19/07/2023
Salam Maal Hijrah 1445H buat semua sahabat fb Musolla An-Naim SK Pinji
Info aktiviti dakwah dan musolla sekolah
19/07/2023
Salam Maal Hijrah 1445H buat semua sahabat fb Musolla An-Naim SK Pinji
14/06/2023
Pencapaian
Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS) & Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah (ILSS) peringkat Zon D Daerah Kinta Utara 2023.
Hari/ Tarikh: 8 Jun 2023
Tempat: SK Sg Rokam
Sijil Penyertaan
1) Nurul Annisa Zahirah Binti Mohd Afifi ( Tilawah Al-Quran Perempuan )
2) Muhammad Mukhlis Bin Abdul Rashid ( Hafazan Lelaki )
3) Siti Nuraisyah Binti Suhaimi ( Hafazan Perempuan )
4) Muhammad Anas Zikrullah Bin Mohd Afifi ( Daie Cilik Lelaki )
5) Wan Nurzahra Binti Wan Abdul Jalil ( Daie Cilik Perempuan )
6) Syed Muhammad Zafran Bin Syed Akhyar Amini ( Kalam Arabi Lelaki )
Sijil Pencapaian
1) Tempat Ketiga 🥉 - Muhammad Danish Rayyan - Tilawah Al-Quran Lelaki
2) Johan 🥇 - Qasrina - Kalam Arabiy Perempuan
Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua murid yang berjaya mendapat tempat. Bagi murid yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua jurulatih dan ibu bapa yang membantu dan memberi sokongan sepanjang masa sebaik mungkin dalam menghasilkan anak yang baik lagi cerdik (ABC).
Doakan 2 orang peserta SK Pinji yang akan mewakili Zon D dan sekolah dalam Pertandingan di peringkat Daerah Kinta Utara pada bulan 7 nanti diberi kelancaran dan dipermudah urusan latihan🤲🏻
14/06/2023
Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS) & Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah (ILSS) peringkat Zon D Daerah Kinta Utara 2023.
Hari/ Tarikh: 8 Jun 2023
Tempat: SK Sg Rokam
Pertandingan yang disertai
1) Tilawah Al-Quran L & P
2) Hafazan Al-Quran L& P
3) Daie Cilik L & P
4) Kalam Arabi L & P
20/05/2023
Assalamualaikum wbt
Makluman kepada ibu bapa yang tidak dapat hadir secara fizikal ke Mesyuarat Agung PIBG, ibu bapa boleh mengikuti dan menonton secara dalam talian mengikut pautan dibawah
https://youtube.com/live/l-HnrQOBBLs?feature=share
Ibu bapa boleh bertanyakan soalan secara dalam talian dan akan dijawab oleh pihak sekolah satu persatu.
Ibu bapa yang mengikuti secara dalam talian boleh mengisi borang kehadiran seperti berikut:
https://forms.gle/RmkNAKuZzqbdULHD9
Terima kasih atas kerjasama
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 SECARA ATAS TALIAN TARIKH : 20 MEI 2023 TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SK PINJI. NO. TEL : 05-3211778
15/02/2023
Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2022
Tarikh: 3 Februari 2022
Hari: Jumaat
Masa: 7.40- 9.10 pagi
Tempat: Dewan Harmoni, SK Pinji
Semoga semua anak-anak menjadi generasi yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan.
Terima kasih juga kepada semua penyumbang budiman yang bersama menjayakan majlis tempoh hari. Semoga sentiasa murah rezeki dan dalam keberkatan Allah SWT🤲🏻
26/01/2023
Warga SK Pinji mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham En Abdul Halim Bin Aripin, YDP PIBG SK Pinji yang banyak menabur budi dan bakti sepanjang menjadi YDP PIBG di sekolah ini. Jasa beliau akan terus dikenang oleh seluruh warga SK Pinji sampai bila-bila.
Didoakan seluruh ahli keluarga beliau tabah dengan kehilangan ini.
Al-Fatihah (dibaca)
15/12/2022
Peserta terbaik
Kem Bestari Solat
Fasa 2 tahun 2022
Syabas dan tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga istiqamah dalam amalan solat sehingga akhir hayat.