20/01/2025
Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) akan menganjurkan Program CTRL (+) Ethics: Empowering Digital Responsibility & Cyber Ethical Action pada :
Tarikh : 22 Januari 2025 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Jubli Perak (Kampus Astra), Politeknik Ungku POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
Apa yang menarik ?
1. Pelancaran Modul: Etika Siber Untuk Generasi Digital
2. Forum : Cyber Ethics Awareness Among Polytechnic Students
Panel Jemputan: PDRM, CyberSecurity, Jabatan Kebajikan Masyarakat
3. Aktiviti : Analisis Ketagihan Gadjet
4. Pameran Booth dari PDRM dan Pusat Koreksional Penjara Batu
Gajah
11/10/2024
Alhamdullilah. Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) PUO bersama Kelab Jabatan Perdagangan dan Kelab Jabatan Perkapalan telah berjaya menganjurkan Program KERETAPI SARONG PUO 2024 buat julung kalinya pada 24 September 2024.
Program ini adalah bertujuan menyemai dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan didalam meraikan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat yang berbilang kaum di peringkat PUO. Disamping itu, penglibatan yang aktif para pelajar dan penasihat akademik dalam program ini dapat mewujudkan kemesraan dan keakraban yang lebih erat di antara satu sama lain.
Program ini telah disertai seramai 340 pelajar semester 1, Urusetia Kelab Jab. Perdagangan dan Kelab Jab Perkapalan. Turut sama dalam meraikan dan memeriahkan program ini adalah 64 penasihat akademik dan Urusetia SPAk.
Pelbagai aktiviti perpaduan dan kebudayaan, dengan penglibatan aktif pelajar bersama Penasihat Akademik telah dijalankan di Dewan Sri Kinta dan Gelanggang Bola Jaring. Diantaranya, Sukan Anak Kampung, Kuiz Rakyat, Reka Cipta Lagu, Flashmob Keretapi Sarong, Ceramah Perpaduan dan Kenegaraan, Persembahan Kebudayaan, Pertandingan Busana Tradisional Tercantik, Nyanyian dan Tarian Lagu Rakyat dan Pameran & Jualan Pakaian Busana Tradisional.
20/09/2024
Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) PUO bersama Kelab Jabatan Perdagangan dan Kelab Jabatan Perkapalan akan menganjurkan Program KERETAPI SARONG PUO 2024 pada:
Tarikh : 24 September 2024 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Sri Kinta & Padang Kampus B, PUO.
Pelbagai aktiviti pelajar bersama Penasihat Akademik akan diadakan antaranya:
Stesen 1: Reka Cipta Lagu
Stesen 2: Sukan Anak Kampung
Stesen 3: Kuiz Rakyat
Stesen 4: Flashmob
Stesen 5: Pameran & Jualan Pakaian Busana Tradisional
Stesen 6: Ceramah Perpaduan dan Kenegaraan
Persembahan dari Lantera Seni PUO
Keretapi Sarong - Nyanyian Lagu Rakyat
Jom beramai-ramai memeriahkan julung kali program Keretapi Sarong diadakan di PUO. 🥰💃