11/02/2023
TAUTAN KASIH 2023
Pada 10 Februari 2023, pelatih Diploma Farmasi Semester 6 telah berjaya menganjurkan program Tautan Kasih 2023 yang bertempat di Dewan Seri Perdana, ILKKM SAS. Para perserta bagi program ini terdiri daripada pelatih Diploma Farmasi dari setiap semester yang berada di kolej iaitu pelatih semester 1, 2, 3 dan 6.
Program ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sekaligus menjadi sesi suai kenal antara pelatih-pelatih Diploma Farmasi dari Semester 1 hingga 6.
15/09/2022
Apakah itu ubat-ubatan generik?
Dikongsikan definisi dan contoh ubat inovator dan ubat generik yang diluluskan di pasaran oleh KKM.
Ubat generik bukanlah ubat tiruan. Semua ubat termasuk ubat generik perlu melalui syarat dan penilaian yang sangat ketat sebelum ianya di daftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah(PBKD) di Malaysia untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat.
Oleh itu, ubat generik yang didaftar dengan PBKD adalah sama SELAMAT, BERKUALITI dan BERKESAN seperti ubat inovator.
18/08/2022
Scan Dulu Baru Beli | Linktree
Muat turun aplikasi Farmachecker™ mengikut sistem operasi telefon pintar anda.
07/12/2021
30 NOVEMBER 2021
Pelatih Farmasi Semester 3 (OBE) dengan kerjasama pelatih Farmasi Semester 1 (OBE) telah menganjurkan program Critical Thinkers: 21st Century Learning in conjunction with increasing internet bandwidth bertempat di Dewan Seri Perdana, ILKKM Sultan Azlan Shah yang dirasmikan oleh Puan Rokiah Tukiman, Pengarah ILKKM SAS.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Virtual Library kepada para pelatih serta staf ILKKM SAS. Pada waktu yang sama juga meningkatkan capaian jalur lebar (bandwidth) internet kolej melalui aktiviti yang dilakukan seperti trivia (berdasarkan tayangan video) melalui Kahoot.