06/03/2026
Program Cahaya Senja: Iftar Zakat Bersama Mahasiswa JKE merupakan satu program kebajikan dan kerohanian yang dianjurkan oleh mahasiswa Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara warga jabatan serta memupuk semangat berkongsi rezeki melalui pengagihan sumbangan zakat kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk menyemarakkan suasana Ramadan dalam kalangan pelajar dan staf.
06/03/2026
Program Bubur Lambuk Ramadan 1447H menjadi platform menyemai nilai kebersamaan, memperkukuh silaturrahim antara staf dan pelajar serta berkongsi keberkatan Ramadan melalui semangat kerjasama dan gotong-royong. 🕌
10/02/2026
Ucapan setulus terima kasih atas segala khidmat bakti, dedikasi dan keikhlasan yang telah dicurahkan sepanjang berada bersama Warga JKE PUO. Kehadiran dan sumbangan,bukan sahaja meninggalkan kesan dalam kerja, malah dalam kenangan dan perjalanan kita semua.
Walaupun perpisahan ini terasa berat, seluruh warga percaya setiap langkah baharu yang diambil adalah untuk kebaikan dan kejayaan yang lebih besar.
Selamat maju jaya di institusi yang baharu. Semoga terus diberi kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa cemerlang dalam apa jua peranan yang akan disandang. Anda akan sentiasa dikenang dan dihargai, Encik Kamarul Mohsin B Hj Ahmad (Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) dan Pn Hjh Juhaida Binti Zakaria (Politeknik Sultan Azlan Shah).
Foto kredit (En Jamri bin Kasim)
05/02/2026
PUO TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN DARI GMI
Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada pihak German-Malaysian Institute (GMI) bagi membincangkan pelaksanaan dan kesetaraan kurikulum program akademik.
Lawatan ini melibatkan program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Delegasi GMI telah diketuai oleh Dr Mohd Nazrin bin Mohd Yassin, Ketua Seksyen Elektrikal dan Kecekapan Tenaga, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, GMI.
Selain sesi perbincangan dua hala, delegasi turut dibawa melawat makmal-makmal terpilih bagi melihat kemudahan pembelajaran dan pelaksanaan latihan amali. Lawatan ini diharap dapat menjadi platform perkongsian amalan terbaik serta memperkukuh jalinan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.
10/01/2026
MAKLUMAN KEJAYAAN DELEGASI PUO DI THAILAND
Alhamdulillah
Dimaklumkan keputusan *Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2026)* di Bangkok, Thailand.
🥇*GOLD MEDAL AWARD*
Wakil: Ruhaida & Norhasnina
Projek: Nexus Byte2Fly
Projek ini adalah merupakan pembangunan IOT Board yang fleksibel menggunakan 3 controller ESP32, Arduino Uno dan Microphyton. Keunikan projek ini adalah didatangkan dalam bentuk rama-rama. Disitu ia diberi nama Byte2Fly sempena Butterfly 🦋.
11/12/2025
LIPUTAN PHOTO| Rabu, 03 Disember 2025, Jabatan Kejuruteraan Elektrik akan menerima kehadiran Audit External Examiner bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) DEPdan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) DTK. Lawatan ini bertujuan menilai pematuhan standard akademik serta memastikan kualiti program berada pada tahap yang ditetapkan.
11/12/2025
LIPUTAN PHOTO | KURSUS DALAMAN.
10 Disember 2025: KURSUS DIGITAL LOGIC TUTOR TRAINER.
10/12/2025
LIPUTAN PHOTO | MAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SEUNTAI BUDI yang telah melabuhkan tirai dengan gilang-gemilangnya. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan buat sahabat yang diraikan, Puan Hajah Junaida binti Shaari, yang kini menamatkan perkhidmatan dengan penuh kecemerlangan. Sepanjang perjalanan yang ditempuhi, budi pekerti, kebijaksanaan, ketegasan yang beradab serta pesona keperibadian beliau telah menjadi ukuran dan teladan kepada kami.
Pada kesempatan yang sama, majlis ini juga berlangsung seiring dengan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan JKE PUO bagi tahun 2025, sebagai platform memperkukuh ukhuwah serta meneruskan kesinambungan kebajikan dalam kalangan warga JKE.
Tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat dalam merealisasikan majlis pada hari ini.
28/11/2025
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM DIPLOMA, SIJIL, SIJIL KHAS KEMAHIRAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II : 2025/2026
CALON BAGI KATEGORI LEPASAN SIJIL POLITEKNIK/ KOLEJ KOMUNITI/ KOLEJ VOKASIONAL/ INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM, LEPASAN SPM DAN LEPASAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
📢 Semakan boleh dibuat mulai 27 November 2025 (Khamis), mulai jam 5.00 petang.
👉 Layari: https://ambilan.mypolycc.edu.my
🟩 Calon Berjaya
Sahkan setuju terima tawaran mulai 27 November 2025 mulai jam 5.00 petang sehingga 8 Disember, 11.59 malam.
Surat tawaran boleh dicetak selepas pengesahan dibuat.
🟥 Calon Tidak Berjaya
Rayuan dibuka mulai 27 November 2025.
Keputusan rayuan boleh disemak setiap Khamis bermula 11 Disember 2025 (Mulai jam 5.00 petang).
📅 Pendaftaran pelajar baharu Sesi II 2025/2026:
4 & 5 Januari 2026
17/11/2025
11 November 2025 | Majlis Penghargaan AJK Kelab JKE telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan komitmen dan sumbangan ahli jawatankuasa sepanjang tahun. Program anjuran Kelab JKE ini turut diserikan dengan kehadiran PKJ serta Ketua Program DEE, DEP dan BET sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap peranan aktif AJK dalam menggerakkan aktiviti pelajar. Dalam ucapan perasmian, kepimpinan JKE menzahirkan apresiasi atas dedikasi AJK yang telah membantu meningkatkan penglibatan pelajar dan memupuk semangat kepimpinan. Majlis ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada AJK untuk terus berkhidmat dan memperkukuh budaya kerja berpasukan dalam kalangan pelajar JKE.