27/04/2026
Tahniah
Alhamdulillah selesai kelas komunikasi tahap 1. Insyaallah akan sambung lagi kelas komunikasi arab tahap 2.
Semoga semua sentiasa diberkati Allah selalu.
Kaafah Solution 201803268761 (SA0488140-V)
Bahasa Arab Itu Mudah, Cuma Perlu Istiqamah
27/04/2026
Tahniah
Alhamdulillah selesai kelas komunikasi tahap 1. Insyaallah akan sambung lagi kelas komunikasi arab tahap 2.
Semoga semua sentiasa diberkati Allah selalu.
17/04/2026
Alhamdulillah dan tahniah.
selesai kelas asas selama 8 bulan. Bersama Ustaz Angga dan Ustaz Munir.
Alhamdulillah majoriti Peserta-peserta kelas dah daftar awal kelas lanjutan bersama Ustaz Safwan.
Kelas lanjutan setiap hari selasa. Pagi 9.30, malam 8.00 malam.
Semoga semua sentiasa diberkati Allah selalu.
07/04/2026
Jom masuk kelas lanjutan sesi baru
20/03/2026
TAKBIR HARI RAYA
Hukum bertakbir pada hari raya adalah sunat dan sangat dituntut oleh syarak dengan sepakat ulamak kerana firman Allah Taala :
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ
Artinya : Dan hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa Ramadhan dan hendaklah kamu sekelian bertakbir akan Allah atas hidayah-Nya ke atas kamu.” (Al-Baqarah : 185)
Dan kerana ayat ini juga bertakbir pada malam raya puasa lebih afdhal dari malam hari raya haji.
Pada hari raya fitrah atau hari raya puasa disunatkan mengucapkan takbir mutlak yaitu bertakbir secara bebas tidak berkait dengan waktu yakni tidak perlu menunggu selesai mengerjakan solat sebagaimana takbir muqayyad.
Maka seseorang bolih sahaja mengucapkan takbir bila waktu dan dimana sahaja yang dia s**a samada di rumah atau di jalanan dan di pasar dan dimasjid dan di atas kenderaan dan lainnya dan samada pada malam atau siang asalkan dalam masa yang ditetapkan.
WAKTU TAKBIR RAYA PUASA
Dan awal waktu disunatkan bertakbir pada hari raya puasa itu ialah apabila tenggelam matahari hari terakhir Ramadhan dan berlarutan masanya sampailah imam sudah keluar untuk memulakan solat hari raya.
Jadi sunat bertakbir pada maghrib akhir Ramadan itu dan selepas maghrib dan selepas isyak dan tengah malam dan subuh hari raya dan paginya.
Apabila imam sudah keluar untuk memulakan solat hari raya maka habislah waktu bertakbir.
20/03/2026
Selamat hari raya aidilfitri kepada semua 😊❤️
تقبل الله منا ومنك صالح الأعمال
كل عام وأنتم بخير
16/03/2026
Sesi pemberian duit raya kepada pelajar
maahad darul ehsan
26/02/2026
Alhamdulillah
26/02/2026
Majlis penyerahan Zakat di Dun Bukit Tunggal
Terima kasih semua yang menyokong penuh bersama kaafah
Semoga semua sentiasa diberkati Allah selalu.
Selamat berpuasa semua.
رمضان كريم
تقبل الله منا ومنك صالح الأعمال
Ikhlas daripada saya
Ustaz Safwan
PENGASAS PENDIDIKAN BAHASA ARAB KAAFAH
11/02/2026
Alhamdulillah. Tahniah kepada semua yang istiqamah selama 32 minggu / 8 bulan untuk habiskan kelas asas.
Biarlah gambar sendiri yang berbicara wajah-wajah sebahagian Peserta yang sudi berkongsi gambar suasana belajar.
Insyallah selepas ini akan ada kelas asas peringkat kedua atau kelas lanjutan untuk perkukuhkan lagi ilmu bahasa arab untuk faham kalam Allah. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini diberikan keberkatan yang luar biasa bagi Peserta-peserta kami di kalangan warga emas.
Semoga semua sentiasa diberkati Allah selalu.
16/01/2026
Alhamdulillah, tamat 1 lagi kelas asas.
Tahniah selepas 8 bulan. Hari ini 14/1/2026 tamat sesi kelas asas. Insyaallah akan sambung kelas peringkat lanjutan.
Semoga semua sentiasa diberkati Allah selalu.