GM Gopeng

GM Gopeng Kami menyediakan latihan kemahiran selama 6 bulan secara PERCUMA bagi WARGANEGA MALAYSIA (BUMIPUTERA) Jangkamasa program adalah antara 6-24 bulan.
(1)

Pusat GIATMARA yang pertama ditubuhkan di Gopeng, Perak pada November 2001 dengan 52 orang pelatih perintis. Kini, terdapat 209 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh Negara. Latihan kemahiran GIATMARA disasarkan kepada belia dan masyarakat setempat. Program latihan dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan s

ecara PERCUMA. Konsep latihan ini masih dikekalkan dan dikembangkan bagi memberi nilai tambah kursus-kursus yang sedang dilaksanakan di Pusat GIATMARA.

PERHATIAN !!!!TAWARAN TERBUKA BUAT SEMUA...😍😍😍.JANGAN LEPASKAN PELUANG...TEMPAT TERHAD..SESI PENGAMBILAN PELATIH SESI JA...
03/11/2025

PERHATIAN !!!!
TAWARAN TERBUKA BUAT SEMUA...😍😍😍.JANGAN LEPASKAN PELUANG...TEMPAT TERHAD..

SESI PENGAMBILAN PELATIH SESI JANUARI 2026
GIATMARA GOPENG KINI DI BUKA

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
πŸ‘— Kursus Fesyen & Jahitan Pakaian ( 12 modul pakaian)
πŸŽ“ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
πŸŽ“ Sijil Profesional GIATMARA
πŸ› Bahan latihan PERCUMA
πŸ’° Elaun RM1200/sesi
πŸ“’ Bimbingan Usahawan

Hubungi :
☎ 05 3592301
0174288575
πŸ“§ [email protected]
sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡
https:https://mohon.tvet.gov.my/main/flexi
sebarang pertanyaan sila klik πŸ‘‡πŸ»
https://wa.link/84dqqj
KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

Lawatan SMK Tasek Damai ke GIATMARA. Sempat mereka merasa bagaimana menghasilkan kabel network dan disambungkan ke CCTV.
07/02/2024

Lawatan SMK Tasek Damai ke GIATMARA. Sempat mereka merasa bagaimana menghasilkan kabel network dan disambungkan ke CCTV.

Naufal dah jadi TAUKEY bro. Korang bile lagi?
16/01/2024

Naufal dah jadi TAUKEY bro. Korang bile lagi?

"SPM tak ade bro. Gelap mase depan."Mohammad Hafizul Abd Aziz. PMR jer ade, itu pun banyak kali kene berdiri depan perhi...
16/01/2024

"SPM tak ade bro. Gelap mase depan."

Mohammad Hafizul Abd Aziz. PMR jer ade, itu pun banyak kali kene berdiri depan perhimpunan. Bukan sebab jadi pengawas, hari-hari fly pagar sekolah.
Beliau sedar yang pentingnya ilmu untuk ubah kehidupan, jadi GIATMARA Gopeng jadi pilihan. Kami ingat lagi mase tu, pertama kali masuk ke GIATMARA. Nakalnya, Allah jer tahu. Syukur Alhamdulillah sekarang beliau berjaya, malah beliau tak lupa untuk memartabatkan anak bangsa. Beliau bergiat aktif bantu anak bangsa tertutama yang telah terpisah dengan arus pendidikan. Semoga usaha beliau dirahmati Allah. Kami tumpang bangga. JADI, ape tunggu lagi?

GIATMARA "KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN"

Belajar GIATMARA? Ade jaminan ke bro?J*p!Nie cerite benar, bukan rekaan. Nama pelatih nie Saiful Bukhari Bin Jamaluddin ...
16/01/2024

Belajar GIATMARA? Ade jaminan ke bro?
J*p!
Nie cerite benar, bukan rekaan. Nama pelatih nie Saiful Bukhari Bin Jamaluddin dari kursus Teknologi Sistem Komputer. Kami ingat lagi, beliau merupakan anak sulung dan menggalas tanggungjawab keluarga kerana ayahnya telah menghadap Ilahi. Bawah dia ade lagi adik-adik nak kene sara. Usia muda bukan halangan buat beliau. Keterujaan beliau untuk belajar tentang mobile communications sehingga berjaya membuka syarikat yang menawarkan sewaan walkie talkie untuk Petronas Membuahkan hasil. Kini beliau mempunyai 3 syarikat yang berjaya ditubuhkan iaitu Imperium International Ventures Sdn. Bhd, Imperium Auto Expert dan Imperium Rich Resources Sdn.Bhd.

Prinsipnya mudah jer, nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Memang kami tak boleh beri jaminan TAPI ilmu kemahiran yang kami bekalkan itu mampu jamin kehidupan anda.
GIATMARA "KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN"

Bila waris pelatih berbicara.Arif Adham Mazlan nie bekas pelatih GIATMARA Gopeng bidang Teknologi Sistem Komputer. 2 tah...
16/01/2024

Bila waris pelatih berbicara.
Arif Adham Mazlan nie bekas pelatih GIATMARA Gopeng bidang Teknologi Sistem Komputer. 2 tahun lepas, tamat sahaja latihan di GIATMARA kite aturkan dia untuk melanjutkan pelajaran ke IKM S*k Kedah dalam bidang Diploma Teknologi Komputer (Cybersecurity). Pada dasarnya beliau agak risau untuk melanjutkan pelajaran kerana di sekolah selalu menemui kegagalan. Lagi merisaukan English dia pun hanya Allah yang tahu. Pada awal kemasukan ke GIATMARA, kami dedahkan dengan english technical didalam modul CISCO ITE agar pelatih terbiasa dgn istilah yg biasa digunakan dalam technical. Selain itu, untuk memastikan momentum pelatih sentiasa konsisten, kami bekalkan dgn kata semangat dan nasihat yang baik. Hasilnya beliau berjaya merobos sempadan diri sehingga ke pencapaian yang beliau sendiri tidak pernah jangkakan. Benarlah kata orang, kalau tidak dipecah ruyongnya manakan dapat sagunya. Good luck Arif Adham Mazlan diatas kejayaan yang diperolehi. Kami warga GIATMARA sentiasa mendoakan kejayaan semua anak pelatih diluar sana. Amin..

Perhimpunan pagi GIATMARA GopengSemoga anak-anak pelatih berjaya didunia dan akhirat.
10/01/2023

Perhimpunan pagi GIATMARA Gopeng
Semoga anak-anak pelatih berjaya didunia dan akhirat.

Address

NO:19, Jalan KAMPAR
Gopeng
31600

Opening Hours

08:00 - 17:15

Telephone

+6053592301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GM Gopeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to GM Gopeng:

Shortcuts

Share

Category