18/02/2026
Salam Ramadan Al- Mubarak 1447H | 2026M daripada warga Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al Najah.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang masih memanjangkan usia kita untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Al-Mubarak 1447H bersamaan 2026M.
Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al Najah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga Ramadan kali ini menjadi medan hijrah buat kita semua. Hijrah daripada kelalaian kepada kesedaran, Hijrah daripada maksiat kepada taat, Hijrah daripada kelemahan kepada kekuatan iman, dan hijrah menuju reda serta kasih sayang Allah SWT.
Marilah kita menghidupkan Ramadan dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, qiyamullail, sedekah dan doa, agar kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang bertakwa.
اللهم بلغنا رمضان وأعنا على صيامه وقيامه وتقبل منا صالح الأعمال.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan menjadikan kita insan yang lebih baik selepas Ramadan ini.
27/01/2026
InsyaAllah, pada petang ini pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Najah akan menjemput Al-Fadhil Ustaz Bazli bin Zakaria, pengasas Elbazzi Quran Academy serta Imam Tiga di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, untuk menyampaikan ceramah istimewa bertajuk “Refine Your Fatihah” kepada para pelajar.
Ceramah ini dirancang khusus untuk memperkemaskan bacaan Al-Quran dan memperbaiki tatacara solat, sekali gus meningkatkan kualiti ibadah harian pelajar. Kami berharap penerangan dan bimbingan Ustaz Bazli akan menjadi sumber inspirasi, membakar semangat pelajar agar lebih tekun, konsisten, dan penuh keyakinan dalam menunaikan solat serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Program ini juga terbuka kepada ibu bapa yang berada di rumah; anda boleh mengikuti ceramah ini secara langsung melalui TikTok Maahad, bagi memudahkan keluarga turut sama merasai manfaat dan ilmu yang disampaikan.
Semoga program sebegini bukan sahaja menguatkan penguasaan ilmu agama para pelajar, tetapi juga memupuk semangat kecintaan terhadap Al-Quran dan solat yang sempurna, serta mempererat hubungan mahabbah antara Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Najah, para pelajar, keluarga, dan masyarakat.
16/01/2026
Salam Israk Mikraj 1447H/ 2026M
Sempena peristiwa agung Israk dan Mikraj, marilah kita menghayati perjalanan Rasulullah ﷺ yang membawa perintah solat sebagai tiang agama dan sumber kekuatan iman.
Semoga warga Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al Najah terus istiqamah menjaga solat, mencintai al-Quran dan membina akhlak mulia, agar lahir generasi huffaz yang berilmu, beramal dan bertakwa.
08/01/2026
Riadah petang bukan sekadar untuk cergas tubuh , tapi juga menyegakan minda dan mengeratkan ukhuwah . Luangkan masa, bergerak dan nikmati udara segar petang bersama sahabat.
05/01/2026
PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2026
Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru dan selamat kembali kepada pelajar lama bagi sesi persekolahan tahun 2026.
Kami mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar ke Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Najah ini dengan penuh rasa syukur dan harapan.
Semoga tahun ini menjadi permulaan yang lebih baik, penuh semangat, disiplin, dan tekad untuk menuntut ilmu serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bersama kita bina suasana pembelajaran yang harmoni, saling menyokong, dan penuh keberkatan, insyaAllah
31/12/2025
Selamat Tahun Baru 2026
Semoga tahun ini membuka lembaran baru
dalam usaha membentuk huffaz yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa, istiqamah dalam menghafaz dan mengamalkan al-Quran, serta menjadi generasi pewaris dakwah Rasulullah ﷺ.
بداية عامٍ جديدٍ بطاعة الله، وخِتامُهُ برضا الله
22/12/2025
✨ Majlis Graduasi Khatam & Syahadah Kali Ke-6
serta Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar ✨
Alhamdulillah, hari penuh bermakna ini melabuhkan tirai dengan sejuta senyuman dan rasa syukur.
Majlis yang menghimpunkan detik istimewa—
detik anak-anak menamatkan khatam dan syahadah,
detik pelajar menerima anugerah atas usaha yang tidak pernah mengenal penat,
dan detik ibu bapa melihat hasil doa serta pengorbanan mereka membuahkan kejayaan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir memeriahkan majlis hari ini.
Kehadiran kalian menjadi kekuatan, penyuluh perjalanan dan semangat buat anak-anak dalam meneruskan langkah menimba ilmu.
Tahniah diucapkan kepada para graduasi dan penerima anugerah.
Semoga ilmu al-Quran yang dipelajari menjadi cahaya yang membimbing setiap langkah,
dan kejayaan hari ini menjadi pembuka jalan kepada lebih banyak pencapaian pada masa hadapan.
Teruskan melangkah, teruskan bersinar. 🌟
Sebagai peringatan penuh kasih kepada para pelajar:
Teruslah mengulang al-Quran, kerana seorang hafiz bukan hanya mengingati ayat, tetapi menjaga amanah di hati.
Gunakan ilmu untuk berkhidmat kepada masyarakat—dengan akhlak, pertuturan dan tindakan yang membawa manfaat.
Dan yang paling penting, peliharalah adab sebagai seorang penghafal al-Quran;
biarlah akhlakmu menjadi cermin kepada kemuliaan kalam Allah yang kamu bawa.
Sebagai penutup tirai, izinkan kami hadiahkan sebuah pantun:
Hijau sawah padi berlagu,
Angin petang berhembus nyaman.
Ilmu ditimba tidak jemu,
Bekal hidup sepanjang zaman.
Bunga melur disusun rapi,
Harum mekar di halaman desa.
Semoga anak-anak terus berbakti,
Menjadi generasi cemerlang bangsa.
18/12/2025
Majlis Graduasi Khatam & Syahadah Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al Najah.
20 Disember 2025
8.00 Pagi
Dewan Orang Ramai, Dusun Tua.
Moga Majlis diberkati dan dipermudahkan urusan perjalanannya bagi meraikan anak-anak yang Khatam dan Syahadah secara Hafazan.
Tahniah kepada para pelajar.