Outbox Malaysia

Outbox Malaysia

Share

Sebuah platform kemanusiaan untuk membangunkan komuniti khususnya di Asia Tenggara dan Timur Tengah

Fokus Projek: Projek-projek melibatkan bantuan kesihatan, pendidikan dan pembangunan komuniti

Malaysia: Projek #KotakBahagia Sarawak (Miri) & Sabah (Tawau & Lahad Datu)/2020

Kemboja: Projek #SekolahImpianKandal, prasekolah di Kampot/2017-2020

Indonesia: Projek #Home4Palu, Palu & #SihatAceh, Banda Aceh/2018 & 2019

Bangladesh: Projek #FoodAid untuk pelarian Rohingya, Kem Kuttupalong, Cox's Bazar/2019

Jordan: Projek #FoodAid untuk pelarian Palestin di Kem Jerash/2019

01/10/2025

LONG HIATUS PROJECT : MEDICAL OUTREACH MEDAN, INDONESIA

Bismillah. Setelah setahun projek ini terbengkalai, akhirnya OutBox Malaysia bangkit kembali untuk selesaikan apa yang tertangguh. Banyak perkara berlaku sepanjang menguruskan projek ini yang ternyata membuatkan semangat sukarelawan itu menurun, akan tetapi atas dasar amanah kita tetap bergerak walaupun perlahan. Terima kasih yang support kami, yang sudah donate dan paling penting yang setia menunggu perkembangan projek ini. Team OutBox Malaysia ingin memohon maaf setulus-tulusnya. Semoga kali ini kami pergi dan p**ang untuk terus membawa kebaikan.

Stay tuned untuk misi projek yang bakal berlangsung pada 15-19 Oktober 2025 ini ya!

09/03/2025

URGENT CALLING RAMADAN!

Susulan bencana banjir yang sedang melanda di Borneo terutamanya di Sabah, OutBox Malaysia akan menjalankan tabung kecemasan untuk membantu penduduk terjejas di daerah terlibat khususnya di daerah Beaufort & Membakut. Setakat ini, mengikut laporan dari Info Bencana JKM, terdapat lebih 1000 keluarga yang sudah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Antara keperluan mendesak yang perlu disalurkan :
1) Mineral water
2) Keperluan kebersihan diri
3) Selimut.

Target kita adalah untuk membantu 100 ke 200 buah keluarga. Dana ini akan disalurkan secepat mungkin, jadi bagi sesiapa yang mahu sama-sama meringankan beban mereka, jom sedekah tidak kira nilai. Kita akan buka saluran dana bermula malam ini sehingga capai target inshaAllah.

Semoga bantuan ini menjadi amalan kecil Ramadan yang menjadi doa buat para penderma budiman semua. Bantu kami untuk share poster ya 🙏❤️

22/09/2024

UPDATES : PROGRAM SIHAT MEDAN 2024

Alhamdulillah berbaki 146 pax sahaja lagi untuk tajaan medical check up buat masyarakat di Medan, Indonesia. RM50 per medical checkup untuk target penerima manfaat sebanyak 200 orang. Dana untuk 50 set kit kebersihan kanak-kanak sudah berjaya dicapai.

Untuk saluran dana:
1) Donate via akaun rasmi OutBox Malaysia
8007534005 CIMB
Ref.Code : SihatMedan

ATAU

2) Donate via link rasmi projek di platform LaunchGood
LaunchGood.com/SihatMedan2024

..

Saluran dana bakal ditutup bermula 09 Okt 2024 ini.
Thank you donors yang selama ini meletakkan kepercayaan yang tinggi buat kami. Projek ini akan dijalankan once dana kami cukup.
Doakan agar urusan ini berjalan dengan lancar 🤲

06/09/2024

UPDATES : PROGRAM SIHAT MEDAN 2024

First of all, kami mahu memohon maaf atas kelewatan menjalankan projek kesihatan ini di atas beberapa faktor terutamanya berkaitan dana projek. Currently, team OutBox telah berjaya mendapatkan dana daripada NGO dimana dana ini telah membantu OutBox untuk teruskan projek inshaAllah. Terima kasih buat 8forAid kerana percaya.

Kami hanya perlukan 150 pax sahaja lagi untuk pastikan projek ini berlangsung di lokasi yang telah pun ditetapkan iaitu di Medan, Indonesia. Rakan kerjasama kami iaitu Rumah Zakat Indonesia, cawangan Medan akan menjadi rakan utama untuk pengurusan projek disana & berita baiknya mereka juga akan turut membantu OutBox untuk menjayakan kempen ini di platform LaunchGood mereka. InshaAllah tunggu kami update link projek ya.

Bagi mereka yang mahu donate secara manual, boleh terus scan our official QR code atau boleh terus transfer via official account. Terima kasih yang sudah bantu donate & share. Thank you donors yang selama ini meletakkan kepercayaan yang tinggi buat kami. Projek ini akan dijalankan once dana kami cukup.

Doakan agar urusan ini berjalan dengan lancar 🤲

Photos from Outbox Malaysia's post 24/06/2024

UPDATES : PROGRAM SIHAT MEDAN 1.0 (EXTENDED PERIOD)

Untuk makluman semua,

Program ini akan ditangguhkan pada bulan Ogos 2024 untuk kami jalankan aktiviti fundraising bagi mencukupkan jumlah target dana sebanyak RM14,000 ini.

Dana terkumpul setakat 24 Jun 2024 - RM401
Dana yang diperlukan - RM13,599

Terima kasih para penderma budiman yang sentiasa support.
Kami perlukan bantuan anda semua untuk terus bantu OutBox Malaysia untuk berkongsi poster projek. Jika ada duit lebih boleh donate. Hatta RM1 kami akan terima untuk kelangsungan projek ini inshaAllah.

