09/05/2026
Tahniah diucapkan kepada pasukan Bridge Building ipSES kerana telah mendapat tempat ke 4 antara 10 sekolah perdana yang bertanding dalam saringan 3 Pertandingan bridge building Kinta Utara. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing Cikgu Mazura dan Cikgu Hanisah serta guru-guru yang terlibat.
27/04/2026
Syabas dan tahniah kepada semua guru IpSES diatas usaha gigih untuk menyahut cabaran sebagai Google Educator....
Together We Deliverπ€©
26/04/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS MSS NEGERI PERAK 2026
TAHNIAH & SYABAS kepada Anak Soleh Pintar :
Nama : Muhammad Izz Zafran bin Mohd Zamri
Sekolah : SK Pendidikan Khas Ipoh
Kategori : L12
Kedudukan : Tempat ke-4π
dan Johan Keseluruhan (Kinta Utara)
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, jurulatih, ibu bapa dan anak pelajar atas sumbangan, sokongan dan kerjasama yang diberikan.
ποΈ Khamis, 23 APRIL 2026
π SK Gugusan Lekir, Sitiawan, Perak.
Tahniah atas Kejayaan yang membanggakan!ππ
26/04/2026
Perkhemahan Pengakap tahun 2026
Tarikh: 24-25 April 2026
Tempat : Padang SKPK Ipoh
Tahniah kepada semua ahli pengakap kerana telah berjaya melaksanakan perkhemahan pengakap sesi 2026. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat dalam perkhemahan ini. Anda semua hebat.
19/04/2026
Seluruh warga SK Pendidikan Khas Ipoh dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran warga baharu ke sekolah kami.
Selamat datang diucapkan kepada Encik Muhammad Aminuddin bin Rosmi - Guru Bahasa Melayu (bertukar dari SK Pendidikan Khas Sibu)
Seluruh warga IpSES amat berbesar hati dengan kehadiran anda sebagai sebahagian daripada komuniti sekolah ini. Semoga kehadiran anda membawa idea baharu, tenaga positif dan kekuatan tambahan dalam usaha memartabatkan pendidikan khas.
Selamat memulakan perjalanan di SK Pendidikan Khas Ipoh dan semoga kerjasama kita bersama memberi manfaat kepada murid-murid yang kita kasihi. Selamat bertugas!
Ipoh Special Education School
Berdisiplin Berusaha Berjaya
Together We Deliver
19/04/2026
Warga SK Pendidikan Khas Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan A.Tain Moli A/P K.Arumugam. Terima kasih atas sumbangan dan bakti cikgu sepanjang berkhidmat di sini.
Nona manis nama timangan,
Kecil molek senyuman menawan,
Jasa baktimu menjadi kenangan,
Budi baikmu kekal diingatan
Semoga cikgu akan terus cemerlang di tempat baharu.
Ipoh Special Education School
Berdisiplin Berusaha Berjaya
Together We Deliver
13/04/2026
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 & Jamuan Hari Raya Aidilfitri l 11 April 2026 (Sabtu)
Imbauan detik-detik menarik sepanjang berlangsungnya:
β
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33
β
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, dan kakitangan yang telah menjayakan majlis ini di Dewan Terbuka SKPK Ipoh. Kehadiran anda adalah kekuatan kami.
Ipoh Special Education School
Berdisiplin Berusaha Berjaya
Together We Deliver
10/03/2026
Adakah melatih anak autisme di tandas satu tugas yang sukar?
Misi "bebas lampin" bukan lagi sekadar impian jika kita dibekalkan dengan teknik yang tepat dan kesabaran yang tinggi. Sertai kami untuk mengupas langkah-langkah praktikal, daripada persediaan persekitaran sehinggalah kepada pembinaan rutin harian yang konsisten dan harmoni.
Jom sertai sesi talk show eksklusif kami bersama panel pakar yang akan mengupas tuntas topik:
"Latihan di Tandas: Bebas lampin Bukan lagi Mimpi"
Bersama Panel Jemputan:
ποΈ Cik Aisyah binti Ahmad (Pegawai Pemulihan Perubatan - Cara Kerja)
ποΈ Pn. Anisah binti Mamsor (Pegawai Pemulihan Perubatan - Carakerja)
Butiran Program:
π
Tarikh: 14 Mac 2026 (Sabtu)
π Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
π Platform: LIVE Facebook PERMATA Kurnia
πEksklusif melalui platform atas talian sahaja.
β¨ E-Sijil disediakan untuk peserta!
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu. Tandakan kalendar anda sekarang!
16/02/2026
Fun Run & Fun Walk 2026
12 Februari 2026
SK Pendidikan Khas Ipoh
Tahniah kepada semua yang terlibat..Anda semua hebat.
29/10/2025
Dunia teknologi dan inovasi kini bukan lagi asing bagi golongan berkeperluan khas apabila seramai 130 murid daripada 15 buah sekolah pendidikan khas dan unit PPKI dari tujuh negeri seluruh negara menyertai Pertandingan RoboCode Kebangsaan yang berlangsung di Ar-Riyadah Residence, Kuala Nerus baru-baru ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2025/10/robocode-cetus-minat-murid-dalam-dunia-robotik/