Pusat Tuisyen AdvanceStudy - Perak

Pusat Tuisyen AdvanceStudy - Perak

Share

Diuruskan oleh Pusat Tuisyen AdvanceStudy Malaysia (PG0339692-K)

Menawarkan perkhidmatan Home Tuition dan Quranic Home di Perak

Lokasi perkhidmatan Home Tuition & Quranic Home adalah di sekitar :

Ipoh-Bandar Meru Raya-Jelapang-Bandar Baru Putra-Taiping-Sitiawan-Seri Iskandar

13/09/2022

Ikan Diajar Terbang, Burung Diajar Berenang..
Sudahlah dipaksa begitu.. dimarahi p**a ketika kita gagal melakukannya..
Memaksa biar betul dengan caranya, paksaan tanpa mengenal pasti dan mengukur tahap kemampuan itu menzalimi namanya..
Lemas tanpa air dan lemas dalam air, tabiat yang berbeza tidak boleh dibandingkan..
Kita memaksa diri kita dengan perkara yang kita sendiri tidak pasti, mencuba tanpa ilmu, berserah membuta tuli..
Malangnya kita paksa anak-anak ikut kehendak kita bukannya kemampuan mereka..
Jom kembali kepada fitrah, jangan jadikan ia sebagai fitnah buat diri kita..
Selamat Beramal.

25/08/2022

🖍️ Bijak Sifir
Ada yang tanya macam mana nak bagi mudah anak anak hafal sifir.
Hari ni cikgu nak share beberapa cara mudah untuk hasilkan jadual sifir.boleh buat berulang kali sehingga anak anak hafal sifir.
Boleh guna colour untuk lebih mudah anak anak faham dan ingat.

22/08/2022

🖍️ IHSAN TERHADAP BINATANG
Perbuatan menzalimi haiwan adalah berdosa kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu dilindungi dan disayangi. Islam menuntut umatnya berbuat ihsan kepada semua makhluk termasuklah binatang.
Sekiranya berlaku perselisihan faham yang melibatkan haiwan peliharaan orang lain, selesaikanlah dengan cara yang baik. Manakala jika tidak selesa dengan gangguan haiwan liar, boleh laporkan kepada pihak berkuasa.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

17/08/2022

Anda tahu tak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ada menyimpan koleksi mikrofilem surat khabar Sambutan Kemerdekaan pada tahun 1959?
Menarik kan.
Jom ke Aras 6, Menara PNM untuk melihat lebih banyak lagi koleksi-koleksi mikrofilem mengenai kemerdekaan dan sejarah Malaysia.
Hajah Nancy Haji Shukri
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Merdeka360
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

12/08/2022

🖍️ Aktiviti Maya : 12/08/2022
Kuiz sempena Bulan Kemerdekaan
Pilih jawapan yang betul

05/08/2022

“Kita dulu tak macam ini… budak budak sekarang ni lembik sangat”,
Itu kata kata yang di keluarkan oleh seorang ahli mesyuarat apabila kami sedang membincangkan mengenai kes beberapa orang pelajar sekolah yang dikesan mempunyai masalah mental.
Masalah mental dikalangan pelajar tidak terkecuali dari menerima tempias stigma masyarakat,pendidik dan ibu bapa.
Pelajar yang mengalami masalah mental sering dianggap lemah, sengaja mencari perhatian, malas dan sengaja mencari perhatian.
Implikasinya, masalah mental dikalangan pelajar dianggap “biasa” dan ia menjadi isu dalaman sekolah yang tidak perlu dibesarkan. Pelajar tidak dirujuk untuk rawatan psikiatri dan tidak mendapat rawatan awal .
Implikasinya akan berpanjangan sehingga ke alam dewasa dan masalah akan menjadi semakin kronik.

