20/08/2026
πβ¨ PROGRAM HALA TUJU TAHUN 6 (YIK & SMITI) β¨π
Alhamdulillah, SRITI As-Solihin telah berjaya melaksanakan Program Hala Tuju Tahun 6 (YIK & SMITI) pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Masjid Razaleigh, Gua Musang.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan, maklumat dan panduan kepada ibubapa/penjaga dan murid Tahun 6 dalam merancang langkah seterusnya selepas tamat persekolahan rendah.
Murid-murid berpeluang mendapatkan penerangan secara langsung daripada:
π Ustaz Wan Abu Bakar bin Wan Mahussin
Pengetua SMITI Tahfiz Tok Guru
mewakili pihak SMITI.
π Ustaz Mohd Bahruddin bin Husin
Pegawai Latihan dan Kepimpinan, Yayasan Islam Kelantan
mewakili pihak YIK.
Semoga perkongsian yang diberikan dapat membuka minda murid tentang *pilihan pendidikan dan peluang yang tersedia*, serta menyuntik semangat untuk mereka terus berusaha mencapai cita-cita.
π Rasulullah SAW bersabda:
> βBarangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.β
> β Riwayat Muslim
Ilmu bukan sekadar untuk mencapai kejayaan di dunia, tetapi menjadi bekalan dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan dekat dengan Allah SWT. π±
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak YIK dan SMITI atas perkongsian dan kerjasama yang diberikan. Semoga segala ilmu dan panduan yang disampaikan menjadi manfaat buat ibu bapa dan anak-anak Tahun 6 dan membantu mereka melangkah dengan lebih yakin menuju masa hadapan.
π€²π» Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan pendidikan anak-anak Tahun 6 dan mengurniakan kejayaan buat mereka di dunia dan akhirat.
βMembina Hala Tuju, Mencorak Masa Depan.βπ