11/05/2026
20 HARI MENUJU MEDAN PERJUANGAN! 🎖️
Hitung detik diteruskan! Tinggal 20 hari sahaja lagi sebelum bermulanya MALPTAAC ke-17. Adakah anda sudah bersiap sedia untuk menggalas amanah di Politeknik Ungku Omar nanti?
Asah kemahiran, mantapkan disiplin. Kita jumpa di sana! 💪🔥
11/05/2026
PUOVibes ✨| Sentuhan kemahiran, limpahan manfaat! 🛠️☀️
Program CSR di Maahad Darus Salam kembali untuk Fasa 2 hari ini!
Kesinambungan daripada fasa pertama pada April lalu, para pelajar PUO terus menabur bakti melalui aplikasi kemahiran teknikal:
🔹 Pemasangan lampu solar untuk pencahayaan kawasan.
🔹 Kerja mengimpal meja makan pelajar.
🔹 Perkongsian ilmu asas memanah bersama pelajar maahad.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Norman bin Zamri.
Selain khidmat teknikal, sumbangan barangan keperluan dan wang tunai turut disampaikan kepada anak-anak yatim di sini. 🤝✨
Semoga usaha murni ini memperkukuh ukhuwah antara PUO dan komuniti setempat.
11/05/2026
Setinggi-tinggi Tahniah & Selamat Menjalankan Tugas buat YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan! 🎓
Seluruh warga Politeknik Ungku Omar (PUO) ingin merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi berkuatkuasa 11 Mei 2026.
Semoga dengan kepimpinan dan visi beliau, kementerian akan terus melangkah jauh dalam memperkasakan dasar pendidikan negara demi masa depan generasi akan datang.
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Politeknik Ungku Omar.
11/05/2026
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih🎓✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menjalankan amanah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi.
Segala komitmen, kepimpinan dan dedikasi yang dicurahkan amat bermakna dalam memperkasa agenda pendidikan tinggi negara serta memberi inspirasi kepada seluruh warga Politeknik dan Kolej Komuniti.
Semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan menjadi amal berpanjangan serta terus dikurniakan kejayaan dan kesejahteraan dalam meneruskan khidmat kepada negara.
Ikhlas daripada
Pengarah & Warga Politeknik Ungku Omar
See less
11/05/2026
Setinggi-tinggi Tahniah! 🎓✨
Seluruh warga Politeknik Ungku Omar (PUO) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim di atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang baharu, berkuatkuasa pada 11 Mei 2026.
Semoga kepimpinan YBhg. Dato’ membawa sinar baharu buat warga pendidikan tinggi, khususnya buat komuniti Politeknik dan Kolej Komuniti.
Selamat berkhidmat YBhg. Dato’!
Ikhlas daripada Pengarah & Seluruh Warga PUO.
11/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuat kuasa 11 Mei 2026 (Isnin).
Pihak jabatan yakin dengan pelantikan ini akan dapat terus memperkukuh agenda pendidikan tinggi negara serta memacu kecemerlangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ke tahap yang lebih gemilang.
Selamat menjalankan tugas.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC
11/05/2026
KejayaanPUO💫 | PUO TERUS DOMINASI PENTAS DIGITAL NEGARA! 🏆🌟
Satu lagi lakaran sejarah tercipta! Tahniah & syabas kepada seluruh warga Politeknik Ungku Omar di atas pencapaian membanggakan dalam Premier Digital Tech Institutions (PDTI) Outstanding Award 2025. 🌟
Majlis yang penuh bermakna ini telah dihadiri dan disaksikan sendiri oleh Ts. Abdul Razak Bin Sabtu bersama wakil dari Bahagian Kurikulum (Komputeran), sekaligus memberi suntikan semangat buat seluruh warga jabatan.
Kejayaan membanggakan ini adalah hasil kerja keras, inovasi, dan komitmen luar biasa dari semua.
🏆 Best Outstanding Department (Polytechnic)
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar - RM5000.00
🏆 Best Outstanding Tech Club
Kelab Teknologi Digital, Politeknik Ungku Omar - RM3000.00
🏆 Best Outstanding Faculty Member
Ts. Mazlina Bt. Md. Mustaffa - RM3000.00
🥈 Second Place Outstanding Student
Muhammad Akmal Harith bin Alias (JTMK, PUO) - RM1000.00
Anugerah ini dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menerusi inisiatif Premier Digital Tech Institutions (PDTI) bagi mengiktiraf kecemerlangan institusi pendidikan tinggi dalam memperkasa pendidikan digital, inovasi serta pembangunan bakat teknologi negara.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan warga PUO dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan digital, inovasi serta pembangunan bakat teknologi negara.