Faindra Jabbar

Faindra Jabbar

Share

Selamat datang ke Official FB PAGE mamu.

15/05/2026

Every crazy idea feels possible because I have a wife who believes in me even before the world does. ❤️

07/05/2026

Dear son, remember that there is only one man in this world who wants you to be better than himself. Guess who? ❤️

06/05/2026

Simpan sini buat kenangan.
First Workshop as a Trainer.

Jumaat Dan Sabtu ni, Mamu akan berkongsi tentang videography dan digital branding, di Bengkel Komuniti Filem dan Belia Kreatif di Antara Gapi, Serendah Selangor.

Jumpa korang disana!

06/05/2026

Idea Ipoh White Coffee tercetus daripada perbualan santai ketika sesi brainstorming antara Mamu dan Zulkifli Abdul Aziz sekitar bulan Ogos atau September 2025, sebagai persediaan awal menyiapkan kertas kerja Dana Kreatif Perak 2026 portipoh, yang kebiasaannya dibuka pada awal Januari.

Dalam erti kata lain, perjalanan projek ini sebenarnya telah bermula sekitar 4 hingga 5 bulan sebelum permohonan rasmi dibuka. Alhamdulillah, pada Februari 2026 keputusan dana diumumkan dan Ipoh White Coffee terpilih sebagai salah satu penerima.

Bermulalah sesi pencarian pelakon melalui casting terbuka bagi mencari muka-muka baharu untuk diketengahkan dalam projek ini.

Walaupun bukan semua muka baru, tapi dalam setiap projek, Mamu sentiasa cuba memberi peluang kepada bakat baru/muka baru, biasanya melalui watak pembantu terlebih dahulu untuk melihat disiplin dan komitmen mereka.

Kalau baru hadir sekali tetapi punctuality ke laut, lebih banyak bergosip daripada bekerja atau sukar bekerjasama… mungkin Mamu tak dipanggil lagi. Walaupun sekacak Brad Pitt atau sehebat Jake Gyllenhaal sekali pun. Untuk studio kecil seperti kami, attitude sentiasa nombor satu.

Seiring perjalanan masa, projek ini turut dibincangkan bersama DOP Meor Muhammad Aslam daripada Ash Production yang bersetuju menyertai pasukan teknikal. Seperti biasa, Pulau Production juga sentiasa terbuka membantu sebagai tenaga kerja di belakang tabir. Siapa yang pernah bekerja dengan Mamu pasti kenal geng Pulau Production ini.

Bagi projek ini juga, Mamu turut dibantu oleh Hilmi Azmin (Pengarah Filem Pendek Dato Sagor: Maruah di Bumi Perak) daripada Haz Production sebagai Penolong Pengarah 1, serta Kishall Ilarsharman sebagai Penolong Pengarah 2.

Tanpa sedar, kini sudah memasuki bulan Mei, bulan penggambaran projek ini. InsyaAllah, esok malam akan bermulanya sesi bacaan skrip dan latihan pertama.

Semoga Ipoh White Coffee mampu membawa variasi dan impak yang berbeza berbanding projek terdahulu Dato Maharaja Lela dan Chasing Raindrops. Jom sama-sama doakan perjalanan projek ini dipermudahkan 🤍

Filem pendek IPOH WHITE COFFEE ini dijayakan dan ditaja oleh:

Portipoh portipoh
SUĪTO SUĪTO
Suhaimi Cafe Suhaimi Cafe
Rezeal Rezeal Sdn Bhd
Inkterest Studylounge Inkterest Studylounge
The Coffee Diver The Coffee Diver
The Coffee Diver Ipoh Old Town The Coffee Diver Ipoh Old Town

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan semua penaja dalam menjayakan projek ini.













06/05/2026

Buat korang iaitu golongan belia yang berminat untuk mempelajari selok-belok dunia filem dan creative content, jom sertai Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif yang akan berlangsung pada 6 Mei hingga 9 Mei 2026.

Mamu akan berada di sana untuk berkongsi ilmu mengenai videografi dan social media branding, kemahiran penting yang boleh membantu kerjaya dan bisnes anda dalam era digital masa kini.

Tempat adalah terhad! Imbas kod QR untuk pendaftaran.

Jumpa korang di sana!





06/05/2026

Buat korang iaitu golongan belia yang berminat untuk mempelajari selok-belok dunia filem dan creative content, jom sertai Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif yang akan berlangsung pada 6 Mei hingga 9 Mei 2026.

Mamu akan berada di sana untuk berkongsi ilmu mengenai videografi dan social media branding, kemahiran penting yang boleh membantu kerjaya dan bisnes anda dalam era digital masa kini.

Tempat adalah terhad! Imbas kod QR untuk pendaftaran.

Jumpa korang di sana!








07/04/2026

Kejadian selepas Open Casting kat .official kemarin. 😅
Time nak hantar brader

02/04/2026
Photos from Faindra Jabbar's post 27/03/2026

Selamat Hari Lahir yang ke 6 buah hati Daddy, .official yang sentiasa dihati ❤️❤️❤️
Masih segar dalam ingatan saat pertama kali dukung wildan, iaitu 10 hari selepas MCO. Sedar tak sedar dah 6 tahun!

Semoga membesar dengan sihat dan bahgia.
Daddy doakan yang terbaik buat Indra Wildan.

Love u my boy!

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Ipoh