06/10/2024
SESI GOTONG ROYONG PENYUSUNAN SEMULA BILIK PELAJAR BLOK C9, ARAS 4, RP1
Pada 1 Oktober 2024 (Selasa), satu sesi gotong royong telah diadakan di Blok C9, Aras 4, RP1, bagi menyusun semula bilik pelajar daripada bilik berdua kepada bilik berempat. Aras 4 ini menempatkan 12 bilik pelajar. Program ini turut melibatkan staf Pusat Perkhidmatan Pelajar (PPP), termasuk Pengarah PPP, En. Mohd Raizalhilmy bin Mohd Rais, dengan tujuan memastikan keselesaan dan kecekapan penggunaan ruang asrama.
Inisiatif ini diambil untuk menampung pertambahan bilangan pelajar serta memperbaiki pengurusan kemudahan di kampus. Gotong royong tersebut berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
Pusat Perkhidmatan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
“Wisdom Drives Excellence”