Maahad Darus Salam - Tambun

Maahad Darus Salam - Tambun

Share

Pusat Pengajian Pondok, Anak Yatim & Miskin

Photos from MyJKMPUO's post 28/04/2026

جزاكم الله خير

Photos from Maahad Darus Salam - Tambun's post 20/04/2026

RAYA BERSAMA STARBUCK✨
19/4/2026
Terima kasih kerana menjemput anak anak darussalam

Photos from Maahad Darus Salam - Tambun's post 15/03/2026

Alhamdulillah, terima kasih Jendela Unggul J.U Cars atas sumbangan voucher Raya.

Photos from Maahad Darus Salam - Tambun's post 05/03/2026

Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak KLK (Kuala Lumpur Kepong Berhad) atas tajaan berbuka puasa bersama dan pemberian baju raya bulan bintang kepada para pelajar Maahad Darusalam pada Rabu, 4 Mac 2026; sesungguhnya setiap helaian yang disarungkan bukan sekadar pakaian untuk menyambut Syawal, tetapi lambang kasih sayang, keprihatinan dan ukhuwwah yang terjalin. Semoga setiap kebaikan ini menjadi asbab keberkatan, dilimpahi rahmat dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

27/02/2026

Malam ini, Maahad Darussalam menerima hadiah set sofa dari Pakcik Shamsuddin yang tinggal di Simpang Pulai.

Alhamdulillah, dengan hadiah sofa ini lebih memudahkan urusan pertemuan antara tetamu dan staff Maahad.

Semoga Allah menerima infaqnya dan memberinya ganjaran besar di bulan mulia ini. Aaminn.

Photos from Maahad Darus Salam - Tambun's post 24/02/2026

Pada hari Ahad, 22 Februari yang lalu, sekumpulan lima orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist (MGS) telah mengadakan program khidmat masyarakat di Maahad Darussalam.

Program ini merupakan salah satu pra-syarat bagi melayakkan pelajar tersebut menerima Anugerah Pandu Puteri Raja. Mereka perlu merancang dan melaksanakan program khidmat masyarakat selama tiga bulan bagi memenuhi syarat anugerah tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh seniman negara Dato’ Muhammad Nor Khalid @ Dato’ Lat.

Alhamdulillah, program tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pihak Maahad Darussalam mendoakan kejayaan buat adik Aysha Zahra.
Semoga beliau terpilih untuk menerima anugerah yang berprestij ini.

Terima kasih atas kesudian memilih asrama ini serta berkongsi rezeki bersama anak-anak di sini.

17/02/2026
17/02/2026

Antara aktiviti yang akan diperkenalkan di Maahad Darussalam ialah aktiviti memanah.

Program ini diadakan bagi menggalakkan para pelajar menghidupkan serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW yang telah lama ditinggalkan.

Semoga dengan pelaksanaan aktiviti ini, para pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran fizikal, malah membentuk disiplin, fokus dan jati diri yang lebih kukuh.

Set memanah ini dihadiahkan oleh Abang Fauzi sekeluarga daripada Bertam, Pulau Pinang. Semoga Allah memberi ganjaran besar untuk mereka.

Insya-Allah.

03/02/2026

Kadar zakat fitrah di Negeri Perak bagi tahun 1447H / 2026M ditetapkan pada RM10, RM16, dan RM25 setiap seorang mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Photos from Maahad Darus Salam - Tambun's post 02/02/2026

Makan petang harini 20 kotak pizza homemade di infaq oleh sekumpulan pelajar Politeknik Ungku Omar, hasil dari projek assignment mereka dari Jabatan perdagangan
Course:kewangan islam/Islamic finance
Terima kasih berkongsi rezeki

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Lot 34346 Jalan Istana Desa, Kg Melayu Rizab Tambun
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00