SMK Anderson

SMK Anderson

Share

Ipoh, Perak

TikTok · ARAI_ANDERSON 15/04/2026

TikTok · ARAI_ANDERSON 214 likes, 2 comments. “Terima Kasih semua pihak termasuk para penaja yang menjayakan Akademi Ragbi Ipoh (ARAI)”

Pihak swasta disaran bantu perkasa pembangunan sukan negeri 12/04/2026

11 April - Satu lagi momen bersejarah berlaku di Anderson. Telah diadakan Majlis Perasmian AKADEMI RAGBI IPOH dan juga Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan selama setahun di antara SMK ANDERSON dan Siti Jewels untuk membangunkan bakat sukan Ragbi.

Majlis telah disempurnakan oleh YB DATO KHAIRUDDIN BIN ABU HANIPAH, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

5 lagi syarikat swasta yang menaja AKADEMI RAGBI IPOH adalah Niase Restaurant Sdn Bhd, Torpedo Sdn Bhd, Defender Sport, AK Empire Production dab Cik Jr. Cafe.

Tahniah diucapkan kepada AKADEMI RAGBI IPOH yang diterajui oleh Andersonians.

Semoga Pasukan Ragbi Ipoh terus cemerlang dan mendapat tempat di persada Kebangsaan dan Antarabangsa.

Pihak swasta disaran bantu perkasa pembangunan sukan negeri Pihak swasta disaran bantu perkasa pembangunan sukan negeri MG Perak kerjasama strategik bagi memperkukuh bakat atlet negeri

Photos from SMK Anderson's post 10/04/2026

6 April 2026.
Yeayyyyyyy Anderson dapat bas sekolah baharu! 😍🤩😅

Majlis penyerahan bas sekolah baharu telah disempurnakan oleh YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan. Turut serta adalah Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan JPN Perak, En. Pua Kian Sien, Pegawai PPD Kinta Utara, Pn. Hajah Azarina Alias, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Seksyen Bekalan Perolehan Aset KPM, Pn. Nur Arina Mazlan dan Ketua Pegawai Eksekutif GonAuto Motors Group Sdn Bhd, Pn. Nor Helynda Ali.

Pengetua sekolah Dr. Noor Azman bin Hanif menyuarakan rasa syukur atas pemberian bas baharu kerana bas lama telah pun berusia hampir 20 tahun.

Penerimaan bas baharu ini bukan sekadar sebuah kenderaan tetapi merupakan satu penghubung yg memudahkan perjalanan pelajar, meningkatkan keselamatan dan memberi keselesaan dalam setiap langkah warga Anderson menuju kejayaan.

Terima kasih KPM!

Photos from SMK Anderson's post 06/04/2026

2 April 2026 - Program HARMONI HIJAU @ ANDERSON.
Satu program mengimarahkan landskap dan memelihara alam sekitar anjuran SMK Anderson dan Jabatan Landskap Negara.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Landskap Negara, Tuan Ahmad Syaharuddin bin Kamaruddin.

SMK ANDERSON turut menerima sedikit sumbangan untuk memurnikan lagi Landskap sekolah.

Selaras dengan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, program ini mendidik warga Anderson untuk menghormati dan memelihara alam sekitar serta mewujudkan kawasan hijau yang meningkatkan kualiti hidup penduduk Bandar.

Dalam program ini, beberapa pokok telah ditanam di kawasan sekolah termasuk pokok palma, pokok pagaran jenis ixora, pokok keladi dan pelajar juga telah mengecat pasu bunga serta planter boxes di bangunan utama.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga Anderson.

22/03/2026

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Akademi Ragbi Anderson Ipoh (ARAI)

21/03/2026

Salam Aidilfitri daripada Team Bola Sepak Anderson 🤩

20/03/2026

Takbir bergema menandakan berakhirnya Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga segala amalan diterima dan kita sentiasa dalam rahmat Yang Maha Esa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada warga SMK Anderson

Photos from SMK Anderson's post 20/03/2026

12 Mac 2026.
Rezeki anak2 asrama apabila ditaja iftar oleh KOSMAI atau Koperasi Sahabat Alumni Anderson.
Pengerusinya, Yang Berusaha En. Khairuzzaman bin Othman turut menyampaikan cek bernilai RM38ribu kepada Tuan Pengetua bagi menaiktarafkan kemudahan di asrama.

Alhamdulillah atas rezeki anak2 asrama.
Terima kasih kepada sahabat2 Old Andersonians yang tidak melupakan Alma Mater mereka dan kembali menyumbang kepada sekolah apabila masing2 telah berjaya.
Didoakan agar kalian sentiasa dalam rahmatNya. Amin.🤲

Photos from SMK Anderson's post 20/03/2026

5 Mac 2026
Iftar bersama Yg Amat Berbahagia TAN SRI DATO SERI ANNUAR ZAINI, Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak merangkap Ahli Dewan Negara Negeri Perak yg juga merupakan Old Andersonian.
Setiap tahun, YAB Tan Sri pasti meraikan anak2 asrama Anderson dan memberikan sumbangan Wang ringgit untuk kesejahteraan para pelajar.
Beliau merupakan contoh Old Andersonian yg tidak melupakan Alma Mater nya dan sering menyumbang setiap tahun.

Terima kasih YAB Tan Sri. Moga Tan Sri sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin.

Photos from SMK Anderson's post 25/10/2024

Kunjung hormat KJSPT Perak dan team JSPT Perak selepas selesai program Advokasi Kesedaran Jalanraya bersama SMK Anderson..
25 Oktober 2024

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Hospital
Ipoh
30450