Hentikan stigma kepada pelajar yang mempunyai masalah mental

25/07/2022

PERHITUNGAN UMUR WAKTU DUNIA
بِسْـــــــــــــــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
يُدَبِّرُ الْاَ مْرَ مِنَ السَّمَآءِ اِلَى الْاَ رْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ اِلَيْهِ فِيْ يَوْمٍ كَا نَ مِقْدَا رُهٗۤ اَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّوْنَ
yudabbirul-amro minas-samaaa-i ilal-ardhi summa ya'ruju ilaihi fii yauming kaana miqdaaruhuuu alfa sanatim mimmaa ta'udduun
"Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."
(QS. As-Sajdah 32: Ayat 5)
Mari kita lihat dan berhitung berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran yang hakiki
1 hari diakhirat = 1000 tahun di dunia
24 jam diakhirat = 1000 tahun di dunia
3 jam akhirat = 125 tahun di dunia
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun di dunia
Apabila umur manusia itu rata-rata 60 atau 70 tahun di dunia, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit atau perhitungan Akhirat hanyalah 1.5 jam saja.
Hal tersebut di atas sejalan dengan apa yang Allah sudah sampaikan sebagaimana:
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
قٰلَ اِنْ لَّبِثْـتُمْ اِلَّا قَلِيْلًا لَّوْ اَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
qoola il labistum illaa qoliilal lau annakum kungtum ta'lamuun
"Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui.""
(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 114)
Pantaslah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu agar tidak menyia nyiakannya
Kuatkan berfikir untuk akhirat. Karena dunia ini akan kita tinggalkan jangan terlena.
1 detik, 1 menit, 1 Jam, 1 Hari, kedapan tidak ada yang tahu kapan malaikat penjemput kita akan datang.
Dan usahakan kedatangannya jangan sampai engkau dalam kondisi lalai dari mengingatNYA.
Jadikan pelajaran berapa banyak yang terlihat didepan mata, orang yang di jemput malaikat maut dalam kondisi bermaksiat, lalai dan terlena dengan perbuatan perbuatan dosa hingga akhir hayatnya sampai menjalani sakaratul mau saja tersiksa.
وَا لنّٰزِعٰتِ غَرْقًا
wan-naazi'aati ghorqoo
"Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras."
(QS. An-Nazi'at 79: Ayat 1)
Namun berapa banyak juga kita lihat orang lagi bersujud dalam shalatnya malaikat maut datang menjemput, meninggalkan dunia ini dalam kondisi kebaikan...menjalani sakaratul mau dengan tenang tanpa siksaan.
وَّا لنّٰشِطٰتِ نَشْطًا
wan-naasyithooti nasythoo
"Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah lembut."
(QS. An-Nazi'at 79: Ayat 2)
Fokus akhirat karena disanalah kampung halaman kita sesungguhnya untuk hidup seterusnya.
Ingatlah ini :
Mayat orang Islam yang tidak melaksanakan Shalat, sepanjang hidupnya bermaksiat dan durhaka kepada pada Allah 1000 tahun lalu atau dulu masih disiksa hingga kini.

21/07/2022

5 LANGKAH ASAH DAYA INGATAN SI CILIK.
Dengan memiliki daya ingatan yang baik dan kuat, si cilik akan lebih mudah menerima pelajaran dan tidak mudah lupa.
Bagi ibu bapa yang mahu mengasah daya ingat si cilik, cuba berikan rangsangan yang betul dan sesuai. Antara 5 langkah yang boleh dilakukan di rumah adalah :
1. Dorong untuk memvisualkan apa yang baru dilihat dan dengar.
2. Berkongsi cerita yang berlaku di sekolah.
3. Bermain permainan kad.
4. Sering bermain di luar rumah.
5. membangun koordinasi tangan dan mata dengan melakukan aktiviti.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mula didik anak-anak dari sekarang. Cari cara yang bersesuaian dalam mengasah minda si cilik.

Photos from Pusat Tuisyen AdvanceStudy - Perak's post 18/07/2022

Sharing BBM hari ini ⤵️
𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗮𝗶𝗻𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 😄
Jom download dan print untuk aktiviti anak hujung minggu ni 👆
𝙺𝚛𝚎𝚍𝚒𝚝 : 𝙺𝚒𝚍𝚜 𝙻𝚊𝚞𝚐𝚑 𝚊𝚗𝚍 𝙵𝚞𝚗
Full pdf boleh download di sini👇
https://t.me/muslehkids_shop

10/07/2022
18/06/2022

Tips Anak Cemerlang



Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh