Pendoa Malaysia

Pendoa Malaysia

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pendoa Malaysia, Educational consultant, Ipoh.

Photos from Pendoa Malaysia's post 09/05/2026

📍JUMAAT | 8 MEI 2026

8.00 MALAM - Alhamdulillah, YB Senator Shahrol Wizan Sulong berkesempatan membimbing adik Asmiza A/P Jamal (23 tahun) dari KOA Seboi, DUN Jenderak, Kuala Krau melafazkan dua kalimah syahadah sebagai pegangan hidupnya.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Beradat Batin serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dalam suasana penuh syahdu dan harmoni. Semoga Allah SWT terus mempermudahkan segala urusan serta mengurniakan kekuatan dan hidayah yang berterusan buat saudari Asmiza dalam mendalami ajaran Islam.

Majlis ini turut diselaraskan dengan kerjasama Persatuan Qiadah Petama Pahang (PQPP) dan Team Prihatin OA Temerloh.




Photos from Pendoa Malaysia's post 06/05/2026

📍RABU | 6 MEI 2026

3.30 PETANG - YB Senator Shahrol Wizan Sulong bersama dalam Program 'Tekmuk Berpaklas' Mingguan Kejiranan di KOA Sungai Enggang, Lanchang, Temerloh bersama Team Prihatin OA Temerloh.

Program dimulakan dengan sesi perbincangan bersama komuniti setempat bagi memahami isu dan keperluan semasa dakwah tempatan. Turut diadakan ziarah mahabbah bersama Yang Beradat Batin serta menyantuni beberapa keluarga asnaf dengan penyampaian sumbangan keperluan asas.

Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta meringankan beban mereka yang memerlukan.




Photos from Pendoa Malaysia's post 04/05/2026

📍ISNIN | 4 MEI 2026

2.30 PETANG -
YB Senator Shahrol Wizan Sulong berkesempatan membimbing lafaz syahadah saudara baru. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada petang yang penuh barakah ini, telah tertunai hajat Allahyarhamah ibu saudara kami, Puan Besah binti Loh, apabila anaknya diberikan hidayah untuk melafazkan syahadah.

Walaupun Allahyarhamah tidak lagi bersama kita, namun berkat didikan dan doa, ia menjadi asbab pahala yang berterusan buat arwah. Sesungguhnya doa anak yang soleh akan terus sampai dan memberi manfaat kepadanya di alam sana.

Adik Zasahaidy, anak ke-5 kepada Yang Beradat Batin Fandi Yunus Seman, telah dengan penuh keikhlasan melafazkan syahadah pada hari yang penuh bermakna ini. Semoga terus diberikan kekuatan iman, bimbingan dan istiqamah dalam menempuh kehidupan sebagai seorang Muslim.

6.00 PETANG -
YB Senator turut bersama dalam program ‘Tekmuk Berpaklas’ Mingguan Tempatan. Pada minggu ini, dua buah keluarga telah disantuni iaitu keluarga Encik Jaimon Ojimpol dan Pakcik Roslan bin Othman. Semoga ziarah ini dapat mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai kasih sayang dalam komuniti.

7.00 MALAM -
Pada sebelah malam, YB Senator turut bersama dalam Program Pengimarahan Surau dengan pengisian solat berjemaah, tazkirah “Membentuk Fikir” serta bacaan hadis fadilat. Mudah-mudahan program ini memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman serta penghayatan dalam kehidupan seharian.




Photos from Pendoa Malaysia's post 03/05/2026

📍AHAD | 3 MEI 2026

3.30 PETANG -
YB Senator Shahrol Wizan Sulong hadir menyantuni kelas bimbingan al-Quran Wanita di Masjid KOA Pantos, Lipis. Alhamdulillah kehadiran amat menggalakkan, mencerminkan kesungguhan para peserta dalam mendalami ilmu al-Quran. Semoga usaha ini berterusan dan mereka dikurniakan istiqamah sehingga mampu membaca dengan baik serta menjadikannya amalan sepanjang hayat.

Sejurus itu, YB Senator turut menziarahi sahabat Alumni PETAMA, Saudara Mat Khirul Azmi yang mengalami kemalangan baru-baru ini. Didoakan agar beliau diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan untuk kembali menjalankan tugas seperti sediakala.

6.00 PETANG -
YB Senator juga turut mengadakan lawatan tapak di KOA Rakoh, Pos Lenjang, DUN Jelai bagi mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk penganjuran acara santai sepak takraw belia Orang Asli yang dijadualkan pada Jun 2026. In shaa Allah, program ini diharapkan dapat menjadi platform memperkukuh ukhuwah dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia setempat.




