13/01/2025
`PROGRAM CUTI SEKOLAH`
`SMART AGAMA`
`FEBRUARI 2025`
❝Manfaatkan cuti sekolah dengan melahirkan anak-anak yang mempunyai asas agama yang kukuh❞
Masa cuti ini lah yang paling sesuai untuk melatih anak-anak mendalami asas - asas agama. Perbaiki Solat serta mengulang hafazan Al Quran & bacaan-bacaan dalam solat.
*PROGRAM CUTI SEKOLAH SMART AGAMA*
[ Februari 2025 ]
SESI 1️⃣ [6 - 12 Tahun]
📆 Isnin - Rabu
20,21,22 Januari 2025
08:00am - 06:00pm
SESI 2️⃣ [10- 15 Tahun]
📆 Isnin - Rabu
27,28,29 Januari 2025
08:00am - 06:00pm
👍🏻 Perbaiki Al Fatihah
👍🏻 Belajar wudhuk & solat
👍🏻 Hafal Al Quran
👍🏻 Hafal bacaan dalam solat
👍🏻 Belajar Adab & banyak lagi
💵 YURAN PENYERTAAN :
Seorang - RM120
Tiga orang - RM350
Pelajar PPQKB & Bekas Peserta - RM105
✅ Makan tengah hari
✅ Buku Fardhu Ain
✅ Sagu hati
✅ Sijil penyertaan
✅ Jamuan akhir
HUBUNGI KAMI untuk pertanyaan & pendaftar:
Ustaz Huzaifah Sharuddin
Www.wasap.my/+601111293924/kem_cuti_sekolah
📌Lokasi : No 40 & 42 Jalan pengkalan barat 15 taman pengkalan barat 31650 Ipoh perak
*Tempat adalah terhad 30 orang sahaja*
share post ini kerana mungkin juga rakan kita sedang mencari program seumpama ini.
info program sepanjang Tahun 2025
https://chat.whatsapp.com/D06OLcKTeuS3UK8KdTatkt
Terima kasih 😊
Kelas Pengajian Al Quran Khair Wal Barakah
Pengajian Al Quran & Fardhu Ain Bagi Kanak-kanak, Remaja & Dewasa
Sesi Petang & Sesi Malam
14/01/2024
Cuti sebulan anak² buat apa?
Jom sertai Program Cuti Sekolah
Belajar wudhuk, solat, mengaji dan banyak lagi. Maklumat lanjut di komen
08/11/2023
Kelas Quran & Fardhu Ain
Pendaftaran untuk tahun 2024 kini dibuka
06/11/2023
[Program Agama Cuti Sekolαh]
❝Manfaatkan cuti sekolah dengan melahirkan anak-anak yang mempunyai asas agama❞
Masa cuti ini lah yang paling sesuai untuk melatih anak-anak untuk mendalami asas - asas agama
PROGRAM SMART AGAMA [ Desember 2023 ]
Tahap 1 (6-10thn)
📆 18 Desember 2023 - 20 Desember 2023
Tahap 2 (11-15thn)
📆 25 Desember 2023 - 27 Desember 2023
💵 YURAN PENYERTAAN :
Seorang - RM120
Tiga orang - RM350
✅ Makan tengah hari
✅ Buku Fardhu Ain
✅ Sagu hati
✅ Sijil penyertaan
✅ Jamuan akhir
[Keterangan lanjut boleh hubungi kami]
HUBUNGI KAMI untuk pertanyaan & pendaftar:
Ustaz Huzaifah Sharuddin
Www.wasap.my/+601111293924/kem_cuti_sekolah
📌Lokasi : No 40 & 42 Jalan pengkalan barat 15 taman pengkalan barat 31650 Ipoh perak
*Tempat adalah terhad 30 orang sahaja*
Sila share post ini kerana mungkin juga rakan kita sedang mencari program seumpama ini.
Terima kasih 😊
12/06/2023
NOTA TAJWID. Bukan untuk anak2 @ murid ja. Ustaz ustazah cikgu2 pun kena selalu baca nota2 tajwid ni. Begitu juga ibubapa, ilmu yang takkan luput sampai bila2.
Terima kasih kepada pemilik nota2 ustaz syahir, ustazah nafsiah dan ustazah Nisa' Jauri❤❤ semoga pahala ini terus mengalir..
15/11/2019
Kelebihan Surah Al-Kahfi.
Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.” [HR Hakim dan Baihaqi]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [HR Ahmad]
Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi S.A.W telah bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” [HR Muslim]
Assalammualaikum dan selamat pagi semua....Semoga segala urusan dipermudahkan hari ini...amin..
05/11/2019
Baca Al Quran tanpa belajar Tajwid. Boleh ke?
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang membaca kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf , Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Hadis riwayat Tirmidzi
Membaca Al Quran itu adalah satu amalan yang sangat dituntut oleh Islam. Al Quran menjadi panduan buat semua umat Islam kerana ia merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Malaikat Jibril.
“Kitab Al Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnannya); ia p**a menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak (bertaqwa)”
Surah Al Baqarah : ayat 2
Al Quran itu merupakan kitab agung yang tiada syak terhadapnya dan umat Islam dituntut untuk membacanya. Namun, ianya diturunkan di dalam Bahasa Arab sepertimana di dalam Surah Yusuf ayat 2.
“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”
Surah Yusuf, ayat 2
Jadi jelas di sini Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan kita perlu memahaminya. Untuk membacanya itu memerlukan ilmu yang betul. Jadi boleh ke baca Al Quran tanpa tajwid yang betul?
