Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10

Share

Infaq / Sumbangan — Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 10 : BIMB 08-013-01008205-6 Dato Ahmad Said (Sg Kati), 30020 Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 10 sebuah cawangan MTQ ADDIN yang bernaung dibawah Yayasan ADDIN dan Persatuan Ulama cawangan Perak & Malaysia. Ditubuhkan pada awal 03 Januari 2012 bersamaan 09 safar 1433 Hijrah di atas sebuah tanah waqaf oleh hamba-hanba Allah dan hasil waqaf lot tanah orang ramai, beralamat Lot 74 & Lot 87, Jalan Berlian, Kg. Kedudukan MTQ ADDIN 10 amat strategik kerana

18/12/2025

Penutup 2025 menyaksikan
anak-anak ini menyempurnakan
amanah Al-Quran
dengan doa ibu ayah
dan bimbingan Asatizah.

Alhamdulillah 🤍
Al-Hafiz ADDIN X · 2025



17/12/2025

Terima kasih Tuan Ropi & Puan Saridah atas kepercayaan memilih ADDIN X sebagai destinasi pendidikan tahfiz anak-anak. Dari Amirul Hakimi (Batch 8), Afiq Fitri (Batch 9), kini Aliff Najmi, Al-Hafiz ke-32 (Batch 12).



Photos from Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran ADDIN Perak's post 16/12/2025

Alhamdulillah, pelajar ADDIN X Sungai Kati (MTQ 10) tersenarai antara calon yang lulus SPHB JAKIM 2025. Tahniah semua.

.

15/12/2025

Sebagaimana kami menyambutmu pada hari pertama di ADDIN X, begitulah juga kami mengiringi pengakhiran hafazanmu.
Semoga Al-Quran sentiasa dijaga 🤲🏻



Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10's post 12/12/2025

PENDAFTARAN PELAJAR DIBUKA

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 10 membuka peluang kepada ibu bapa yang ingin mencorakkan anak menjadi hafiz Al-Quran.

🌟 Dengan bimbingan para asatizah berpengalaman
📖 Fokus pada hafazan, qiraat dan pembangunan sahsiah
📍 Kg. Dato’ Ahmad Said, Sg. Kati, Ipoh Perak

Satu Keluarga Seorang Hafiz

📱Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Admin wasap.my/60103255504/PendaftaranPelajar

29/11/2025

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Pertanian Negeri, dan Pejabat Parlimen Tambun atas sokongan yang diberikan dalam usaha membangunkan generasi huffaz yang berkemahiran dan berdaya saing.

.

25/11/2025

Latihan asas pelajar sebagai Petani Moden. Projek ini memperkukuh Ekonomi Tahfiz Mandiri hasilkan makanan sendiri & kurangkan kos operasi. Terima kasih Kerajaan Negeri Perak menyokong usaha Ekonomi Tahfiz ADDIN X.


23/11/2025

Tahfiz Pilihan ADDIN X dijemput sekali lagi oleh pasangan ilmuwan negara, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Syed Mohamed Aljunid & Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin di D’Garden Homestay Kg. Manjoi.

Majlis ini juga menjadi penutup Kembara Insaniah Siri ke-5, tema Da’i Muda. Ilmu, adab, doa & nasihat.

ADDIN X Uswatun Hasanah.

12/11/2025

11 NOVEMBER 2025, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak turun padang meninjau operasi X-10 Coffee – Barista Huffaz, model rintis TVET-Tahfiz Negeri Perak.

Jazakumullahu khayr Tuan Haji Faiz dan delegasi sudi hadir. Setiap cawan kopi diseduh dengan nilai dan disiplin seorang huffaz yang membawa roh Uswatun Hasanah 💚

☕️ “Kosong itu permulaan.”


Photos from Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran ADDIN Perak's post 30/10/2025

Alhamdulillah tahun 2025 Tahfiz Mtq Addin Sg Kati hantar 4 orang wakil pelajar. Semoga beroleh kejayaan dan pengalaman 🤲🏻

24/10/2025

Salam Jumaat ✨

Semoga dihari yang penuh keberkatan ini Allah izinkan kita semua berkongsi rezeki kepada anak-anak yang belajar al-Quran di ADDIN X supaya semuanya dalam keadaan tenang dan selesa.

Dijemput para dermawan merebut peluang meraih pahala berganda insya-Allah setiap yang disumbangkan mengalir jadi saham akhirat. Biiznillah ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 74, Jalan Berlian, Kampung Dato' Ahmad Said (Sg Kati)
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 12:30