18/08/2026
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN MRSM GEMENCHEH 2026
17 Ogos 2026 - Tirai Sambutan Bulan Kebangsaan MRSM Gemencheh 2026 dibuka dengan penuh makna menerusi Bicara Tokoh bersama Mejar Jeneral Dato' Dr Mohd Radzi bin Abdul Hamid.
Bicara yang santai namun penuh penghayatan ini berjaya menyentuh jiwa, membangkitkan semangat patriotisme dalam diri para pelajar serta guru tentang erti kemerdekaan yang sebenar.
Beliau turut menyantuni warga maktab dengan dengan pemberian buku hasil karya sendiri kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan serta sumbangan bahan bacaan kepada pihak maktab.
Semoga semangat yang tercetus terus membara dan menjadi pemangkin kepada seluruh warga MRSM Gemencheh untuk bersama-sama menghayati dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang Bulan Kebangsaan.
Merdeka Bermula Dengan Kita! ๐ฒ๐พ๐ฅ
Jawatankuasa Sambutan Bulan Kebangsaan 2026
BWP
MRSM Gemencheh