Tajwid dari segi bahasa bermaksud memperelokkan, mencantikkan sesuatu dan mendatangkan sesuatu yang baik. Manakala dari segi istilah p**a bermaksud memberikan hak-hak bagi setiap huruf dari segi makhraj (iaitu tempat keluarnya huruf), bacaan dengung, hukum mad, dan cara sebutan huruf (tebal atau nipis)
Jadi apakah hukum mempelajari TAJWID?
Mempelajari segala hukum ilmu tajwid serta kaedahnya dalam bentuk teori adalah FARDHU KIFAYAH. Manakala mengamalkan dalam bentuk praktikal atau amali ketika membaca Al Quran adalah FARDHU AIN.
Kesimp**annya jika ingin membaca Al Quran perlulah dengan kemahiran tajwid dan berdosa apabila membaca Al Quran dengan mengabaikan tajwid.
Firman Allah :
“….Dan Bacalah Al Quran itu dengan tartil (bertajwid)”
Surah Al Muzammil ayat 4
Jadi kita semua perlulah belajar ilmu tajwid untuk membaca Al Quran dengan baik sebagaimana bacaan Rasulullah saw.
20/10/2019
[Program Agama Cuti Sekolαh]
❝Manfaatkan cuti sekolah dengan melahirkan anak-anak yang mempunyai asas agama❞
Masa cuti ini lah yang paling sesuai untuk melatih anak-anak untuk mendalami asas - asas agama
PROGRAM SMART AGAMA 2019
🎉 SEMPENA CUTI SEKOLAH 🎉
Manfaatkan cuti anak-anak anda dengan pengajian agama. InsyaAllah besar ganjarannya...
Bersama Pusat Pengajian Al Quran Khair Wal Barakah Ipoh
💵 YURAN PENYERTAAN :
Seorang : RM150
2 orang : RM250
3 orang : RM350
(TERMASUK MAKAN & MINUM KETIKA REHAT)
😍Untuk yang berdaftar program cuti sekolah ini, boleh masuk mana2 sesi pengajian di pusat pengajian kami secara percuma sepanjang program cuti sekolah. 😍
[Keterangan lanjut boleh hubungi kami]
HUBUNGI KAMI untuk pertanyaan & pendaftar:
Www.wasap.my/+601111293924
📌Lokasi berdekatan aeon st18
Tempat adalah terhad
Sila share post ini kerana mungkin juga rakan kita juga sedang mencari program seumpama ini. Terima kasih 😊
29/09/2019
*PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN KHAIR WAL BARAKAH (IPOH)*
•KANAK-KANAK (K) •
•PEREMPUAN DEWASA (D)•
•LELAKI DEWASA (D)•
🎀 KELAS DI ASINGKAN
📆 KELAS KANAK-KANAK & PEREMPUAN (D)
[SELASA - JUMAAT]
🔖4 HARI SEMINGGU
📆 KELAS LELAKI (D)
[SABTU & AHAD]
🔖 2 HARI SEMINGGU
✔ PENGAJIAN AL-QURAN
✔ ASAS FARDHU AIN
- SOLAT (K) (D)
- TAUHID (K)
- FEQAH (K) (D)
- HADITH (K)
- AKHLAQ (K)
- SIRAH (K)
- TAJWID (K) (D)
SUMBANGAN BULANAN HANYA RM50 SEBULAN UNTUK KANAK-KANAK & PEREMPUAN (D)
UNTUK LELAKI (D) SEIKHLAS HATI
🔖 BERDEKATAN AEON ST18 IPOH
📲 KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI
www.wasap.my/+601111293924
30/08/2019
Tazkirah Buat Diri.....
AKU DAH LAMA TAK SOLAT
Kita tau kita lama dah tak solat.. Bukan tak tau.. Bukan takde masa.. Tapi entahlah.. Kalau pergi ke rumah orang, kita sanggup tunggu sampai selepas Maghrib, sebab tak nak jumpa Maghrib di rumah orang.. Nanti serba salah.. Tak solat, rasa malu.. Nak solat, rasa menipu.. Sebab di rumah sendiri tak solat.. Kita nampak kawan-kawan di pejabat pergi surau, tapi kita buat tak hirau.. Bukan tak boleh pergi.. Tapi entahlah.. Tiba-tiba kita tengok sejadah di rumah, terdetik dalam hati.. Lama aku tak guna kau.. Nak solat, rasa malu sangat dengan ALLAH.. Hati nak, tapi entahlah.. Malu ada, serba salah ada.. Semua serba tak kena..
Sebenarnya, kalau kita tiba-tiba ada rasa malu pada Tuhan, ada rasa serba salah pada Tuhan, itu tandanya ALLAH rindu.. ALLAH tengah tunggu.. ALLAH seru kita suruh jumpa DIA.. ALLAH rindu nak tengok muka kita sujud kepadaNya.. Waktu ni iman kita kena jentik.. dan waktu tu jugak Iblis menggeletek.. Dia akan cuba sedaya upaya untuk kita hilangkan rasa malu dan serba salah tu.. Tu yg bila kita tak jadi solat, tandanya Iblis menang dah.. Tapi ALLAH tak berubah.. DIA masih rindu.. DIA masih tunggu.. DIA tunggu bila kita nak solat.. Bila kita nak taubat.. Pada masa yang sama, ALLAH masih lagi bagi rezeki pada kita.. ALLAH masih kesian pada kita walaupun kita tak sudi nak jumpa DIA..
Sayangkan ALLAH pada kita?