Maahad An Nakhibi

Maahad An Nakhibi Lot 1597, Kg. Temong Hulu, 33600 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan Maahad an-Nakhibi secara rasminya ditubuhkan pada 23 Mac 2016.

Objektif utama penubuhan maahad ini adalah untuk menyemarakkan ilmu al-Quran di kalangan masyarakat di samping menyebarkan ilmu Islam. Penaung bagi maahad ini adalah Syeikh Dr. Muhammad Abdullah Ali Muhyiddin dari Jeddah, Arab Saudi. Nama maahad ini dipilih sebagai mengenang jasa dan sumbangan guru kepada penaung maahad dalam mengembangkan Islam iaitu Syeikh Abdullah Bin Muhsin An-Nakhibi.

Solidariti bersama P@L3$t1N
15/11/2023

Solidariti bersama P@L3$t1N



Alhamdulillah, selesai semalam majlis yang penuh barakah, periwayatan kitab al-Awail al-Sunbuliyah oleh guru kami yang d...
29/05/2023

Alhamdulillah, selesai semalam majlis yang penuh barakah, periwayatan kitab al-Awail al-Sunbuliyah oleh guru kami yang dikasihi, Syeikh Dr. Muhammad Abdullah Ali Muhyiddin di Maahad Syeikh Abdullah An Nakhibi rahimahullah. Fadhilatul Syeikh memulakan majlis dengan meriwayatkan hadith musalsal bil awaliyah, lalu memulakan periwayatan kitab Awail Sunbuliyah. Majlis juga disinari dengan kehadiran beberapa para asatizah, antaranya al-Fadhil Ustaz Muhammad Bakri, Ustaz Ahmad Razman, Ustaz Syamim, Ustaz Amir Hijaz, Ustaz Muhammad Syafi' dan juga asatizah dan pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz aa-Syarif, Kati, Perak.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Allah memberi taufiqNya kepada kita semua untuk menjalani segala ibadah di...
22/03/2023

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Allah memberi taufiqNya kepada kita semua untuk menjalani segala ibadah di sepanjang bulan yang mulia ini.

رمضان كريم. كل عام وأنتم بخير. وفقكم الله وإيانا لصيام هذا الشهر المبارك وقيامه وتلاوة القرآن فيه وسائر الطاعات...

*Rayuan sumbangan infaq/waqaf untuk pembangunan Maahad An Nakhibi*Assalamualaikum wbt.Tuan/Puan yang dirahmati Allah sek...
28/07/2020

*Rayuan sumbangan infaq/waqaf untuk pembangunan Maahad An Nakhibi*

Assalamualaikum wbt.

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian.

Untuk makluman Tuan/Puan, projek penambahbaikan tandas dan bilik mandi Maahad An Nakhibi masih dalam pembinaan. Beberapa struktur bangunan kawasan tandas terpaksa dibina semula atas faktor keselamatan. Begitu juga penambahan struktur kawasan belakang tandas juga terpaksa dibina demi pengukuhan bangunan.

Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan sumbangan Tuan/Puan samada dalam bentuk infaq mahupun waqaf demi membantu kami menjayakan projek ini segera.

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank Maahad An Nakhibi :

564 418 606 445

Segala sumbangan/infaq/waqaf Tuan/Puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih, Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah memberkati dan meluaskan lagi pintu rezeki Tuan/Puan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Ustaz Nizam 017-624 5737
Ustaz Faisal 019-507 8284

Assalamualaikum wbt.Untuk makluman Tuan/Puan, Maahad An Nakhibi sedang melaksanakan beberapa projek penambahbaikan dan p...
07/07/2020

Assalamualaikum wbt.

Untuk makluman Tuan/Puan, Maahad An Nakhibi sedang melaksanakan beberapa projek penambahbaikan dan pembangunan. Justeru itu kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada Tuan/Puan demi menjayakan projek ini.

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank Maahad An Nakhibi :
564 418 606 445

Segala sumbangan dan keperihatinan Tuan/Puan amat kami hargai, dan kami mendoakan semoga Allah memberkati dan meluaskan lagi pintu rezeki semua yang menyumbang.

جزاكم الله خيرا كثيرا

Kenangan setahun yang lalu. Pada 25 Mei 2019  Maahad Syeikh Abdullah An-Nakhibi menerima kunjungan ziarah mahabbah Dato'...
01/06/2020

Kenangan setahun yang lalu. Pada 25 Mei 2019 Maahad Syeikh Abdullah An-Nakhibi menerima kunjungan ziarah mahabbah Dato' Seri Prof. Zaini Ujang. Pelajar-pelajar juga berkesempatan mendengar mutiara-mutiara nasihat daripada beliau.

Terima kasih kami rakamkan kepada yang dikasihi Tuan Guru Syeikh Dr. Shuhadak Mahmud, ahli majlis fatwa Negeri Sembilan ...
09/09/2019

Terima kasih kami rakamkan kepada yang dikasihi Tuan Guru Syeikh Dr. Shuhadak Mahmud, ahli majlis fatwa Negeri Sembilan yang sudi singgah menziarahi Maahad An Nakhibi pagi tadi. Semoga ziarah mahabbah ini menguatkan lagi hubungan ukhuwah antara Maahad An Nakhibi dengan Sahah Syeikh Soleh Al-Ja'fari pimpinan beliau.

Address

Lot 1597, Kg. Temong Hulu
Hulu
33600

Telephone

+60195078284

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad An Nakhibi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category