22/05/2026
🌴✨ SELAMAT BERCUTI ✨🌴
Makluman cuti pertengahan tahun bermula 23 Mei 2026 (Sabtu) hingga 7 Jun 2026 (Ahad) dan Hari Raya Aidil Adha pada 27hb Mei 2026 (Rabu).
Gunakan masa cuti ini untuk berehat, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga serta terus menjaga keselamatan dan kebersihan diri.
Selamat bercuti kepada seluruh warga SK Syed Idrus. Semoga semua murid, guru dan ibu bapa menikmati cuti yang ceria, penuh kenangan indah serta kembali ke sekolah dengan semangat dan tenaga baharu!
18/05/2026
💐🌹SELAMAT HARI GURU 🌹💐kami ucapkan kepada semua guru-guru di SKSI ,semua warga guru diseluruh Negeri Perak,seluruh Malaysia dan seluruh dunia.
Semoga Kita Semua Sentiasa Dalam Rahmat Allah
16/05/2026
DUNIA PRASEKOLAH BESTARI
Selamat Hari Guru buat semua guru di SK Syed Idrus.
LOVE YOU ALL❤️
From: Tec Meena and Ibu Shaf😍
14/05/2026
DUNIA PRASEKOLAH BESTARI 2026
Tahniah kepada murid prasekolah Bestari kerana telah berjaya MENGENAL DAN MENGECAM HURUF ABC dengan sempurna.
Teruskan usaha anda untuk boleh membaca dengan lancar nanti.
Kepada murid yang lain, teruskan usaha. Jangan putus asa. Usaha tangga kejayaan.
13/05/2026
PERINGATAN KEHADIRAN KE SEKOLAH
Ibu bapa dan murid diminta memberi perhatian bahawa kehadiran ke sekolah adalah WAJIB.
Murid hendaklah hadir ke sekolah setiap hari dan berada di kawasan sekolah.
Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah, ibu bapa WAJIB memaklumkan kepada pihak sekolah dengan sebab yang munasabah.
Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah yang berkuat kuasa.
Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat dihargai demi kecemerlangan sahsiah dan akademik murid SKSI.
11/05/2026
Guru Bertugas Mingguan.
Minggu: 17
Tarikh: 11Mei - 15Mei 2026
Selamat menjalankan tugas😉
10/05/2026
PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA
TARIKH : 11 MEI 2026
HARI : ISNIN