06/05/2026
πππππππ
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Umar Asyraf bin Nor Ikhwan atas kejayaan cemerlang sebagai JOHAN Pertandingan Anugerah NILAM Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak 2026 yang telah berlangsung pada 28β29 April 2026 bertempat di Tower Regency Hotel.
Dalam langkah yang kecil, tersimpan keberanian yang besar. Perjalanan dari peringkat daerah hingga ke negeri bukan sekadar laluan pertandingan, tetapi kisah tentang kesungguhan, ketabahan dan harapan yang tidak pernah padam.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, ketekunan serta bimbingan berterusan daripada guru pembimbing, Pn Azwani binti Mohamed Ariff.
Turut menjadi kekuatan di sebalik kejayaan ini juga sokongan dan doa berterusan daripada keluarga Umar, yang sentiasa menjadi sumber semangat dan inspirasi.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan pada 8β11 Jun 2026.
Syabas dan tahniah diucapkan. π
22/04/2026
π
22 April 2026 (Rabu)
π AEON Station 18
Tahniah diucapkan kepada anak-anak SK Sri Kinta atas pencapaian yang membanggakan dalam Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Solo dan Duo Sekolah Rendah peringkat Daerah Kinta Utara π€β¨
π₯ Johan Kategori Solo Lelaki : Afif Hakimi bin Nur Hakim
π
Tempat Kelima Kategori Duo : Muhammad Afiq Izzhaq bin Muhammad Nazmin dan Muhammad Izz Muaz bin Sazali
Dari alunan sayu Tak Seindah Wajah yang menyentuh hati, hingga ke rentak ceria Joget Toleh Menoleh yang menghidupkan suasana. Anak-anak ini berjaya memukau pentas dengan penuh jiwa dan keyakinan.
Pertandingan ini telah dapat mencungkil bakat murid dalam bidang nyanyian Irama Malaysia untuk diketengahkan ke peringkat luar. Murid telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh di bawah bimbingan jurulatih sekolah iaitu Encik Nur Hakim dan Cik Syahidatul Najwa.
Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar Pn Sharifah Norlian, rakan-rakan guru serta ibu bapa yang hadir memeriahkan dan memberi sokongan padu sepanjang pertandingan berlangsung. Kehadiran dan sokongan kalian amat bermakna serta menjadi penyuntik semangat kepada anak-anak ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh, menggapai impian dan terbang lebih tinggi. β¨
21/04/2026
PROGRAM: Minggu PPDa Peringkat Sekolah
ποΈ Tarikh: 7, 8, 9 & 10 April 2026
Minggu PPDa telah berjaya dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi bagi meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya dadah serta gaya hidup sihat.
Antara aktiviti yang dijalankan:
π¨ Mewarna (Tahap 1)
π£οΈ Ceramah oleh Unit AADK
πΌοΈ Pameran PPDa bersama AADK & Polis Narkotik
βοΈ Melukis Doodle (Tahap 2)
β Kuiz PPDa (Tahap 2)
Program ini memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menjauhi dadah serta membina sahsiah diri yang positif. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
π Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dianjurkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang pada masa akan datang.
β¨ βSekolah Bebas Dadah, Murid Cemerlang Masa Hadapan Gemilang!"
19/04/2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2026.
Pada 10 April lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2026.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga ke mesyuarat ini. Mesyuarat Agung PIBG ini merupakan medan penting untuk sama-sama berbincang antara ibu bapa dan guru-guru demi kemenjadian anak-anak khususnya murid-murid SK Sri Kinta.
Dalam mesyuarat ini juga, Guru Besar, Puan Sharifah Norlian bt Syed Adam telah membentang dan menerangkan kepada ibu bapa dengan RPM 2026-2035.
Pihak sekolah mengharapkan hubungan silaturahim dan kerjasama erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa akan terus diperkukuh demi kecemerlangan murid-murid.
Terima kasih kepada YDP PIBG, AJK PIBG serta guru-guru yang menjayakan mesyuarat ini.
19/04/2026
Tahniah diucapkan kepada tiga orang murid SK Sri Kinta yang telah berjaya menempah tempat ke peringkat akhir dalam Pertandingan Nyanyian Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kinta Utara Tahun 2026.
