PSSGM Kebangsaan Negeri Perak

PSSGM Kebangsaan Negeri Perak

Share

Martial Arts of Malaysia . Silat Seni Gayong

Photos from PSSGM Kebangsaan Negeri Perak's post 02/05/2026

Adat bergayong, kata bersahut Gayong bersambut. Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Negeri Perak Tuan ir. Shahrul Nizam b. Ahmad Sharudin memenuhi jemputan Dan menyampaikan bengkung di Majlis Perasmian Penyampaian Bengkung Dan Mandi Minyak Pssgm Kebangsaan Sepang yang telah berlangsung hari ini di Desa Vista Sepang. Majlis telah dirasmikan oleh Y.D.M Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang Tengku Dato Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah al Haj Orang Besar Daerah Sepang. Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Negeri Selangor Tuan Hj. Hamzah bin Tajuddin. Setinggi ucapan Syabas Dan tahniah buat Cikgu Norjaimin Jaimin Said Pengerusi Pssgmk Sepang atas penganjuran program ini.

Photos from PSSGM Kebangsaan Negeri Perak's post 30/04/2026

Malam Temasya Pendekar Melayu Raya VII 2026 telah melabuhkan tirai dengan jayanya yanb berlangsung pada 25 April yang lalu. Kehadiran tetamu sekitar 1500 orang telah membanjiri Kawasan Kota Astaka Nilam untuk memeriahkan Majlis serta menjamu selera. Majlis telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan iaitu Tuan Zairul Akmal bin Kasim. Inisiatif dan idea Tuan ir. Shahrul Nizam b Ahmad selaku Tuan Rumah pengasas Kota Astaka Nilam Dan Pengerusi PSSGM Kebangsaan Negeri Perak untuk mengadakan program ini setiap tahun telah mengumpulkan rakan-rakan Pesilat, Peminat Busana Dan Kebudayaan di Kota Astaka Nilam. Pelagai aktiviti telah diadakan termasuk Persembahan Silat Dan mendeklamasi sajak. Setinggi ucapan terima Kasih kepada seluruh anggota gerak kerja Dari Penduduk Kampung, ahli keluarga, AjK PSSGM Kebangsaan Negeri Perak PSSGM Kebangsaan RAJA HAJi Kota Astaka Nilam Dan PSSGM Kebangsaan Hilir Perak termasuk daripada Majlis Kebudayaan Negeri Perak Tuan Sifu Azmi dan pasukannya. Syabas dan Tahniah!

30/04/2026

Malam Temasya Pendekar Melayu Raya VII 2026 di Kota Astaka Nilam
Pada 25 April 2026. Kemeriahan Dan ukhwah yang berpanjangan. Syabas Dan tahniah. Terima Kasih kepada para hadirin.

Photos from PSSGM Kebangsaan Negeri Perak's post 25/04/2026

Tetamu sudah mula hadir ke Kota Astaka Nilam bagi Temasya Pendekar Melayu Raya. Saksikan Malam ini di Kota Astaka Nilam. Wushu, Taekwando dan Silambam juga turut hadir. Ayuh!

23/04/2026
22/04/2026

Masa yang dinanti Temasya Pendekar Melayu Raya VII 2026 di Kota Astaka Nilam Teluk Intan, Perak.

13/04/2026

Rangkuman Persembahan Silat pada 11 April 2026 di TGV Kinta City pada tontonan Gayong 2 oleh PSSGM Kebangsaan Negeri Perak.



Photos from PSSGM Kebangsaan Negeri Perak's post 13/04/2026

Lebih 100 pesilat PSSGM Kebangsaan Negeri Perak Dari seluruh Negeri Perak termasuk Ibu Bapa hadir ke TGV Kinta City untuk menyaksikan Filem Gayong 2. Turut hadir sama YBhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota
Dato’ Haji Meor Redwan Bin Mahayudin Dan Anakanda beliau Tuan Meor Rezal Fitri. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Zulkifli diikuti oleh ucapan amanat daripada YDP Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Negeri Perak Tuan ir Shahrul Nizam b Ahmad Sharudin. Terima Kasih YDP, terima Kasih TGV!. Persembahan serentak oleh PSSGM Kebangsaan di seluruh TGV pada 11 April 2026.

Photos from PSSGM Kebangsaan Negeri Perak's post 09/04/2026

Ayuh Warga Negeri Perak menonton Filem Gayong 2 yang merupakan Tokoh Persilatan Negara dan dunia yang berasal dari Negeri Perak. Pengasas Silat Seni Gayong Almarhum Dato' Meor Abdul Rahman. Kami akan mengadakan Persembahan Silat pada 11 April 2026 di TGV Kinta City jam 9.00 malam. Jumpa di sana! Dzattt

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Ipoh
30000