Edufluencers KPM - Pulau Pinang

Edufluencers KPM - Pulau Pinang Pendidik kreatif dari P.Pinang yang memacu inovasi pendidikan melalui media sosial.

Edufluencer Penang terus menyumbang melalui perkongsian ilmuSaksikan Cikgu Nor Azwan Abd Goni dalam DidikTV KPM menerusi...
09/09/2026

Edufluencer Penang terus menyumbang melalui perkongsian ilmu

Saksikan Cikgu Nor Azwan Abd Goni dalam DidikTV KPM menerusi topik โ€œSejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Rajaโ€.

๐Ÿ“… 10 September 2026
โฐ 5.30 โ€“ 6.00 petang

Dari bilik darjah ke layar nasional, ilmu terus dikongsi. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SYABAS ATAS KEJAYAAN INOVASI ANTARABANGSATahniah kepada warga SK Sungai Dua atas kejayaan membimbing murid mencipta nama...
03/09/2026

SYABAS ATAS KEJAYAAN INOVASI ANTARABANGSA

Tahniah kepada warga SK Sungai Dua atas kejayaan membimbing murid mencipta nama di World Sustainable Development Goals Challenge (WSDGC) 2026 yang melibatkan 26 negara.

Hasil bimbingan, kreativiti dan komitmen Edufluencer, lima projek inovasi murid berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa termasuk Silver Award, Bronze Award dan Honourable Mention.

Kejayaan ini membuktikan bahawa bimbingan guru yang inspiratif mampu mencetuskan idea kreatif, membina keyakinan murid serta melahirkan inovator muda bertaraf global.

Kredit
Umamageswary Muniandy

Tahniah dan syabas diucapkan kepada du orang guru Edufluencers yang telah terpilih sebagai Pempamer Edufluencers sempena...
25/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada du orang guru Edufluencers yang telah terpilih sebagai Pempamer Edufluencers sempena Karnival Pendidikan MADANI PPD Timur Laut Tahun 2026.

Tahniah khususnya kepada:

PN. VIVITHRAAH A/P PANNEIR SELVAM
SK Bukit Gambir

PN. NORAINI BINTI OTHMAN
SK Bumbong Lima

Semoga peluang ini menjadi platform untuk berkongsi idea, inovasi dan amalan terbaik dalam pendidikan digital serta memberi inspirasi kepada warga pendidik dan murid.

Tahniah! Teruskan mencipta impak dan menginspirasi!

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, atas p...
24/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pengiktirafan ini adalah bukti nyata atas dedikasi, kepimpinan, dan sumbangan berterusan YBhg. Datuk Seri dalam memartabatkan mutu pendidikan negara.

Kami sentiasa mendoakan agar YBhg. Datuk Seri dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kearifan, dan dipermudahkan segala urusan dalam memimpin Kementerian Pendidikan Malaysia ke puncak kejayaan.

Ikhlas daripada:
Warga Edufluencers KPM Negeri Pulau Pinang

SUMBANGAN EF PENANG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SINCERELY SETIA TUITION MISSION: PECUTAN AKHIR SPM 2026Program Sincerely Se...
22/08/2026

SUMBANGAN EF PENANG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SINCERELY SETIA TUITION MISSION: PECUTAN AKHIR SPM 2026

Program Sincerely Setia Tuition Mission: Pecutan Akhir SPM 2026 telah dilaksanakan pada 17 hingga 21 Ogos 2026 bertempat di SMK Jit Sin 2, Nibong Tebal.

Program anjuran Sektor Pembelajaran dengan kerjasama S P Setia Foundation, rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ini memberi tumpuan kepada persediaan akhir calon SPM 2026 menerusi empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Semoga segala perkongsian ilmu, teknik menjawab dan bimbingan yang diberikan menjadi pemangkin kepada para calon untuk menghadapi SPM 2026 dengan lebih yakin dan cemerlang.