Mereka ialah :
π€Afif Hakimi bin Nur Hakim (Solo Lelaki)
π€Muhammad Izz Muaz bin Sazali (Duo)
π€Muhammad Afiq Izzhaq bin Muhammad Nazmin (Duo)
Semoga mereka beroleh kejayaan pada peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 April 2026 nanti. Mohon doa semua untuk kejayaan mereka.
19/04/2026
ππ₯CHAMPION π₯π
Tahniah diucapkan kepada pasukan Sofbol sekolah kerana telah menghadiahkan Johan kategori Lelaki selepas penantian selama 7 tahun dalam Kejohanan Sofbol Bawah 12 Tahun MSSD Kinta Utara 2026, manakala pasukan Perempuan berjaya menjadi Naib Johan.
Syabas dan terima kasih kepada jurulatih Sofbol sekolah Cikgu Izawati dan Cikgu Khairi Razlan atas komitmen yang cukup padu demi pasukan.
Terima kasih juga kepada para pentadbir, guru-guru dan para ibu bapa atas sokongan yang diberikan.
Semoga SKSK terus Excellent!!!
13/04/2026
Tahniahππ₯
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada wakil murid PPKI, adik MUHAMMAD UMAR ASYRAF BIN NOR IKHWAN atas kejayaan meraih JOHAN dalam PERTANDINGAN NILAM PENDIDIKAN KHAS KATEGORI KETIDAKUPAYAAN LELAKI SEKOLAH RENDAH.
Adik Umar akan mewakili Kinta Utara ke peringkat Negeri nanti. Semoga beroleh kejayaan.
Tahniah dan terima kasih juga kepada guru yang melatih, sokongan pentadbir dan ibu bapa.
12/04/2026
ππ Tahniah & Syabas ππ
Sekalung penghargaan diucapkan kepada murid-murid SK Sri Kinta yang telah menyertai
Kursus PRS Tahap Bongsu Peringkat Daerah Kinta Utara 2026.
π
30 β 31 Mac 2026
β° 2.00 β 5.00 petang
π Kompleks Belia & Sukan Ipoh
Alhamdulillah, seramai 4 orang murid telah berjaya lulus ujian PRS Tahap Bongsu peringkat daerah β¨
Senarai Murid:
1. Nur Putri Muaβwana binti Faizal (6B)
2. Nur Adriana Safiyya binti Abdul Roqeeb (6B)
3. Nur Fatihah Damia binti Nawawi (6B)
4. Syazwina Nur Ramadhania binti Shahrul Azman (5B)
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, komitmen tinggi serta semangat ingin belajar dalam membentuk sahsiah diri sebagai Pembimbing Rakan Sebaya π Semoga terus cemerlang dan menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan lain.
12/04/2026
Tahniah diucapkan kepada dua orang wakil SK Sri Kinta ke Pertandingan Fesis dan Madani Sekolah Rendah Peringkat Zon Program Adab dan Nilai (PADNI) Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara 2026 bagi acara Tilawah Al-Quran.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :
Afif Hakimi bin Nur Hakim dan Zahra Aisyah bt Ahmad Kusairi kerana telah berjaya mewakili Zon B ke peringkat daerah.
Seterusnya pada peringkat Daerah, Afif Hakimi bin Nur Hakim telah berjaya mendapat Naib Johan dan melayakkan diri ke peringkat Negeri nanti bagi acara Tilawah Al-Quran (Lelaki).
Tahniah kepada ustaz dan ustazah yang melatih serta sokongan daripada para pentadbir, guru-guru serta ibu bapa anak-anak ini.
Semoga terus berjaya.
12/04/2026
MAJLIS SERAHAN SUMBANGAN SEMPENA AIDILFITRI YAPEIM 2026/1447H*
Bertempat di Dewan Serbaguna, Lembaga Tabung Haji, Ipoh, Jalan Koo Chong Kong, Ipoh, Perak.
Tarikh : 9 April 2026 @ 2.30 pm
11/03/2026
Bersama-sama kita menyahut cabaran ke arah memantapkan kompetensi masing-masing ke arah Dasar Pendidikan Digitalβ¨
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru (100%) SK Sri Kinta
yang berjaya memperolehi Sijil Antarabangsa Google Certified Educator Level 1 dan Level 2