Dana akan disalurkan kepada pihak pengurusan program yang merupakan rakan kerjasama kami, Rumah Zakat Indonesia cawangan Medan yang akan memastikan projek kesihatan ini berjalan dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan projek kedua melibatkan kesihatan di Indonesia selepas Aceh dan merupakan kali pertama team kami turun padang ke Medan.

Kenapa pilih Medan, Indonesia?

Jawapannya kerana kita mahu turut berbagi kebahagiaan buat mereka yang tidak mendapat akses kepada pemantauan kesihatan yang berkesan. Lokasi dipilih juga di kawasan pedalaman, maka menjadi tanggungjawab untuk kita sebagai pengurus program melihat keperluan disana.

Ayuh, bantu kami untuk bantu mereka!

07/06/2024

UPDATES DANA : SIHAT MEDAN 1.0

Setakat 07 Jun 2024, kita baru sahaja berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM307. Masih jauh untuk mencapai baki untuk mencukupkan dana keseluruhan sebanyak RM14,000.

Dana ini akan disalurkan untuk bantuan:
1. Saringan kesihatan (Medical Check Up) : RM50 x 200 pax
2. Kit Kesihatan : RM20 x 200 pax

InshaAllah jika dana mencukupi, kami plan akan bergerak ke sana bermula 27 Jun - 01 Julai 2024. Jika tidak, berkemungkinan projek ini akan ditangguhkan sehingga dana berjaya dicapai.

Bantu kami share kepada rakan-rakan anda.
Salurkan bantuan seperti yang tertera di poster ya.
Terima kasih!

19/05/2024

SIHAT MEDAN 1.0 : SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI DI INDONESIA

Program kesihatan adalah acara tahunan yang akan dijalankan oleh OutBox Malaysia, baik di Malaysia mahupun di luar negara. Jadi, kami memilih untuk ke Medan bagi melaksanakan program berbentuk kesihatan buat komuniti di kawasan pedalaman.

Lokasi kali ini adalah di Dusun Sidoarjo, Desa Klumpang Kebun, Kecamatan Hamparan Perak, Kabupaten Deli Serdang iaitu di Medan, Indonesia. Kita akan mengadakan program saringan kesihatan bersama komuniti terlibat dengan kehadiran target penerima manfaat seramai 200 orang dari pelbagai peringkat umur.

Rakan kerjasama yang akan terlibat untuk misi kali ini adalah team Rumah Zakat Indonesia, cawangan Medan. OutBox Malaysia p**a akan bertindak selalu yang mengumpul dan menguruskan dana. Jadi, untuk kali ini kos keseluruhan program berjumlah RM14,000.

Berikut adalah butiran saluran dana:

1. Saringan kesihatan (Medical Check Up) : RM50 x 200 pax
2. Kit Kesihatan : RM20 x 200 pax

Program ini akan berlangsung selepas Hari Raya Aidiladha dimana team kami akan turun padang. Jadi, bantu kami untuk mengumpulkan dana agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. InshaAllah kita juga akan buka penyertaan kepada sukarelawan yang berminat untuk sama-sama merasai pengalaman menyalurkan kebahagiaan buat komuniti di Medan.

Bantu kami share kepada rakan-rakan anda.
Stay tune untuk perkembangan program. Salurkan bantuan seperti yang tertera di poster ya. Terima kasih!

13/05/2024

UPCOMING PROJECT: MEDICAL OUTREACH 2.0 @ MEDAN, INDONESIA

InshaAllah, Jun 2024 ini kami akan ke Medan, Indonesia untuk projek kesihatan bersama komuniti di kawasan pedalaman. Setakat ini, Rumah Zakat Indonesia, cawangan Medan sudah bersetuju untuk berkolaborasi bersama OutBox buat pertama kalinya.

Untuk pengetahuan semua, OutBox Malaysia pernah menjalankan program Medical Outreach 1.0 di Aceh, Indonesia pada tahun 2019. Sambutannya amat menggalakkan dan kami juga berkolaborasi bersama Rumah Zakat Indonesia, cawangan Aceh.

Semoga kali ini dipermudahkan. Stay tune untuk perkembangan projek ini nanti.

Photos from Outbox Malaysia's post 03/04/2024

UPDATES AGIHAN 04 :
KOTAK IFTAR OUTBOX 2024

03 APRIL 2024 | 23 RAMADAN 1445H

Jumlah Agihan Pek Kotak Iftar : 100 pax
Lokasi : Kg.Lembaga, Gua Musang, Kelantan

Ini merupakan agihan terakhir untuk Ramadan tahun ini. Kali ini menu iftar berlainan sedikit, kita sediakan juadah berupa bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Kg.Lembaga ini. Alhamdulillah meriah sambutannya kerana ada juga juadah lain yang disediakan oleh beberapa NGO terlibat untuk turut sama menyalurkan pek iftar.

Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat terutamanya saudara Azhar selaku wakil yang mengurusnya aturcara program. Wakil-wakil belia dari Majlis Belia jajahan Gua Musang, ABIM Kelantan & ABIM Gua Musang serta Kelab Peduli Gua Musang yang turut serta turun padang menyalurkan pek iftar buat masyarakat setempat.

Sampai bertemu lagi kita di Ramadan seterusnya. Moga amalan kecil ini diterima, selamat melayari 10 malam yang terakhir dan semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadr.

Want your school to be the top-listed School/college in Gua Musang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Gua Musang