Photos from Pendoa Malaysia's post 30/04/2026

📍 KHAMIS | 30 APRIL 2026

🕔 5.00 petang
“Tekmuk Berpaklas” YB Senator Shahrol Wizan Sulong bersama Yang Beradat Batin Fandi Yunus bin Seman di KOA Berdut, Kuala Krau. Sempat mengadakan sesi sembang santai serta menyerahkan sumbangan bola dan jaring bola tampar kepada Ketua Cawangan, Encik Yusof bersama para belia. Difahamkan KOA Berdut bakal menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Terbuka Wanita dalam masa terdekat. Semoga dipermudahkan segala urusan—semua kena ready! 👍

🕖 7.00 malam
Pada sebelah malam, YB Senator bersama jemaah Surau Darul Islah, KOA Penderas dalam rutin mingguan bacaan Yasin dan tahlil. Pada malam ini turut menunaikan hajat Yang Beradat Batin Fandi Yunus bin Seman yang memohon doa keampunan dan rahmat buat arwah isterinya, Allahyarhamah Puan Besah binti Loh yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 100 hari yang lalu. Al-Fatihah 🤲




Photos from Pendoa Malaysia's post 29/04/2026

📍SELASA | 28 APRIL 2026

5.00 PETANG - YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong bersama Muafakat Batin menziarahi Yang Beradat Batin Salim a/l Sulaiman di KOA Paya Badak, Kuala Semantan, Temerloh. Kunjungan ini sebagai tanda kebersamaan dan sokongan atas pemergian ayahanda beliau, mendiang Sulaiman bin Wasun yang telah meninggal dunia pada 24 April lalu pada usia 83 tahun akibat sakit tua.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.

Turut hadir Yang Beradat Batin Fandi Yunus Seman (KOA Penderas) dan Yang Beradat Batin Charlie bin Din (KOA Paya Mendoi).

7.00 - 10.00 MALAM - Pada sebelah malam, YB Senator turut bersama dalam Program Ziarah & Pengimarahan Surau Mingguan Kejiranan (Ghash 2) - Surau Darul Islah, KOA Penderas di KOA Pian, Kuala Krau.

Memasuki minggu ke-2, penumpuan diberikan di Surau KOA Pian dengan usaha menghidupkan semula beberapa amalan daripada 5 amal masjid yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Program seperti ini merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan insaniah, yang menekankan kepentingan peranan dakwah sebagai tanggungjawab bersama seluruh umat Islam tanpa mengira latar belakang, pangkat dan kedudukan.

Semoga usaha ini dapat menyuburkan semangat kebersamaan serta mengimarahkan institusi surau sebagai pusat pembangunan ummah, inshaaAllah.




Photos from Pendoa Malaysia's post 27/04/2026

📍 ISNIN | 27 APRIL 2026

6.00 PETANG - 9.30 MALAM - YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong bersama dalam Program Pengimarahan Surau dan Ziarah Mingguan Tempatan (Ghash 1) anjuran Surau Darul Islah, KOA Penderas, Kuala Krau.

Program ini merupakan salah satu agenda pembangunan insaniah melalui aktiviti ziarah mahabbah yang bertujuan menyantuni masyarakat serta mengeratkan ukhuwah sesama saudara Muslim. Selain itu, ia juga berperanan membina kesedaran dan pemikiran dakwah dalam kalangan komuniti agar sentiasa berusaha mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Sebagaimana ibrah daripada sabdaan Nabi SAW yang bermaksud:
“Sekiranya terdapat seorang pun dalam kalangan komuniti di sesuatu tempat berada dalam keadaan maksiat, sedangkan mereka mampu mengubahnya tetapi tidak berbuat demikian, maka Allah SWT akan menurunkan azab yang pedih kepada mereka sebelum mereka mati.”

Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin dalam melahirkan masyarakat yang prihatin, saling menasihati serta beriltizam dalam mengimarahkan syiar Islam di peringkat komuniti.




Photos from Pendoa Malaysia's post 26/04/2026

📍 AHAD | 26 APRIL 2026

10.00 PAGI - YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong memulakan aktiviti dengan gotong-royong bulanan di Surau Darul Islah KOA Penderas, Kuala Krau. Program seperti ini merupakan antara agenda pembangunan insaniah melalui aktiviti khidmat dan kemasyarakatan. Ia mendidik saudara Muslim untuk mencintai serta memakmurkan rumah Allah SWT, meyakini ganjaran pahala yang dijanjikan, di samping mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim dalam komuniti. Terima kasih kepada AJK dan jemaah yang hadir.

3.00 PETANG - Pada sebelah petang, YB Senator menghadiri Majlis Apresiasi Anak-Anak Pelajar Orang Asli lepasan SPM 2025 di Dewan Hubabah, Seeding Street. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Seramai 60 pelajar berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 5A dan ke atas. Turut diadakan penyampaian sumbangan komputer riba kepada pelajar Orang Asli yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS seluruh negara. Inisiatif ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Pahang melalui Pahang Orang Asli Corporation ( ORACO Pahang ) dalam memperkasa pendidikan anak-anak Orang Asli. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang serta tahniah para penerima.




Photos from Pendoa Malaysia's post 26/04/2026

📍SABTU | 25 APRIL 2026

🕣 8.30 pagi
YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong memulakan aktiviti dengan hadir ke Program Mini Sukaneka anjuran Beliawanis KOA Penderas di Dataran Penderas. Tahniah atas penganjuran yang cukup baik. Semangat, keberanian dan keupayaan menganjurkan program seperti ini amat penting dalam melahirkan barisan kepimpinan masa hadapan.

