Kelab Anak Autisme

Kelab Anak Autisme

Share

Kongsi ilmu pengetahuan, pengalaman dan aktiviti anak2 autisma serta khidmat nasihat drp admin/ahli. Tiada

02/05/2026
25/04/2026

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata pembangunan modul itu menjadi komponen penting di bawah Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim yang kini sedang dibangunkan kerajaan.

“Dalam konteks autisme, kami sedang meneroka usaha membangunkan Fiqh Autisme sebagai pendekatan inklusif, agar anak-anak istimewa ini mendapat akses kepada ilmu dan penghayatan agama, selaras dengan keperluan serta kemampuan mereka.

“Pada masa sama, usaha ini bertujuan membantu masyarakat memahami keperluan golongan itu dalam konteks pelaksanaan ibadah, khususnya melibatkan fardu ain dan fardu kifayah,” katanya selepas mengadakan lawatan serta menyantuni warga Yayasan Pendidikan Insani di Bandar Baru Selayang pada Jumaat.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-bangunkan-modul-fiqh-autisme-perluas-kefahaman-ibadah-anak-istimewa-zulkifli

Hanya mampu jalani terapi sebulan sekali 11/04/2026

Hanya mampu jalani terapi sebulan sekali IPOH – Kekangan kewangan membataskan usaha sebuah keluarga untuk menyediakan terapi terbaik buat anak yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) atau...

03/04/2026

Pengasas Bersama Kita Family Podcast, Datin Anit Kaur Randhawa berkata, ramai ibu bapa masih berdepan cabaran secara bersendirian, khususnya pada peringkat awal diagnosis.

Menurutnya, perkongsian pengalaman dan sokongan komuniti amat penting bagi membantu ibu bapa memahami situasi yang dihadapi serta mengurangkan rasa terasing.

“Kami sendiri melalui pelbagai cabaran dan tidak mahu ibu bapa lain melalui perkara yang sama. Jika ada ruang untuk berkongsi dan saling menyokong, ia sangat membantu,” katanya.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/autisme-ibu-bapa-perlu-sokongan-bukan-sekadar-kesedaran

30/01/2026

Apa Itu Pendidikan Inklusif?

Pendidikan inklusif bermaksud murid pendidikan khas belajar bersama murid arus perdana di sekolah yang sama, dalam suasana kelas biasa mengikut kemampuan dan kesediaan mereka.

Murid pendidikan khas tidak dipaksa untuk ikut semua perkara seperti murid lain, tetapi diberi sokongan, bimbingan dan penyesuaian supaya mereka boleh belajar dengan selesa dan selamat.

Pendek kata:
👉 Anak kita tidak dipinggirkan
👉 Anak kita diberi peluang
👉 Anak kita belajar bersama rakan sebaya

⚠️ Bukan semua murid PPKI terus dimasukkan inklusif.
Ia bergantung kepada:

💪🏽Tahap kebolehan murid
💪🏽Kesediaan emosi
💪🏽Keselamatan murid
💪🏽Persetujuan dan kerjasama ibu bapa

Bagaimana Pendidikan Inklusif Dilaksanakan?

1️⃣ Inklusif Separa
Murid pendidikan khas:
Masuk kelas arus perdana untuk subjek tertentu sahaja
Contoh: Pendidikan Jasmani, Muzik, Seni, atau Bahasa Melayu mudah. Selebihnya belajar di kelas PPKI
👉 Ini paling biasa dan selamat untuk permulaan

2️⃣ Inklusif Penuh
Murid pendidikan khas:
Belajar sepenuhnya dalam kelas arus perdana
Dengan pemantauan guru, guru pendamping atau sokongan khas
👉 Biasanya untuk murid yang sudah sangat stabil dan berdikari

Contoh Situasi Pendidikan Inklusif

✅ Contoh 1: Pendidikan Jasmani
Anak PPKI masuk kelas PJ bersama murid arus perdana
✔️ Aktiviti diubah suai
✔️ Anak belajar ikut kemampuan
✔️ Anak belajar bergaul dan berkomunikasi

✅ Contoh 2: Kelas Seni
Anak melukis dan mewarna bersama rakan biasa
✔️ Tidak dinilai sama seperti murid lain
✔️ Fokus kepada usaha, bukan keputusan
✔️ Anak rasa dihargai dan yakin diri

Apa Manfaat Pendidikan Inklusif Untuk Anak?

👦🏽 Untuk Murid Pendidikan Khas

✅Lebih berkeyakinan
✅Belajar berkomunikasi
✅Kurang rasa terasing
✅Bersedia untuk kehidupan sebenar di luar sekolah

👦🏽Untuk Murid Arus Perdana

✅Belajar empati dan toleransi
✅Faham bahawa setiap orang berbeza
✅Jadi lebih bertimbang rasa

Peranan Ibu Bapa Sangat Penting.Ibu bapa boleh:

〽️Berbincang dengan guru secara terbuka
〽️Berkongsi kekuatan dan cabaran anak
〽️Memberi sokongan emosi kepada anak
〽️Tidak membandingkan anak dengan orang lain

❤️ Ingat:
Pendidikan inklusif bukan soal anak perlu jadi sama dengan orang lain, tetapi anak diberi peluang untuk berkembang dengan caranya sendiri.

Sumber - Cikgu Anas

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Ipoh