )
- Madrasah Takwiyatul Islamiah, Bukit Lada, Jalan Kubur Panjang, 06760, Alor Setar, Kedah
4. Tuan Guru Haji Jusoh Bin Hussien ( 82 tahun )
- Pondok Penyarom, Tobiar, 06700, Pendang, Kedah
5. Tuan Guru Haji Awang Lanai ( 81 tahun )
- Madarasah Tahzibun Nufus, Banggol Berangan, Parit Panjang, 09130, Baling, Kedah
Ziarahlah mereka selagi Allah Taala masih berikan kesempatan buat kita . Mintalah nasihat dan doa, peluk ciumlah mereka . Semoga kita beroleh manfaat.

14/09/2021

Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Ahmad
( Pakteh Mad )
Jam 12.57 malam tadi

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.

Sesungguhnya Bumi Kedah telah kehilangan seorang lagi Permata Ummah yang banyak jasanya buat negeri ini.

(یَـٰۤأَیَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَىِٕنَّةُ * ٱرۡجِعِیۤ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِیَةࣰ مَّرۡضِیَّةࣰ * فَٱدۡخُلِی فِی
عِبَـٰدِی * وَٱدۡخُلِی جَنَّتِی)
انتقل جدي إلى دار خير من دارنا وحياة خير من حياتنا وإلى جوار رب كريم وحبيبه الرحمة.
إنا لله وإنا إليه راجعون.
إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن ولا نقول إلا ما يرضى ربنا وإنا بفراقك يا جدي لمحزونون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأسكنه فسيح جناتك يا رب العالمين

09/04/2021

Daurah Kitab Bakuratul amani

Setiap Hari Jumaat

Jam 10.00 Malam

Akan di Sampaikan Oleh AF Ustaz Azmel Amir

Surau Lama Kg Pengkalan Gate
Surau Al Syubbaniah

Sumbangan/Infaq juga boleh di salurkan ke:

Nama Akaun : Surau Al Syubbaniah
No. Akaun. : 558033612915
Nama Bank. : Maybank



Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ipoh