🕦 11.30 pagi
YB Senator turut bersama dalam Program Bantuan Persekolahan YPM MARA di Dewan Terbuka KOA Paya Sendayan, DUN Kerdau. Terima kasih YH DS Ismail Mohamed Said selaku Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA yang sentiasa komited dan cakna kepada pembangunan terutama pendidikan anak2 Orang Asli di Parlimen Kuala Krau. 👍

🕐 1.00 tengahari
YB Senator berkesempatan menghadiri majlis walimatulurus anakanda kepada Encik Hamid di Kampung Paya Luas, Kuala Krau. Tahniah diucapkan atas penerimaan menantu, semoga pasangan kekal bahagia hingga ke syurga.

🕑 2.00 petang
YB Senator turut menghadiri majlis walimatulurus anakanda Dr. Aminuddin (IPGTAA - Lipis) di Sireh Pinang Hall, Temerloh. Didoakan agar pasangan kekal bahagia hingga ke anak cucu, insya-Allah.

🕞 3.30 petang
Pada sebelah petang, YB Senator sekali lagi bersama YPM MARA dalam Program “Back To School” di Dewan KOA Paya Pelong. Program ini sangat membantu meringankan beban ibu bapa serta menyuntik semangat anak-anak Orang Asli untuk terus berjaya dalam pendidikan.

🕘 9.00 malam
Menghadiri aktiviti, pada sebelah malam YB Senator hadir p**a ke Majlis Pahang Berbusana di Dataran Temerloh. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa, memelihara dan menyemai kecintaan terhadap warisan budaya bangsa khususnya dalam kalangan generasi muda. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang. Alhamdulillah.




Photos from Pendoa Malaysia's post 24/04/2026

📍JUMAAT | 24 APRIL 2026

🕘 9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
YB Senator Shahrol Wizan Sulong hadir bersama dalam Program “Back To School” tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Program ini melibatkan sumbangan kelengkapan pakaian sukan kepada murid sekolah rendah dan menengah, khususnya dalam kalangan anak-anak Orang Asli di Parlimen Kuala Krau.

Inisiatif ini amat bermanfaat dalam membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YH DS Ismail Mohamed Said selaku Pengerusi YPM atas usaha menyediakan insentif sebegini. Lebih 1,300 orang murid Orang Asli telah menerima manfaat daripada program ini.

🕔 5.00 PETANG
Pada sebelah petang, YB Senator turut hadir dalam Program “Tekmuk Berpaklas” di KOA Paya Mendoi, DUN Jenderak. Terima kasih kepada YB Dato Rodzuan Zaaba , ADUN Jenderak, yang turut bersama menjayakan program ini.

Antara pengisian program santai ini termasuk kuiz ilmiah kepada saudara baharu, perlawanan persahabatan bola tampar belia dan beliawanis, serta penyampaian sumbangan kepada usahawan yang mengusahakan kedai gunting rambut. Dalam kesempatan tersebut, YB ADUN turut menyumbang tambahan sebanyak RM1,000.00 sebagai modal permulaan.

Penghargaan juga kepada urusetia Team Prihatin Orang Asli Temerloh atas komitmen dalam memastikan kelancaran program.

Turut hadir Yang Beradat Batin Charlie bin Din, Pengerusi JPKKOA Paya Mendoi serta pimpinan setempat.

Terima kasih.




Photos from Pendoa Malaysia's post 23/04/2026

📍KHAMIS | 23 APRIL 2026

Program Ziarah Kasih dan Pengimarahan Surau Kampung Orang Asli YB Senator Shahrol Wizan Sulong dengan kerjasama Muafakat Batin Jahut.

🕥 10.30 Pagi
Ziarah kasih bersama Muafakat Batin Jahut ke rumah keluarga mendiang Yus a/l Bi di KOA Sungai Kiol, Jerantut. Doa disampaikan agar balu serta tiga anak yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan. Turut diberikan kata-kata semangat kepada anak mendiang yang baru menamatkan SPM supaya meneruskan pelajaran berdasarkan pencapaian yang baik.

Sebelum itu, sempat menziarahi Yang Beradat Batin Awang bin Tow (KOA Sungai Kiol) bagi menyampaikan ucapan takziah.

🕓 4.00 Petang
Ziarah kasih bersama Muafakat Batin Jahut ke keluarga mendiang anak perempuan kepada Hair a/l Seng di KOA Pasu, Kuala Krau. Keluarga diziarahi dan diberikan sokongan moral dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang akibat komplikasi kesihatan.

🕕 6.00 Petang – 9.30 Malam
Ziarah dan pengimarahan surau mingguan kejiranan di Surau KOA Pian, Kuala Krau. Aktiviti dimulakan dengan sesi santuni komuniti setempat, diikuti pengimarahan surau pada sebelah malam. Usaha berterusan diperlukan bagi memperkukuh penghayatan kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat setempat.

Turut bersama:
Yang Beradat Batin Fandi Yunus Seman (KOA Penderas)
Yang Beradat Batin Charlie bin Din (KOA Paya Mendoi)




Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ipoh
31400