Kredit kepada Cikgu Azwan Azwan Goni






Tahniah EF Penang Cikgu Hasnitah & Encik Md Shahnon Awi bersama pasukan Inovasi AYU kerana berjaya merangkul ๐Ÿ† Anugerah ...
22/08/2026

Tahniah EF Penang Cikgu Hasnitah & Encik Md Shahnon Awi bersama pasukan Inovasi AYU kerana berjaya merangkul ๐Ÿ† Anugerah Video Terbaik bagi Sub Tema:

โ€œInovasi MADANI Memacu Kesejahteraan dan Kepercayaan Perkhidmatan Awamโ€

Kategori penciptaan menerusi inovasi SisJury360 โ€“ Sistem Digital Bersepadu untuk Penjurian, Penilaian dan Pelaporan dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2026, anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB).

MEMPERKASA PENDIDIK, MENERAJU TRANSFORMASI DIGITALTahniah kepada Dr. Fazzlijan binti Muhamed Adnan Khan, KPPK, Unit TMK,...
21/08/2026

MEMPERKASA PENDIDIK, MENERAJU TRANSFORMASI DIGITAL

Tahniah kepada Dr. Fazzlijan binti Muhamed Adnan Khan, KPPK, Unit TMK, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan EF Pn. Vivithraah a/p Panneir Selvam atas kejayaan menamatkan Masterclass Peneraju Digital 2026 โ€“ Transformasi Digital STEM pada 17โ€“20 Ogos 2026 di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.

Program ini memperkukuh kompetensi guru dalam mengintegrasikan teknologi digital dan AI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), ke arah pembelajaran yang lebih kreatif, interaktif dan relevan dengan pendidikan masa kini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dikongsi dan dimanfaatkan dalam usaha memperkasa pendidikan digital serta melahirkan murid yang celik teknologi dan inovatif.

Tahniah atas pencapaian EF PenangCikgu Khoo Johan sempena pertandingan Mencipta Gamifikasi Inovasi menggunakan myViewboa...
21/08/2026

Tahniah atas pencapaian EF Penang

Cikgu Khoo

Johan sempena pertandingan Mencipta Gamifikasi Inovasi menggunakan myViewboard 3.0

Anjuran : Viewsonic Malaysia

19/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026

Sumbang EF Penang telah menghasilkan video khas yang memaparkan kronologi sejarah negara bagi menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽฌ Kredit:
Cikgu Eedarahim
SK KUALA PERAI

๐Ÿš€ BENGKEL PINTAR AI | DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN ๐Ÿค–โœจ๐Ÿ“… 20โ€“23 Julai 2026๐Ÿ“ SK Permatang Tok Mahat๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Sumbangan kepakaran:...
19/08/2026

๐Ÿš€ BENGKEL PINTAR AI | DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN ๐Ÿค–โœจ

๐Ÿ“… 20โ€“23 Julai 2026
๐Ÿ“ SK Permatang Tok Mahat

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Sumbangan kepakaran:
Edufluencer & Jurulatih Utama STEM SPS
MOHD ADZHA BIN SAโ€™PIE

Perkongsian bersama guru-guru STEM SPS melalui penerokaan AI dan teknologi digital dalam PdP.

๐Ÿ’ก ANTARA PENGISIAN:

1๏ธโƒฃ ๐Ÿ“˜ BAHAN โ†’ STIMULUS โ†’ SIMULASI
๐Ÿ“š Buku teks โ†’ NotebookLM โ†’ ChatGPT โ†’ simulasi pembelajaran

2๏ธโƒฃ ๐Ÿค– GOOGLE GEMINI
Menghasilkan kit pembelajaran, modul dan bahan PdP.

3๏ธโƒฃ ๐ŸŽฎ GAME INTERAKTIF
๐Ÿ’ป Canva & Gemini โ†’ menghasilkan permainan interaktif untuk PdP.

โœจ Daripada bahan biasa kepada pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan bermakna.

Address

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, P227 Jalan Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang
Gerisek
11700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Edufluencers KPM - Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share