Faculty of Industrial Management

Faculty of Industrial Management Welcome to Faculty of Industrial Management (FIM) and we are delighted for your visiting us via this

12 Rabiulawal 1448H menjadi ruang untuk kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta meneladani a...
24/08/2026

12 Rabiulawal 1448H menjadi ruang untuk kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta meneladani akhlak dan perjuangan Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga nilai kasih sayang, keteladanan dan akhlak mulia Rasulullah SAW terus menjadi panduan buat kita semua.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga Fakulti Pengurusan Industri, UMPSA. ๐Ÿค

Penghargaan Lawatan Audit MQA-02 | Program Doktor Falsafah & Sarjana SainsAlhamdulillah, Lawatan Audit MQA-02 bagi Progr...
23/08/2026

Penghargaan Lawatan Audit MQA-02 | Program Doktor Falsafah & Sarjana Sains

Alhamdulillah, Lawatan Audit MQA-02 bagi Program Doktor Falsafah dan Sarjana Sains telah selesai dilaksanakan pada 18 hingga 21 Ogos 2026 bertempat di Fakulti Pengurusan Industri (FPI), UMPSA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala komitmen, kerjasama dan usaha yang telah diberikan dalam menjayakan proses audit ini.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen seluruh warga Fakulti Pengurusan Industri, UMPSA.

Fakulti Pengurusan Industri (FIM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi tahn...
21/08/2026

Fakulti Pengurusan Industri (FIM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga penyelidik FIM yang berjaya disenaraikan dalam SCIRANK Global Top 5% Scientist.

Pencapaian ini membuktikan kecemerlangan warga akademik FIM dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi yang memberi impak kepada komuniti akademik dan industri di peringkat global.

๐Ÿ‘ Sekalung tahniah kepada:
๐Ÿ”น Professor Dr. Irene Ting Wei Kiong
๐Ÿ”น Professor Dr. Yudi Fernando
๐Ÿ”น Professor Madya Ts. Dr. Muhammad Ashraf Bin Fauri @ Fauzi

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FIM UMPSA untuk terus memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan berimpak tinggi demi kecemerlangan universiti serta kemajuan negara.

We want to express our sincere appreciation to Dr. Mohammad Waffy bin Fazil, our Academic Associate, for sharing his exp...
20/08/2026

We want to express our sincere appreciation to Dr. Mohammad Waffy bin Fazil, our Academic Associate, for sharing his expertise, experience, and valuable insights in ICT Project Management with our adult learners. ๐Ÿ‘๐Ÿป

Your contribution goes beyond the classroom โ€” empowering learners to strengthen their knowledge, enhance their professional capabilities and continue growing through lifelong learning. ๐ŸŒŸ

Nak sambung belajar tapi tak tahu nak mula dari mana?Jom datang ke Jom Sambung Belajar @ GET-BS UMPSA! Kami akan bantu a...
19/08/2026

Nak sambung belajar tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jom datang ke Jom Sambung Belajar @ GET-BS UMPSA! Kami akan bantu anda memahami laluan kemasukan, pilihan program, biasiswa, APEL dan prospek kerjaya.

Tak kira anda pelajar, alumni atau profesional yang ingin meningkatkan kerjaya, inilah peluang terbaik untuk bertanya terus kepada pakar.

๐Ÿ“… 22 Ogos 2026 | ๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Dewan Tun Fatimah, UMPSA Gambang

๐Ÿ“ Daftar sekarang:
https://forms.gle/4D7x9qg9CueUqsL59

๐Ÿ’ป Live TikTok:
|

3 hari lagi! Jangan lepaskan peluang ini.

19/08/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG BUAT BAKAL PELAJAR UMPSA

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar lepasan STPM dan setaraf yang telah berjaya dalam keputusan UPU serta menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Jumpa anda di Hari Pendaftaran Pelajar Baharu pada 19 September 2026 nanti.

Di UMPSA, kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan.

Pelbagai bentuk bantuan disediakan termasuk bantuan pendidikan, bantuan makanan, zakat dan inisiatif pendidikan serta bantuan lain termasuk bagi pelajar yang memerlukan keperluan semasa pendaftaran.

๐Ÿ“Œ Jika anda menghadapi sebarang kesulitan boleh hubungi kami segera.

๐Ÿ“ž JHEPA UMPSA .. 09-4315054 atau emel : [email protected]

๐Ÿ“ฑ Imbas kod QR pada poster atau terus isi borang berikut:
https://forms.gle/e1beTaaU1gpjcSC68

Kita jumpa di UMPSA ya!



๐Ÿ“ฃ 4 Hari Lagi! Jom Daftar Sekarang!Masih tercari-cari peluang untuk menyambung pengajian? Jangan lepaskan peluang mengha...
18/08/2026

๐Ÿ“ฃ 4 Hari Lagi! Jom Daftar Sekarang!

Masih tercari-cari peluang untuk menyambung pengajian? Jangan lepaskan peluang menghadiri Jom Sambung Belajar @ GET-BS UMPSA!

๐Ÿ“š Ketahui lebih lanjut mengenai program:
โœ… MBA
โœ… Master of Project Management (MPM)
โœ… MSc
โœ… PhD

๐Ÿ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Dewan Tun Fatimah, UMPSA Gambang

๐ŸŽ“ Dapatkan maklumat tentang kemasukan, APEL, biasiswa, pembiayaan, serta perkongsian pengalaman daripada pensyarah, alumni dan pelajar.

