17/07/2026
๐ PICKLEBALL DMAC 2026
Pickleball DMAC 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Julai 2026 di Gelanggang Pickleball UMPSA Pekan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif Pusat Pengurusan & Analitik Data (DMAC) dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga DMAC.
Terima kasih kepada semua warga DMAC yang telah meluangkan masa dan memberikan komitmen bagi menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi pemangkin untuk terus mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan seimbang.