✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨
Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kemaafan buat kita semua.
SMK Bercham
SMK Bercham Towards Excellence
15/03/2026
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-24 SMK Bercham telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh muafakat dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan warga SMK Bercham yang hadir serta menyokong program ini.
Semoga kerjasama ini terus diperkukuh demi kecemerlangan anak-anak SMK Bercham.
15/03/2026
Sepanjang bulan Ramadan yang mulia, warga SMK Bercham telah bersama-sama menjayakan beberapa program pengisian rohani yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.
Antara program yang telah dilaksanakan ialah Pelancaran Ihya’ Ramadan, Tadarus Al-Quran, Ceramah Nuzul al-Quran, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Khatam al-Quran serta Majlis Penutup Ihya’ Ramadan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua warga SMK Bercham yang hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan program-program ini. Semoga segala usaha kita dalam mengimarahkan Ramadan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
✨ Ramadan disemai, ukhuwah diperkukuh.
15/03/2026
Warga sekolah bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2026 dalam suasana meriah dan penuh muhibah.
Semoga sambutan ini terus mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
10/03/2026
Majlis Pelantikan Guru Muda SMK Bercham 2026 BErCHAMPION
04/03/2026
2.3.2026 | Majlis Watikah Pelantikan Badan Pemimpin Sekolah 2026. Majlis telah dirasmikan oleh Insp. Nitia Ruban a/l David
BErCHAMPION
12/01/2026
Perhimpunan Pertama 2026 BErCHAMPION 💪🏻
25/08/2025
Setiap LIKE anda amat bermakna buat SMK Bercham yang kini berjuang di peringkat kebangsaan. Mohon sokongan semua! ❤️
LABU SAYONG, SENI WARISAN PERAK #kembarakreatif2025_perak Pertandingan Video Kembara Kreatif Peringkat Kebangsaan
14/06/2025
Festival Digital Lensa Negeri Perak 2025...
Tahniah Smk Bercham atas kejayaan memenangi anugerah;
* Anugerah Emas FesDLa 2025
* Kategori Video Terbaik SM
* Lensa Edu-Perak 2.0
Tahniah dan syabas kepada Guru hebat di sebalik tabir kejayaan ini Khalis Shafeeq Cikgu Habsah Mohamed Natrah Natasha dan pelajar yang berbakat besar Nur Zara Hani bt Mohd Zaidi...
25/05/2025
Larian Merentas Taman Peringkat sekolah Smk Bercham.. Tahniah dan syabas kepada anak2 pelajar yang telah berjaya menamatkan larian. Anda semua hebat....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Hala Tasek Timur 32
Ipoh
31400