๐Ÿ“ Daftar sekarang:
https://forms.gle/4D7x9qg9CueUqsL59

๐Ÿ’ป Tidak dapat hadir secara fizikal? Ikuti siaran langsung di TikTok:
๐Ÿ“ฑ
๐Ÿ“ฑ

4 hari lagi! Daftar sekarang dan mulakan langkah pertama ke arah masa depan yang lebih gemilang. ๐Ÿš€

PROGRAM NEXTGENBIZ MEMUPUK DAN MENCETUS NILAI KEUSAHAWANAN GENERASI BAHARUDewan Tun Fatimah Universiti Malaysia Pahang A...
17/08/2026

PROGRAM NEXTGENBIZ MEMUPUK DAN MENCETUS NILAI KEUSAHAWANAN GENERASI BAHARU
Dewan Tun Fatimah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 16 Ogos 2026 โ€“ Program NextGenBiz: Memupuk dan Mencetus Nilai Keusahawanan anjuran Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjadi platform dalam memperkasa pengetahuan, kemahiran dan nilai keusahawanan dalam kalangan peserta.

Program dimulakan dengan sesi โ€œStoryline and Success Story of MARA Entrepreneurshipโ€ yang disampaikan oleh Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA diikuti sesi Kedua iaitu โ€œBusiness Digitalizationโ€ oleh En. Muaz bin Mohd Azizul, Director Muaz Azizul Associate.Perkongsian tersebut memberikan pendedahan kepada 289 peserta mengenai pengalaman dan kejayaan dalam bidang keusahawanan serta kepentingan pendigitalan dalam memperkukuh pengurusan dan perkembangan perniagaan.

UMPSA PERKASA BUDAYA INOVASI TENTERA DARAT MELALUI BENGKEL KAEDAH TRIZGAMBANG, 7 Ogos 2026 โ€“ Universiti Malaysia Pahang ...
17/08/2026

UMPSA PERKASA BUDAYA INOVASI TENTERA DARAT MELALUI BENGKEL KAEDAH TRIZ

GAMBANG, 7 Ogos 2026 โ€“ Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh peranannya dalam pemindahan ilmu dan pembangunan inovasi apabila menganjurkan Bengkel Pembangunan Inovasi Menggunakan Kaedah Theory of Inventive Problem Solving (TRIZ) selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos 2026 di Dewan Tun Teja 1, Fakulti Pengurusan Industri (FIM), UMPSA Gambang.

Program yang mendapat tajaan Geran Komuniti UMPSA ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) bagi memperkukuh keupayaan pegawai dan anggota Tentera Darat dalam membangunkan inovasi secara sistematik melalui pendekatan TRIZ. Bengkel ini turut menjadi platform pemindahan kepakaran akademik UMPSA kepada peserta yang aktif dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Seramai 40 pegawai dan anggota Tim KIK daripada pelbagai formasi dan pasukan Tentera Darat telah menyertai bengkel ini. Peserta dipilih berdasarkan pengalaman dalam pertandingan inovasi bagi membolehkan mereka mengaplikasikan kaedah TRIZ untuk memperkukuh projek sedia ada serta menghasilkan penyelesaian baharu yang lebih kreatif dan berimpak. Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada asas TRIZ, kaedah mengenal pasti percanggahan teknikal, penggunaan 39 Contradiction Matrix dan 40 Inventive Principles, di samping meningkatkan kemahiran dalam pembangunan projek inovasi yang lebih sistematik.

Tenaga pengajar terdiri daripada pakar TRIZ UMPSA termasuk Mej Dr. Hj. Imaduddin bin Abidin, Lt. Kol. Ts. Mohd Aman bin Armawai, Mej Ts. Hazami bin Che Hussin serta beberapa pensyarah UMPSA yang berkongsi kepakaran dan pengalaman sepanjang bengkel berlangsung.

Pelaksanaan bengkel merangkumi sesi syarahan, latihan aplikasi, penilaian bertulis dan pembentangan projek secara berkumpulan. Kesemua 40 peserta berjaya lulus Ujian Bertulis TRIZ Practitioner Level 1, sekali gus membuktikan penguasaan mereka terhadap konsep asas dan aplikasi TRIZ dalam penyelesaian masalah. Pada hari terakhir, peserta membentangkan projek inovasi menggunakan pendekatan TRIZ bagi mengukuhkan kefahaman serta kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.

Menurut pihak penganjur, penglibatan peserta yang berpengalaman dalam pertandingan inovasi dijangka memberi impak positif apabila mereka kembali ke formasi masing-masing sebagai pemudah cara dalam memperluaskan penggunaan TRIZ kepada pasukan KIK lain. Inisiatif ini turut menyokong usaha BITD dalam memperkasa budaya inovasi dan penyelesaian masalah secara sistematik dalam organisasi Tentera Darat.

Bengkel ini membuktikan komitmen UMPSA dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan melalui pemindahan ilmu, penyelidikan dan pembangunan inovasi. Kerjasama antara UMPSA dan BITD diharap dapat diteruskan melalui latihan susulan serta bimbingan projek bagi meningkatkan kualiti dan daya saing inovasi negara.

Address

Gambang
26300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Industrial Management posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Faculty of Industrial Management:

Shortcuts

Share