kv_lebuhcator

kv_lebuhcator

Share

LAYARI WEB RASMI KOLEJ
kvlebuhcator.moe.edu.my

07/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

πŸ“’ Dimaklumkan bahawa Pelajar Diploma Ambilan 2023 boleh mengambil Skrol & Transkrip Diploma masing-masing di Pejabat Kolej bermula pada Hari Jumaat (8 Mei 2026) ini. πŸ“’

πŸ•— Masa Pengambilan adalah seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat
8.30 pagi - 4.00 petang sahaja

⚠️ Pelajar diminta membawa kad pengenalan atau kad matrik sebagai bukti pengenalan diri semasa pengambilan dokumen.

✨ Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua Para Graduan KVLCπŸŽ“πŸŽŠ

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga KV Lebuh Cator! 🌟
Terima kasih atas usaha, dedikasi dan komitmen anda dalam membina masa depan yang lebih gemilang. Semoga segala penat lelah dibalas dengan kejayaan dan kesejahteraan yang berpanjangan. πŸ’ͺ✨

Teruskan melangkah maju, bersama kita mencapai kecemerlangan!

Disclaimer: Video ini dijana menggunakan teknologi AI.

Photos from kv_lebuhcator's post 29/04/2026

πŸ“š Program Dekad Membaca Kebangsaan 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ“… 22–23 April 2026
πŸ“ Stadium Indera Mulia, Ipoh

Seramai 7 orang pelajar KVLC bersama 2 pensyarah pengiring telah menyertai program ini dengan penuh semangat! πŸ’ͺπŸ“–
Pengalaman yang sangat bermakna dalam memupuk budaya membaca dan menimba ilmu πŸ“šπŸ’‘

β€œBangsa membaca, bangsa berjaya” πŸš€πŸ‡²πŸ‡Ύ

29/04/2026

TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR AKADEMI DALAM INDUSTRI (ADI) PERANTISAN OLEH PERODUA

TARIKH: 28 APRIL 2026
MASA: 09:00 PAGI
TEMPAT: BILIK APD, PUSAT SUMBER AL-HIKMAH, KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR

29/04/2026

πŸ“’ Selamat Menduduki Penilaian Akhir Diploma Semester 2 Sesi II Tahun 2025/2026 kepada semua pelajar DVM Ambilan 2025 πŸ“’

πŸ“† Tarikh: 4 Mei - 22 Mei 2026

πŸ’₯ Seluruh warga Kolej Vokasional Lebuh Cator mengucapkan selamat maju jaya dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang πŸŽ“βœ¨

29/04/2026

πŸ“’ NOTIS PENTING

Semakan keputusan SVM Semester 4 (Sesi 2/2025 – Kohort 2024) akan dibuka seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa: Mulai 10.00 pagi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan melalui pautan:
πŸ”— myresultsvm.moe.gov.my

Sekian, harap maklum.

24/04/2026

πŸ“– PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT SELURUH WARGA KVLC 2026πŸ“–

Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit merupakan program yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia dengan tema pada tahun ini "Nikmati Saat Ini”

Sehubungan itu, Unit Pusat Sumber, Unit Bahasa Melayu dan Unit Bahasa Inggeris menjemput semua warga KVLC pensyarah, pelajar, AKP, Staff Pembersihan & Pengawal Keselamatan untuk membaca bersama-sama walau di mana anda berada selama 10 Minit. Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 23 April 2026 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi - 11.10 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing
( Bahan bacaan sendiri apa2 buku, majalah atau suratkhabar)

Sebagai tanda sokongan , kongsikan gambar menarik anda ketika membaca di media sosial Facebook atau Instagram anda dan sertakan tanda hashtag

#π‘—π‘œπ‘šπ‘π‘Žπ‘π‘Žπ‘π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘šπ‘Ž10π‘šπ‘–π‘›π‘–π‘‘

#π‘šπ‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Žπ‘šπ‘’π‘šπ‘π‘Žπ‘π‘Ž


KVLCmembaca

Photos from kv_lebuhcator's post 16/04/2026

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-52 KVLC 2026 telah berlangsung dengan jayanya πŸŽ‰

Terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan warga KVLC yang hadir serta memberikan sokongan padu 🀝 Kehadiran dan komitmen anda amat bermakna dalam usaha kita bersama memperkasakan kecemerlangan pelajar πŸ’ͺπŸ“š

Tahniah juga kepada semua pemenang cabutan bertuah 🎁✨ Semoga semua yang hadir membawa pulang kenangan manis dan semangat baharu untuk terus menyokong KVLC ke tahap yang lebih tinggi πŸš€

Jumpa lagi di program akan datang! πŸ™Œ

16/04/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH PELAJAR TERBAIK PROGRAM SVM KOHORT 2025 KVLC πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Program SVM Kohort 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

πŸ‘ Tahniah & syabas!

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00