ArtofKeraft

ArtofKeraft

Share

#ForAssignmentPurposeENT530

02/02/2021

Besi lepah ini telah ditempa selama dua jam bagi menjamin kualiti yang tinggi dalam penghasilannya.
Kayu pemegangnya p**a telah diambil dari kayu berkualiti tinggi supaya dapat memberikan kekukuhan yang baik

02/02/2021

Ergonomik merupakan ciri yang sangat ditekan oleh kami. Hal ini bagi memberikan keselesan kepada pelanggan kami yang membeli lepah ini.
Anda tidak akan berasa janggal ketika memegang lepah ini kerana ianya cukup sebati dengan tangan anda!

02/02/2021

Petang yang indah ini, kami hadiakan serangkap pantun:

Pergi ke kedai bersama mami,
Berjalan seperti sang juara;
Lepah dibeli dari kami,
Kerja mudah hati gembira.

02/02/2021

Lepah ini sangat tajam ya tuan-tuan dan puan-puan!
Lepah ini dapat mempercepatkan proses memasak anda seperti memotong daging. Jadi tanpa berfikir panjang, mari dapatkannya sekarang juga!!

02/02/2021

Lepah ? Apa itu lepah ?

Lepah adalah sejenis alat untuk memotong daging seperti daging lembu atau daging kambing. Lepah atau Melepah adalah alat yang sinonim dengan masyarakat Melayu.

02/02/2021

Tumbuh-tumbuhan sememangnya terkenal dalam pembuatan ukiran kayu di negara Malaysia ini. Hal ini kerana flora dan fauna sangat dekat dalam kehidupan seharian manusia.

02/02/2021

Selain misi Artofkeraft untuk memperjuangkan kesenian ukiran kayu traditional, kami juga berjuang untuk memelihara alam sekitar dengan menggunakan barang-barang kitar semula. Amalan ini bagi mengajak semua untuk menjaga alam sekitar.

02/02/2021

Tahukah anda ?
Garisan berbunga pada pemegang tukul ini berfungsi untuk memberikan ergonomik yang baik kepada tukul ini.

02/02/2021

Pelanggan : Cik, kenapa namanya tukul bunga ya ?
ArtofKeraft : Namanya tukul bunga kerana bentuk yang diinspirasikan daripada dahan bunga dan corak yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan.
Pelanggan : Oh begitu rupanya, terima kasih!
ArtofKeraft : Sama-sama!

02/02/2021

Selamat petang semua !
Untuk makluman semua, Tukul Bunga ini telah diperbuat daripada besi yang terpakai. Namun begitu, ketahanannya adalah sama seperti tukul yang baharu. Menarik bukan?

02/02/2021

Corak bunga pada struktur bentuk Samurai ini sangat unik dalam melambangkan ciri kesenian nusantara. Coraknya lebih kepada persepsi yang aman tanpa mendatangkan curiga kepada setiap orang yang melihatnya.

02/02/2021

Mesti ada yang tertanya-tanya fungsi Samurai ini ?
Paling mudah yang anda boleh lakukan adalah meletakkan samurai ini sebagai barang perhiasan pada dinding rumah anda! Tidak rugi dan tidak menyesal anda membelinya!

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Ipoh