D Alam Academy

D Alam Academy

Share

Training and consultant

Photos from D Alam Academy's post 13/02/2026

11-13 Februari 2026

Tugasan PPL JPK di Noury Beauty Ipoh.

Verifikasi 27 calon SKM Urut Terapi . Tahniah kepada 25 calon terampil dan 2 calon tangguh .




Photos from D Alam Academy's post 13/02/2026

8 Februari 2026 | Sabtu

Tugasan PPL JPK di De Salama Hub.

Verifikasi SKM Urut Terapi kepada 5 Calon Terampil denga jaya nya .




Photos from D Alam Academy's post 21/11/2025

15 November 2025 | Sabtu
Rumah Pusat Pengasih Amanjaya, Gopeng Perak

Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A)
Kursus Gunting Rambut & Urutan Kaki

Alhamdulillah, selesai sudah program yang berlangsung selama 4 fasa bermula Ogos hingga November. Kursus ini memberi pendedahan kemahiran gunting rambut dan urutan kaki kepada para penghuni Rumah Pusat Pengasih Amanjaya, Gopeng.
Program anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama D Alam Academy.

Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan, menjadi sumber pendapatan dan membuka peluang baharu apabila mereka melangkah keluar kelak.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada MAIPk dan Rumah Pusat Pengasih Amanjaya atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.
Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada team D Alam Academy atas komitmen dan dedikasi sepanjang program ini.


&REFLEKSOLOGI


Photos from D Alam Academy's post 24/09/2025

Ogos - November 2025

KURSUS GUNTING RAMBUT & URUTAN KAKI
RUMAH PENGASIH AMAN JAYA ,GOPENG PERAK .

Terima kasih Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak telah mengajurkan kursus gunting rambut dan urutan kaki kepada 30 orang penghuni di sini dengan kerjasama D Alam Academy .

Terima kasih kepada barisan tenaga pengajar Cikgu Rozy , Coach Rezza Shukor dan Coach .

Alhamdulilah , dengan minat yang mendalam peserta dapat pelajari ilmu dengan mudah .Semoga segala ilmu dapat di manfaatkan dan menjana pendapatan kelak.





Photos from D Alam Academy's post 23/09/2025

05/09/2025 | Jumaat

Verifikasi Calon SKM Urut Terapi di De Salama Hub.

Tahniah kepada 4 Calon terampil dengan jayanya .



Photos from D Alam Academy's post 09/08/2025

Julai - Ogos 2025

Alhamdulillah ,Tamat sudah Kursus Pembangunan Kapasiti (KPK) Batch Ke-4 yang disertai seramai 38 orang peserta dari seluruh negara.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA kerana menganjurkan kursus ini dalam usaha mempertabatkan Perubatan Tradisional Melayu. Semoga warisan budaya ini terus dilestarikan dan diwarisi oleh generasi akan datang. Terima kasih juga kepada barisan Tenaga Pengajar Cikgu Rozy ,Puan Jurina dan Puan Maziatulakmar telah bersama-sama D Alam Academy dan juga team-team D Alam Academy bagi memastikan segala program berjalan lancar.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya tampil cemerlang .
Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan, seterusnya melahirkan pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang profesional, beretika, dan terus maju jaya.







Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


No. 25A Jalan Ampang Baru 6A
Ipoh
31400